DOKTOR TAK BAGI UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK ANAK UMUR 2 TAHUN?KENAPA???

BERGADUH DENGAN IBU AYAH GARA-GARA TIDAK BAGI UBAT SELESEMA & BATUK

Horror sungguh!

Jenuh daku terang, nak jugak ubat batuk selsema untuk anak umur setahun!! 😭

Mai nak cerita kat sini.

BAHAYA UBAT BATUK & SELSEMA TERHADAP KANAK-KANAK BERUMUR 2 TAHUN KE BAWAH

------------------------

DEMAM, BATUK & SELSEMA, perlukah ubat?


Kebanyakan demam batuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus.
Jangkitan virus yang menyebabkan demam batuk dan selsema adalah kebanyakan masa boleh baik sendiri tanpa bantuan ubatpun (self-limiting).

Badan kita dan anak-anak kita akan mengambil masa beberapa hari untuk membina ketahanan diri dan melawan virus bagi sembuh.
Dalam masa ini, jika tiada ubat diambil, kita masih akan sembuh dalam tempuh masa 3-5 hari.

Dan kalau kita perhatikan, kebanyakan masa orang yang dijangkiti virus ini ada yang tidak demam dan ada juga yang demam pada tahap yang rendah.

Ramai ibu bapa akan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
Namun begitu, kebanyakan doktor akan hanya memberi ubat demam sahaja, tanpa ubat batuk dan selsema. Apatah lagi antibiotik.

Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui bahawa organisasi kesihatan seluruh dunia secara amnya telah mengeluarkan amaran keras tentang penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sekiranya tanpa arahan para doktor.

Amaran ini telah dikeluarkan sejak beberapa tahun yang lalu. Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.

KENAPA TAK BOLEH BAGI?


Hasil kajian dan penyelidikan pemasaran ubat mendapati bahawa tiada bukti yang kukuh menunjukkan keberkesanan penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.
Apabila risiko kesan sampingan negatif diambil kira, tiada justifikasi untuk pemberian ubat-ubat ini kepada kanak-kanak.

Antihistamin generasi pertama (contoh syrup chlopheniramine/piriton) mampu meresap ke bahagian otak dengan mudah menyebabkan kesan sampingan lebih dirasai berbanding dengan antihistamin generasi kedua yang hanya diserap dalam kuantiti yang sedikit.

Ubat antihistamin generasi ke 2 ini lebih berkesan kepada organ sasaran selain otak.
Walaupun begitu, penggunaan antihistamin generasi kedua (cetirizine, loratidine) tetap tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.

Antihistamin generasi pertama juga boleh menyebabkan mengantuk, pening dan hilang koordinasi badan.
Kesan-kesan lain pula termasuk ketar pada anggota badan, halusinasi dan sawan.
Kanak-kanak yang diberi dos ubat yang berlebihan mungkin boleh mengalami kesukaran bernafas, koma dan seterusnya, kematian.
Ubat antihistamin generasi kedua juga boleh menyebabkan mengantuk, peningkatan kadar denyutan jantung dan sakit kepala.

Oleh yang demikian para ibu bapa sekalian.

Jangan lah marah kalau doktor hanya bagi ubat demam sahaja untuk anak-anak comel yang berumur 2 tahun ke bawah.

Prinsip saya amat mudah.

Saya rawat pesakit saya sepertimana saya rawat anak-anak saya.
Kalau diorang batuk selsema, saya memang tak akan bagi ubat batuk selsema melainkan betul-betul perlu.
(Ini kes yang lain).

Apa saya buat?


✏ Untuk Hanina, Nabila dan Amin, saya upkan dose suplemen mereka (vitamin c, meal shakes, omega dan vitalea). Pada masa yang sama, saya bagi diorang nutriferon ini.

✏ Saya bagi diorang minum air banyak-banyak (jus buat/air masak/performance drink)

✏ Manakala untuk Baby A'isya pula, saya akan upkan dose suplemen yang saya makan (vutamin c, omega, garlic, nutriferon). Bukan bagi kat baby tau.
Dan saya akan menyusu dia banyak-banyak.

✏ Saya akan pastikan hidung mereka tidak tersumbat

✏ Kalau rajin, saya akan buatkan garlic steam/chest percussion. Hihi.. Tapi biasanya memang tak sempat nak buat. 😆

Oh.. Lagi satu yang saya nak bagitau.

Ok je kalau anak-anak kita batuk-batuk dan muntah. Lagi bagus sebab diorang boleh memuntahkan kahak mereka kerana mereka tidak pandai mengeluarkannya sendiri seperti orang dewasa.
So jangan risau sangat. 😊

Kredit : Nadia Abdul Kadir



So lepas ni jangan marah-marah doktor tau kalau diorang tak bagi ubat batuk atau selsema untuk anak yang berumur 2 tahun ke bawah.I

Nak lagi bagus bagi ja diorang makan Vitamin Shaklee yang ternyata selamat dan semulajadi. Tak pun kalau ibu masih menyusu amik suplemen tambahan sebab anak akan dapat segala khasiat melalui susu ibu :).

Umi Kalsom
Call/SMS/Whatsapp : 017-4997159

No comments:

Post a Comment