Ya kita memang tak boleh predict masa depan anak-anak kita. Hatta kita tak berhak pun nak paksa diorang jadi macam apa yang kita nak. Cuma sebagai ibu bapa kita la yang bertanggungjawab tentukan perancangan awal untuk diorang di kemudian hari. Jom saya kongsikan 3 tips mudah yang saya amalkan untuk menyimpan demi masa depan anak-anak.
1) Buka Buku Akaun Tabung Haji
In Sha Allah dengan izin Allah memang dari awal lagi dah tanamkan azam apa pun yang jadi kena start saving untuk masa depan anak-anak. Macam Ashraf dulu umur dia 2 bulan terus buka akaun tabung haji dan konsisten saving tiap2 bulan. In Sha Allah untuk Alysha Humaira pun akan buat perkara yang sama jugak. Boleh jugak diorang buat perbelanjaan belajar di universiti nanti.
2) Belikan Mereka Dinar Emas/Gold Bar
Ada rezeki lebih belikan anak-anak dinar emas atau gold bar. Asingkan siap-siap tau. Better kita buat 2-3 cara saving instead dengan simpan cash ja semua kan. Sapa tau lagi 20 tahun harga emas segram cecau RM500 kan. Nampaknya untuk Alysha nanti boleh la belikan rantai tangan yang comel-comel hihihi.... (mama dah mula berangan 😍😍😍)
3) Sediakan Takaful Insurance Untuk Setiap Anak
Dengar kata takaful insurans pun banyak yang dah naik harga uhuhu... Apa boleh buat kan. Kita cuma boleh usaha gigih tambah pendapatan tambahan supaya apa yang jadi kita tetap boleh survive. In Sha Allah plan nak sign up takaful insurans untuk Alysha bila dia dah berumur 6 bulan macam abang dia dulu. Takaful insurans yang ni nak cari yang ada education saving sekali. Lagi berbaloi.
Walau apapun banyak mana kita menyimpan bukan isunya. Yang penting kita beringat dan bermula dari awal lagi. Sekurang-kurangnya kita dah cuba lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Kalau rasa macam terbeban dengan kos sara hidup yang makin tinggi cuba lah tambah pendapatan sampingan. Sekarang dah ramai yang sahut saranan Ahmad Maslan untuk buat 2-3 kerja demi nak tambah pendapatan.Saya sendiri pun tambah pendapatan dengan bisnes sampingan. Saya pilih bisnes yang low risk tapi high return. Modal pun rendah ja. Alhamdulillah setakat ni hasil bonus yang saya dapat berjaya jugak cover apa yang patut. Takpelah kita bersusah sekarang berbanding susah di kemudian hari.
Kalau korang rasa nak tau apa bisnes saya buat ada masa boleh la contact saya borak2 k. Ni no saya 017.4997159.
Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Ameen.
Agreed 100%.
ReplyDeleteAnak2 aida ada ketiga-tiga nyer.
Nanti roger la aida ekk beli dinar 😃😃.
Aida Stokis jual emas.
Bagusnya sis 😊. In Sha Allah nanti saya cari aida ya 😉
Delete