SET BERPANTANG DAN MENYUSU PILIHAN SAYA YANG SANGAT BERBALOI

Bila ada orang tanya - umie dalam banyak2 set Shaklee yang mana satu hang paling suka? Saya tersenyum simpul ja.  Ting2x....  Terus berlegar kat minda menderu2 bayangan produk yang saya suka melintas kat fikiran 😁😁😁. Meh saya cerita kat hangpa semua. Ada sebab kenapa saya suka dan jatuh cinta dengan set Shaklee. Bukan main taram suka tanpa sebab musabab yang munasabah. Tanpa usul periksa keberkesannya.
.
Set kegemaran saya tak lain tak bukan set berpantang dan menyusu. Alah mesti korang fikir kan alah brp kali ja berpantang kan... Menyusu pun paling lama 2 tahun ja.  No no no....  Ni yang mungkin ramai silap ni..  Set berpantang dan menyusu ni sebenarnya orang panggil juga set penjagaan kesihatan secara optimum.  Maksudnya kita boleh makan set ni sepanjang masa tak kira la waktu pantang ka menyusu ka pregnant ka dan lain2. Cumanya ada la sesetengah yang tak digalakkan amik dalam tempoh tertentu. Ni kena consult dengan pengedar jangan main taram agak2 ja 😉. Nak makan vitamin pun wajib berilmu tau 😁.

Apa ada dalam set berpantang dan menyusu Shaklee yang saya suka bebenor ni?  Okeh meh nak habaq.  Dalam set ni ada ESP, B Complex,  Vitamin C, Vita Lea, Alfalfa,  Ostematrix dan Omega Guard. Dan terkini baru nak cuba saya masukkan jugak Vivix dan Nutriferon dalam set pantang saya. Geram punya pasai banyak sangat review betapa best amik Vivix dan Nutriferon waktu pantang  hihihi... Nak gak rasa sendiri kehebatannya...

Anak pertama saya amal set berpantang dan menyusu Shaklee sepenuhnya

Keistimewaan set berpantang ni ialah gabungan yang sangat mantap untuk bagi ibu bersalin supaya luka cepat sembuh, sentiasa bertenaga,pulihkan tenaga dalaman,elakkan sembelit dan dalam masa yang sama mampu menyediakan susu badan yang cukup untuk bayi kita.

Saya cerita secara ringkas bagaimana set ni membantu saya dalam tempoh berpantang 3 tahun lepas.  Yang pertama produk Vita Lea tu orang kenal jugak sebagai multivitamin yang lengkap. Kebaikan yang saya dapat dari Vita Lea ni ialah tenaga segera sebab saya amik 2 biji selepas breakfast. Dia bantu lengkapkan balik nutrien2 badan yang dah hilang sepanjang tempoh saya mengandung dan melahirkan anak. Memang terasa sangat khasiat Vita Lea ni. Bukan sekadar multivitamin biasa tau. Tak rasai sendiri memang taktau.

Yang kedua B Complex. Yang ni penting beb untuk lebih mudah kawal emosi. Paham2 jela dalam pantang emosi ni sangat fragile. Mudah tersentuh dan mudah stress. Amik dia ni 2 biji rasa lega sangat. B Complex Shaklee ni ada kesemua vitamin B yang badan kita perlukan. Sebab tu memang sgt membantu mengurangkan depresi, tekanan dan bagi kita kekuatan untuk lawan perasaan pelik2 tu. Jangan tak tahu dalam pantang la hati kita mudah giler tersentuh walaupun hal yang kecik ja.

Vitamin C pulak penting untuk cepatkan sembuhkan luka bersalin.  Yang ni memang nampak sangat kesannya. Kesan luka bersalin czer sembuh cepat. Memang takde bernanah atau berair pun tempat luka tu. Lagipun vitamin c ni penting nak boost up sistem imun supaya tak mudah kena jangkitan virus sepanjang berpantang. Paham2 jela kadang2 yang datang melawat tak sihat kita yang lemah ni mudah berjangkit.

Apa lagi ek?  Okeh Ostematrix pil kalsium yang bukan sekadar kalsium biasa hahaha... Ni memang super duper wajib amik hari2. Korang tau kan ibu berpantang ni mudah la sesangat kena sembelit.  Ada yang trauma nak bersalin sbb sembelit la.  Bukan sorang dua tau.  Ramai yang cukup takut kena sembelit uhuhu... Bila makan ostematrix ni najis kita jadi mudah dibuang, jadi lembut ja. Makan 4 biji sebelum tidur. Esoknya senang ja melawas. Tidur malam pun lebih lena.  Kami yang bersalin czer ni doktor tak bagi ubat sembelit tau. So ini lah solusi terbaik yang saya ada.

Omega Guard pun saya amik tau. Penting ni untuk cepat kan penyembuhan luka dalaman saya. Dan yang bestnya kalau anak kena demam atau selsema omega guard ni banyak bantu cepatkan proses recovery.  Lagipun omega Guard ada omega-3 yang baik untuk perkembangan bayi kita.

Vivix tu baru kali ni saya cuba. Untuk minggu pertama ja saya minum. Takleh minum banyak sangat kne tengok tindak balas kat baby. Kot2 tak serasi dengan dia. Lain baby lain penerimaannya 😊😊.

Nutriferon pun baru first time try untuk berpantang sbb ia sangat bagus untuk kekalkan sistem imun pada tahap maksimum.  Takde la baby mudah kena selsema, berkahak atau demam nanti.

Lagi dua produk ESP dan Alfalfa.  Dua2 ni memang cukup sinonim dengan milk booster.  ESP bantu pekatkan susu badan dan Alfalfa bantu lancarkan pengeluaran susu dari kilang susu dalam badan kita.  Memang terbaik sangat kombinasi dua2 vitamin ni tau.

Lenguh dah ahkak menaip. Tiga hari 3 malam tau hahaha...  Kalau korang rasa nak cuba dan nak tau lebih lagi boleh ja contact saya di 017.4997159. Kita boleh share apa yang saya tahu dan pernah lalui 😉😉.

Okeh korang selamat berpantang dan menyusu yer...

1 comment:

  1. memang selalu dengar cerita pasal set berpantang Shaklee nih.. hee~ rasa diri nih berharga sangat sebab consume produk terbaik di pasaran..

    ReplyDelete