DR FORREST C SHAKLEE SEORANG INSAN PENUH DENGAN SEMANGAT WAJA YANG PATUT JADI SUMBER INSPIRASI

"Lebih Banyak Anda Berkongsi Dengan Orang Lain,Lebih Tinggi Nilai Saham Anda Lakukan Kepada Orang Lain Sebagaimana Anda Mahu Mereka Lakukan Kepada Diri Anda"
Itulah ungkapan yang Dr Forrest C Shaklee pegang sepanjang hidup beliau. Jom ikuti sejarah kehidupan beliau sejak dari lahir sehinggalah beliau berjaya dalam Shaklee. Kisah yang sangat sarat dengan nilai murni.

Dr Forrest dilahirkan di Carlisle Iowa di kawasan penempatan perlombongan yang kotor dan tak sihat. Waktu di lahirkan beliau disahkan menghidap penyakit tibi yang boleh membawa maut. Beliau tak bernafas macam bayi-bayi lain. Bidan2 wakttu tu bertungkus lumus cuba pulihkan pernafasan beliau. Doktor menganggarkan beliau dapat hidup sehingga 8 tahun saja. Ayah Dr Forrest pasrah dan menyerah pada takdir. Memang dia patah semangat waktu tu. Tapi mak Dr Forrest sebaliknya. Dia percaya selagi anak dia masih bernafas peluang tu masih ada. Hebat kan naluri dan semangat seorang ibu. Mak Dr Forrest percaya pada kuasa tuhan dan kuasa dari alam semulajadi. Mak Dr Forrest banyakkan pengambilan herba2 ke dalam diet anaknya.
Keluarga beliau akhirnya buat keputusan berpindah ke kawasan sebuah ladang di Moorhead, Iowa. Kehidupan di ladang memberi peluang kepada mereka untuk hidup lebih dekat dengan alam semulajadi. Pemakanan beliau semuanya berasaskan makanan semulajadi dan herba. Udara pun langsung tak tercemar. Akhirnya pada usia 4 tahun beliau berjaya bangun sendiri buat kali pertama tanpa bantuan sesiapa.
Bayangkan seorang bayi yang diramalkan boleh hidup sehingga 8 tahun ja mampu menjalani zaman kanak2 dan remaja yang happy. Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan tersebut.
Mengambil inspirasi kisah hidupnya sendiri Forest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.
Bayangkan pada usia 21 tahun beliau sudah mampu mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan. Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yang beliau ada,Forrest berazam untuk tolong orang sakit dan orang yang tak mampu nak datang jumpa dia. Dengan kerjasama Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doktor pertama di kawasannya.
Kisah penuh tragis Forrest tak berakhir kat situ saja. Disebabkan kerjanya banyak berkaitan dengan tulang, Forrrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi kesihatan Forrest jadi taruhan apabila dia disahkan menghidap kanser yang tak boleh disembuhkan dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Doktor ramalkan da tak boleh hidup lama.
Masa ni la beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks yang diberi nama Herb-Lax. Lama gila dah rupanya vitamin ni dihasilkan.
Setahun selepas tu beliau sembuh sepenuhnya dari kanser. Malangnya klinik tersebut tak percaya ia adalah hasil dari penjagaan pemakanan dan supplemen.
Korang rasa Forrest frust gila2 atau patah semangat tak bila orang tak yakin pun dengan usaha beliau jaga kesihatan dari penjagaan pemakanan dan supplemen? Tidak sama sekali.... Forrest ni semangatnya sangat la kental. Alangkan 2 kali disahkan takkan hidup lama dia masih bersemangat waja inikan plak sekadar orang tak percaya gitu.
Lepas kesembuhan dia dari kanser Forrest kembali buka klinik dan jadi "First drugless clinic". Lagi sekali dia diuji kliniknya terbakar. Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome untuk bawa keluarganya pindah ke California. Kat sana beliau buka klinik dan sambung belajar lagi dan lagi.

Itu lah kisah Dr Forrest Shaklee yang menjadi sumber inspirasi kami para pengedar Shaklee. Dengan semangat beliau yang sangat kental dan tak mudah putus asa buatkan kami terfikir bahawa selagi kita punya minda yang kuat untuk berubah apapun takkan mustahil terjadi.
Berkongsi kebaikan dengan semua orang tak merugikan malah boleh jadi saham akhirat lagi. Semoga Allah permudahkan setiap lorong kebaikan yang sedang kami buka.

2 comments:

  1. idola sangat kat beliau nih.. 1stime baca sejarah dan tak mengantuk.. hee~

    ReplyDelete
  2. Betol tu. Kuat sangat semangat dia. Memang tak salah pun jadikan orang camni idola kita 😊

    ReplyDelete