Wednesday, 2 November 2016

MAKANAN YANG BOLEH DAN TAK BOLEH MAKAN KETIKA BERPANTANG

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni genap 37 minggu dah usia kandungan saya ni. So memang dah standby dah in case terbersalin awal uhuhuhu... Walaupun ni anak kedua tapi nervous tu tetap sama jugak. Rasa macam baru first time nak bersalin hahahaha... Beg baby dan barang-barang yang patut bawak gi hospital dah separuh siap. Ada sikit je lagi yang belom masukkan dalam beg. ngelat betol la kali ni. Jangan tiru ya...

Okeh disebabkan memang dah tak lama lagi nak berpantang so saya kumpulkan maklumat tentang makanan yang boleh dan tak boleh makan ketika berpantang buat rujukan diri sendiri dan kawan-kawan semua. Ni pun saya dapat dari facebook. Nak bagi kredit tapi takde plak source info. Mohon halal kan ya :).

Gambar Kredit kepada www.suararakyatindonesia.org

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang :-

🐟Ikan kembung - gatal
🐟Ikan cencaru - tajam
🐟Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan 
🐟Ikan sardin - gatal
🐟Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa

🌱Sayur kangkung - sejuk dan angin
🌱Timun - sejuk
🌱Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan
🌱Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan
🌱Kacang tanah - angin
🌱Telur - gatal. Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah
🌱Santan - sejuk dan angin

Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:-

🐟Ikan haruan
🐟Ikan selar
🐟Ikan gelama
🐟Ikan merah
🐟Daging

🌱Sayur sawi
🌱Sayur carrot
🌱Sayur brokoli
🌱Buah oren manis
🌱Kismis
🌱Kurma
🌱Madu
🌱Habbatussauda'
🌱Susu kambing
🌱Halia
🌱Bawang putih
🌱Lada hitam
🌱Ulam pegaga

Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng.

Jenis masakan paling disyorkan :-
🌸Sup
🌸Bakar
🌸Rebus

Jenis minuman disyorkan :-
🍊Jus oren manis - bagus untuk luka
☕Air milo panas
☕Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin (Kopi saya minum teh    tak minum sebab takut badan berangin dan mudah sakit badan)
☕Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
🍀Air rebusan kunyit

🐝Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yg bersalin normal
Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun.

🐝Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana. Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber. 

🐝Kerapkan minum air, minum air tidak menyebabkan miss v kita basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air, anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas.

Di samping tu juga saya dah standby siap-siap Set Berpantang Lengkap supaya cepat sembuh luar dan dalam. Semoga informasi yang saya kongsi kan ini bagi manfaat untuk semua :).  Pantang betul-betul jangan mengelat ye hihihi..... Wassalam


0 comments:

Post a Comment

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com