PENGALAMAN BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN KALI KEDUA

Assalamualaikum... Hari ni rasa macam nak share pengalaman bersalin secara pembedahan kali kedua. Kalau dok tunggu2 takut dah lupa plak hahahha...
.
Actually hari ni baru masuk hari ke-11 Memang masih panjang lagi tempoh berpantang saya ni 😁😁. Cuma saya nak share la kelainan pantang kali ni. Untuk pengetahuan semua kali ni pun saya bersalin secara czer jugak. Memang takde rezeki normal. Saya redha sebab saya yakin Dia dah aturkan yang terbaik untuk saya. Syukur anak pun selamat dan sihat.

Sakitnya Luar Biasa


Bila bersalin secara pembedahan kali kedua risiko dia lain sket. Yang kali ni pun saya emergency czer jugak. Adik Ashraf pun tiru macam abang dia jugak. Berak dalam perut sampai jantung tak berapa nak ok dah. Operate tempat yang sama. Paham-paham jela. Sakitnya luar biasa sket. Kalau nak tanya sakit atau tak susah sy nak jawab. Sebab waktu tu saya bertawakkal pada Allah. Waktu first dulu saya menangis bila nurse nak pasang salur kencing kat saluran kencing. Kali ni saya banyakkan istighfar dan tawakkal ja. Memang tak rasa sakit pun. Sama jugak waktu pakar bedah tengah toreh2 perut saya istighfar ja banyak2. Memang ajaib Allah buang rasa ngeri rasa takut sepanjang proses pembedahan. Doktor suruh tidur tapi tak termampu untuk tidur. Nebes weh tunggu baby keluar.

Sakit Sebenar Bermula


Yang tadi baru sampai bab pembedahan. Bagi yang bersalin secara czer @ pembedahan sakit sebenar ialah selepas selesai baby jengah dunia uhuhu... Kami tak boleh bergerak selama 6 jam kesan dari bius spinal (kalau tak silap doktor gtau nama bius) waktu operate. Bila kesan bius dah hampir hilang sakitnya hanya Allah yang tahu 😭😭😭. Sampai saya merayu pada nurse nak ubat tahan sakit. Waktu tu husband naik wad melawat spontan cakap kat husband cukuplah 2 orang ni ja abang ya. Tak tahan sakit uhuhuu.... Konon2 la lagi 3 tahun sendiri yang nak anak lagi hahahha...

Susah Nak Bergerak Susukan Anak


Ini cabaran bersalin secara bedah. Nak bergerak angkat anak dari baby cot punya la seksa. Seriau ya amat. Nasib baik lah nurse kat hospital Serdang semuanya baik2. Memang diorang akan tolong angkat baby untuk kita susukan baby. Kat sini memang diharamkan puting susu. Sapa yang tak reti nak susukan baby diorang akan tolong sampai korang teror. Situasi macam ni memang buatkan kita lebih bersemangat nak menyusu anak tau. Disebabkan ni pengalaman kedua saya menyusukan anak nurse datang pantau ja. Bila tengok baby latch elok ja diorang tak cakap banyak dah.

Boleh Discharge Hari ketiga


Alhamdulillah hari ke3 mama dan Baby boleh discharge. Memang gitu procedure bersalin czer. Hari pertama bersalin tak kira lagi. Esoknya jadi hari pertama nurse dan doktor akan pantau keadaan kita dan bayi. Hari kedua baru lah boleh discharge kalau takde apa2 masalah. Baby pun pihak hospital akan check kuning dan pakar kanak2 akan check 100% in case ada apa2 masalah. Alhamdulillah hari ke3 baby takde kuning langsung. Bersyukur sangat2 dapat balik rumah dengan baby.

Nak tahu makanan yang sesuai dan tak sesuai untuk berpantang? Klik Makanan Yang Boleh Dan Tak Boleh Makan ketika Berpantang

Cuma sedikit tips yang saya nak share dengan bakal ibu semua. Walau apa cara kita bersalin samada normal ataupun czer bersyukur lah kita dah berjaya menambah umat Nabi Muhamad s.a.w.  Cabaran sebenar kita baru ja bermula. Bagi yang bersalin czer macam saya kena jaga makan betul-betul tau. Cara kita pantang lagi strict berbanding normal. Luka bersalin tu kena jaga elok-elok. Elakkan makanan yang gatal, jangan biarkan kawasan jahitan lembap dan kena selalu keringkan.

Suntikan Untuk Cairkan Darah


Yang ni first time kena kali ni. Waktu bersalin tiga tahun lepas takde lagi peraturan bersalin secara pembedahan kena cucuk suntikan cair darah selama 10 hari cmni. Nanti saya share suntikan yang saya dapat ya. Bila tengok jarum suntikan tu memang tau dah takde kekuatan untuk suntik sendiri kat umah. Daku tak seberani itu hihihi....


Ni la suntikan yang saya cakap tadi. Maaf ya terlupa amik gambar kotak. Waktu kat hospital farmasi ada datang terangkan cara guna nak suntik ubat ni. Ada tiga tempat kita boleh suntik iaitu perut,bahu dan peha. Kalau tak berani cucuk kat perut boleh pilih samada bahu atau peha. Serius weh tak berani nak kacau bahagian perut. Ngilu kesan jahitan pun tak abis lagi. Nurse yang saya mintak tolong cucuk ubat ni cakap untungnya awak bersalin kat Selangor sbb dapat ubat ni. Katanya risiko kurang. Kat Pahang ubat cair darah jenis warfarin kalau x silap berisiko tumpah darah. Kat kampung mertua saya ada 3 kes tumpah darah sebab diorang semua cucuk ubat cair darah kat perut. Punca jahitan terbuka tu saya tak pasti. Mungkin ada kaitan dengan banyak bergerak jugak kot. Wallahualam. Nauzubillah mintak simpang la perkara macam ni jadi kat kita. Alhamdulillah selesai dah cucuk ubat cair darah selama 10 hari. Dah boleh tarik nafas lega dah.

Nak tahu tips sembuhkan luka bersalin dengan cepat?  Klik Tips Sembuhkan Luka bersalin dengan Cepat

Sekarang saya dalam proses berpantang macam orang lain jugak cuma takde la berbengkung bagai uhuhu... Tak berani lagi selagi luka tak sembuh sepenuhnya. Untuk penjagaan dalaman saya amik set berpantang lengkap Shaklee sepenuhnya. Tapi Alfalfa Complex saya tak makan lagi sebab risau kalau anak tiba-tiba kena kuning pulak.

All the best untuk semua bakal-bakal ibu ya. Saya doakan semuanya berjalan lancar dan kita semua dilindungi Allah s.w.t. Saya harap perkongsian saya ni boleh bagi sedikit gambaran kepada kawan-kawan yang bakal bersalin secara pembedahan.

Wassalam.

Perkongsian ikhlas dari Umie (017.4997159)

No comments:

Post a Comment