KENANGAN MAIN HUJAN WAKTU ZAMAN KANAK-KANAK

Ingat lagi waktu kecik bila hujan pakat berderu keluaq rumah semata-mata nak main hujan. Memang happy sangat2. Mak ayah larang gitu2 ja.  Takdak la sampai standby rotan ka apa ka. Kadang-kadang terserempak anak jiran sebelah main hujan jugak hahaha...

Gambar ehsan google

Antara aktiviti yang selalu kami buat ialah buat kapal guna kertas pastu pakat lawan dengan adik beradik kapal sapa yang pi jauh hahaha... Nostalgia sangat. Sat ja bertahan sebab guna kertas kan 😂😂😂.

Lagi satu hangpa tau dak buah machang? Nak habaq pun xtau nak terang lagu mana. Buah ni payah sangat nak jatuh sendiri kecuali time hujan. Pokoknya tinggi sangat. So bila hujan pakat bawak guni pi kutip buah machang ni hihihi... Serius legend sangat.  Alahai sayu plak tiba2 bila imbau kenangan waktu kecik 😣😣😣. Kenangan yang takkan lupa sampai bila-bila.

Budak2 sekarang dah tak berapa nak dapat rasai kenangan macam kita dulu2. Hujan pun dah tak selamat macam dulu. Banyak sangat dah pencemaran sana sini. Kena hujan sket ja demam sampai 3-4 hari. Nasib baik lah memang ada suplemen boost up imun.  Boleh la makan supaya demam tak lama.

Buat mak ayah zaman moden ni takde salahnya kalau sekali sekala bagi anak2 main hujan especially bila balik kg hihihi... Biar diorang dapat peluang untuk rasai indahnya zaman kanak-kanak macam kita dulu 😊.

1 comment:

  1. besy main hujan masa zmana kanak-kanak dulu.. tapi sekarang tak boleh dah.. poses penyejatan dah tercemar.. hm.. kesian anak-anak.. tak dapat merasa..

    ReplyDelete