Sebagai ibu bapa kelahiran baby baru sangat lah dinanti-nantikan. Excited tu taktau nak cakap. Saya cakap tentang diri sendiri sebenarnya hihihi... Saja nak share kisah abang baru dapat adik. Anak sulung saya ni manja orangnya. Maklumlah nak dekat 3 tahun dia ja buah hati pengarang jantung kan. Kisah ni adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Minggu pertama dapat adik si abang (Ashraf) ofkos la still xleh terima lagi. Setiap kali kita bagi perhatian kat adik contohnya tukar pampers ke menyusu ke mesti dia akan suruh dahulukan dia dulu. Nak milo la nak ajak teman dia la. Nasib baik duduk kat kg waktu tu. Ramai yang ada boleh tengok kan dia.
Waktu dalam 2-3 minggu pertama tantrum dia mmg agak dahsyat. Suka memberontak sangat2. Itu memang bukan sifat asal dia tau. Kita yang dlm pantang ni bukannya kuat tahan sabar. Ada la jugak kena marah si abang tu uhuhu... Lepas marah memang menyesal. Sebelum ni dia bukan jenis suka tinggi suara dengan mama atau papa dia tapi sejak dapat adik cepat sungguh dia naik angin uhuhu....
TIPS MENANGANI KARENAH ANAK SULUNG BILA DAPAT BABY BARU
Betul apa yang orang cakap selagi kita tak lalui sendiri kita takkan tahu seberat mana dugaan yang orang lain tanggung. Sebelum ni dok baca ja mak2 kat group ibu-ibu mengadu tak terhandle anak sulung bila dapat baby baru nombor dua. Kawan-kawan kat whatsapp dok cerita stress anak sulung asyik meragam.
Suami Ambil alih Jaga Anak Sulung
Time2 crucial macam tu peranan suami sangatlah penting. Time ni dia la yang tackle tantrum si abang. Minggu ke3 Ashraf ikut papa dia balik Puchong. Memang la ringan sket stress mama boleh fokus kat adik Alysha. Tapi... Perpisahan seminggu tu perit sangat. Tiap2 hari ingat kat Ashraf. Mak2 memang gitu kan? Saya pulak tak biasa berpisah dengan anak lama2. Memang itula tips yang mak mertua dan ipar saya bagi. Bila dapat ja baby baru ayah @ suami kena beri lebih perhatian pada si abang supaya abang tak rasa tersisih. Selama ni dia dapat 100% perhatian kan. Mana tak terasa bila kasih sayang dah kena kongsi-kongsi.
Libatkan Anak Sulung Dalam Aktiviti Jaga Baby
Yang ni penting tau. Bila nak tukarkan pampers adik mintak si abang amikkan pampers. Cakap elok-elok. Libatkan dia dalam aktiviti uruskan baby. Baru lah si abang atau kakak rasa dia diperlukan dan perlahan-lahan sifat sebagai abang/kakak tu akan wujud dalam diri dia. Yang ni sedang saya amalkan. Memang menjadi sangat tips ni.Dahulukan Abang Bila Nak Mandi Atau Makan
Bila nak mandikan adik saya akan cakap kat si abang mama nak mandikan adik ni, abang nak mandi dulu tak? Atau ajak dia join sekali sebab dia suka nak tolong mandikan adik. Ala dia nak tepuk manja2 ja adik dia 😊.Selalu Ucapkan Sayang dan Sentuhan Penuh Kasih Sayang
Bila si adik tido saya akan bagi perhatian sepenuhnya kat si abang. Ajak si abang main sama2, pergi dapur pun pegang tangan, peluk dia sambil belai2. Memang jelas nampak air muka anak betapa dia suka sangat rindu sangat saya belai2 dia macam dulu. Sebak weh bila tengok riak muka anak gitu sob3x...Hanya mak2 yang dah lalui akan paham situasi gini uhuhu..m
Sekarang adik dah 50 hari. Abang Ashraf makin dah boleh terima dah kehadiran adik dia. Selalu dah kiss adik hihihi... Kadang2 usik dia cakap ada orang nak amik adik. Terus dia cakap tak boleh. Ni petang tadi abang Ashraf buat kelakar lagi. Mama penat2 isi air suam dalam besen nak mandikan adik dengan slumber badak dia buang semua hahahha... Mama tak marah pun cuma gelak tak hengat dunia. Jeles tu ada sket lagi.
Begitulah ceritanya. Good luck ya untuk kawan2 yang sedang mengandung anak ke2. Persiapkan emosi korang suami isteri ya. Pesan kat suami adik dah kua nanti dia plak kena take over si akak atau si abang ya hihihi...
Kesimpulan yang boleh saya kongsikan dengan semua ialah kita kena main psikologi dengan anak sulung. Saya involvekan anak sulung saya supaya dia tak rasa terpinggir atau kasih sayang berkurang untuk dia. Ok korang next time saya share lagi ngan korang semua ya. Bye...
No comments:
Post a Comment