Sunday, March 12, 2023

Duit Raya Awal Special Dari Shaklee

by , in

 



Dapat duit raya awal? bestnya kan.... Raya kali ni agak mencabar untuk semua ibu-bapa sebab anak-anak masuk sekolah sesi baru dan persediaan nak raya agak dekat. 

Sebenarnya walaupun kita nak bersederhana tetap lah perlu kan duit sebab itu sikit ini sikit sedar-sedar aduhai banyak dah habis. Persiapan baju raya, kuih raya, duit raya. Macam saya kali ni pun memang tak lepas peluang untuk balik beraya di kampung halaman saya di Kedah. Ada orang yang sejak awal tahun dah buat tabung persiapan untuk beraya supaya tidak membebankan di saat saat akhir. Syukur Alhamdulillah dapat duit raya awal dari Shaklee ni sedikit sebanyak memberi saya peluang untuk sama-sama membuat persediaan apa yang patut. Bila belek-belek kalendar tadi baru perasaan Shaklee bagi duit raya awal seminggu dari Hari Raya. Ok la kan untuk buat persiapan terakhir sebelum beraya.


Saya adalah seorang suri bisnes atau ayat mudah paham seorang suri rumah yang menjalankan bisnes dari rumah. Alhamdulillah saya bersyukur sangat asbab menjalankan aktiviti bisnes Shaklee saya boleh menikmati gaji setiap pertengahan bulan. Dan bila tiba musim perayaan dapat duit raya awal dari Shaklee ni sangat memberikan saya kepuasaan yang tidak ternilai kerana tidaklah semata-mata bergantung pada suami kan.



Bisnes Shaklee Bukan Sekadar Tawarkan Duit Tambahan... 



Sebenarnya bisnes Shaklee ni menghidupkan kembali impian saya walaupun bergelar suri rumah. Dengan menjalankan bisnes Shaklee Alhamdulillah saya berjaya cukupkan lebih RM10,000 untuk perbelanjaan pergi umrah pada Disember 2022. Walhal semasa bekerja saya tak mampu pun nak buat simpanan sebanyak itu dalam masa kurang daripada 6 bulan.




Jadi saya nak sangat sebarkan peluang hebat ini kepada semua wanita di luar sana. Semua orang mempunyai peluang untuk capai  kebebasan kewangan. Saya nak share peluang dengan semua orang untuk dapat duit raya awal dari shaklee bersama-sama saya. Sahabat saya pun berkongsi tentang peluang untuk dapat duit raya awal dari shaklee.



Beza Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain


Bisnes Shaklee sangat istimewa berbanding bisnes lain. Yang pertama kita berpeluang untuk dapat duit raya awal @ duit bonus sebanyak mana yang kita nak. Bisnes Shaklee bukan sekadar bagi untung runcit yang marginnya agak tinggi bagi setiap produk tetapi turut menawarkan bonus yang berbeza mengikut total sales kita. Jom tengok bukti di bawah ini. Jika nak duit raya awal dari Shaklee memang boleh sangat-sangat. Segalanya langsung tak mustahil.






Shaklee bukan produk bermusim.


Selain itu, Shaklee bukan produk bermusim. Jadi ia sentiasa dicari sepanjang tahun. Shaklee ada banyak jenis produk yang ramai orang cari. Ada suplemen untuk orang dewasa, kanak-kanak, skincare dan produk pembersihan rumah pun ada di shaklee.








Berminat dengan bisnes Shaklee?

Untuk yang nak tahu lanjut tentang Shaklee, saya boleh bantu. Boleh sahaja dengar dulu sebelum decide untuk join. Anda berhak memilih masa depan anda.
Boleh contact saya HARI INI.
#blogmegaShaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleeselangor
Friday, March 10, 2023

Pengalaman Berpuasa Dengan Set Puasa Shaklee

by , in

 Lagi 12 hari sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang semua umat Islam nanti-nantikan. Tahun ni anak-anak kedua-duanya dah masuk masuk sekolah rendah. Tiada lagi situasi bersahur dengan tangisan bayi. Cuma cabarannya ialah macam mana nak didik mereka untuk berpuasa dan bersahur macam orang dewasa. 



Pengalaman Berpuasa Sebelum Kenal Shaklee



Ingat lagi sebelum kenal Shaklee bila tiba waktu berbuka makan tak ingat dunia. Itu nak makan ini nak makan. Paling banyak minum air. Akhirnya kembung perut dengan air ja.


Usai ja selesai solat maghrib mata aduhai kuyu sekuyunya. Bagai mengantuk di sorongkan bantal gitu. Tak mampu dah nak solat tarawih. Kalau solat pun tersengguk sengguk. Stamina memang betul-betul habis.


Bersahur pulak makan nasi, lauk pauk kemain beria. Kadang-kadang makan kuih jugak waktu sahur. Tapi malang sekali esoknya sementara nak sampai petang stamina sudah tinggal suku suku separuh. Begitulah kitarannya sepanjang Ramadhan. 


Dan yang paling perit apabila berat badan akan turun 3-4kg setiap kali puasa. Disebabkan dulu saya dalam kategori "Kurang berat badan" memang agak stress lah sebab habis ja Ramadhan terpaksa struggle dalam tempoh yang lama untuk tambah berat yang dah hilang uhuhu... Sadis betul. Orang yang kurus keding macam saya mesti faham apa perasaannya bila berat turun sebanyak itu.


Lagi satu tekak rasa perit betul. Dahaga ja sepanjang hari. Tambahan pula selalunya bila tiba Ramdhan cuaca selalunya panas terik.  Namun segalanya perlahan-lahan bertambah baik setelah saya kenal Shaklee.



Perubahan Yang Saya Rasa Dengan  Set Puasa Shaklee 



Saya ketika menunaikan umrah pada Disember 2022 baru-baru ni.


Sejak Shaklee memperkenalkan Set Puasa Shaklee ini Alhamdulillah banyak sangat perubahan yang saya sendiri rasa. Di tambah pula dengan pengambilan vitamin-vitamin shaklee yang lain suasana Ramadhan berubah sama sekali.


Set Puasa Shaklee memang sangat special. Shaklee gabungkan tiga elemen untuk menjadikan pengalaman berpuasa kita sempurna dan kekal energetic sepanjang masa. Sesuai sangat dengan tagline set Puasa Shaklee iaitu ' Jalankan Ibadah Puasa Dengan Sihat dan Bertenaga'.


Sejak saya mula amalkan Set Puasa Shaklee ni banyak sangat perubahan yang saya dapat. Yang paling nampak ketara ialah tenaga lebih baik berbanding dulu. Sebabnya walaupun berpuasa aktiviti seharian kat rumah berjalan macaam biasa. Sampai petang still energetic. Lain macam betul hihihi...


Selain tu berat badan dah tak turun sebanyak dulu lagi. Tahun lepas paling best sebab berat badan masih sama macam sebelum berpuasa. Rasa gembira sangat-sangat. Memang sesiapa sahaja yang pernah berdepan dengan masalah kurang berat badan ni dapat kekalkan berat badan asal pun dah cukup gembira hahahha...


Badan pun kekal terhidrat dan kurang dahaga sepanjang masa berpuasa di siang hari. Walau panas terik macam mana pun takde lah rasa perit atau kering tekak sangat dah.


Dan yang paling istimewa bagi saya ialah penyediaan sahur lebih mudah sejak ada Set Puasa Shaklee. Kalau terlambat bangun 10 minit sebelum subuh pun masih lagi mampu bersahur secara berkhasiat. Sahur ni bagi saya bahagian yang paling penting untuk pastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari. 



Macam Mana Set Puasa Shaklee Ni Boleh Bantu Kita Berpuasa Dengan Lebih Baik?


Sebenarnya Set Puasa Shaklee ni bukanlah magik yang bila kita amalkan terus jadi berkuasa super saiya hahahha... Bukan begitu kekdahnya. Tapi Set Puasa Shaklee ni best sebab kekuatan produk-produk yang ada dalamnya.


Jom saya ulaskan satu persatu kenapa saya cakap set Puasa Shaklee ni memang lengkap untuk kita amalkan. 


www.wasap.my/60714997159/naksetpuasashaklee
Set Puasa Shaklee


1. Kekal Bertenaga (Energizing Soy Protin - ESP)

  • Membekalkan tenaga kepada tubuh supaya tidak mudah letih.
  • Memberikan rasa kenyang lebih lama kerana satu hidangan ESP iaitu setiap 14g protin bersamaan dengan 1 hidangan ikan. 
  • Rendah Indek Glisemik. Jadi sangat sesuai untuk pesakit kencing manis dan bagi yang nak kekalkan berat badan ideal.
  • Lembut pada perut. Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah gastrik atau perut yang sensitif
  • Rendah lemak menjadikannya sesuai diminum ketika berbuka dan sahur.
  • Membekalkan 500mg kalsium secara semulajadi dan ada juga 5 vitamin B secara semulajadi yang merangsang tenaga yang berkekalan sepanjang tempoh kita berpuasa.
  • Hidangan yang pelbagai dan lazat


2. Kenyang lebih lama (Cinch Mixed Soy Protein Chocolate Shake - Cinch)


  • Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya
  • Mengurangkan selera makan bagi anda yang tidak boleh kontrol nafsu makan
  • Memberikan tenaga berpanjangan jadi anda tidak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian.
  • Meningkatkan metabolisma secara sihat
  • Hidangan yang pelbagai dan lazat 



3. Hidrasi (Performance Drink Lemon Lime - PD LL)

  • Memberikan kecergasan
  • Mengekalkan bendalir dalam tubuh
  • Menyokong tahap penghidratan optimum
  • Membantu penyerapan yang cepat
  • Mengekalkan tenaga dan daya tahan
  • Kurang dahaga
  • Resepi yang pelbagai dan lazat serta mudah disediakan



Haa best kan? Cuba tengok betul-betul... Setiap produk dalam Set Puasa Shaklee saling melengkapi... Dengan mengamalkan ketiga-tiga set ini In Sha Allah kita mampu menghayati keindahan Ramadhan kerana badan kita sentiasa bertenaga, sihat serta kekal terhidrat...

Bagi saya sendiri dengan mengamalkan Set Puasa Shaklee ini masa di dapur dapat dikurangkan terutamanya ketika bersahur. Dan kita tak rasa risau badan lemau di siang hari.


Badan lebih bertenaga sepanjang hari. Aktiviti seharian boleh dilakukan macam biasa



Tak pedih ulu hati. Tak rasa lapar antara testimoni Kak Aya



Energy lain macam katanya.Sekali cuba terus jatuh hati.


Boleh jugak klik Pengalaman Puasa Dengan Set Puasa Shaklee di SINI.



Jika berminat untuk mendapatkan Set Puasa Shaklee boleh hubungi saya dengan klik logo whatsapp di bawah:


http://www.wasap.my/60714997159
Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.


Semoga puasa kita semua kali ni lebih bermakna dan lebih pengisian. 


Umi Kalsom
Pengedar Shaklee Puchong
017-4997159

#blogmegaShaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleeselangor

Sunday, February 26, 2023

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

by , in

 

Saya mula berkenalan dengan Shaklee melalui Set Berpantang dan Menyusu Premium.Semasa membeli saya langsung tak kenal sebarang produk Shaklee. Beli sebab kawan cadangkan untuk banyakkan susu badan dan supaya badan cepat sihat semasa berpantang secara pembedahan. Saya tak tahu pun boleh daftar ahli untuk dapat harga yang lebih murah. Bermula dari situlah segala bermula..... Setianya saya bersama Shaklee sejak Januari 2014 sehinggalah sekarang. Dah lebih 9 tahun setia bersama.





Antara 9 sebab kenapa community bisnes Shaklee sangat best ialah:


1. Ukhwah di antara rakan bisnes shaklee sangat rapat walaupun berlainan kumpulan. Community Shaklee ibarat adik beradik yang saling memberi galakan moral, berkongsi tips bisnes serta bertukar pendapat dalam suasana yang sangat harmoni.


Bergambar bersama upline, sideline dari group besar iReach Family.

2. Aktiviti bisnes dijalankan bersama-sama tanpa rasa cemburu melainkan semangat untuk bersaing secara sihat. Projek Blog Mega Shaklee ini contohnya menggabungkan ramai master dari susur galur yang berbeza. Apabila sesuatu projek dijalankan secara berkumpulan impaknya lebih besar ke atas community berbanding bergerak secara individu. 


3. Tidak kedekut ilmu. Di dalam team kami sentiasa ada sharing dari Masters- master berlainan group yang memberikan motivasi, tips bisnes tanpa meminta sebarang bayaran. Tinggal diri sendiri yang perlu sentiasa " learn and apply" apa yang diajar. Di saat bisnes lain perlu membayar pakar motivasi untuk memberi semangat kepada ahli-ahlinya. Di Shaklee semuanya boleh dapat secara percuma. MasyaAllah memang bersyukur sangat-sangat.


4. Sokongan yang sangat padu daripada pihak pengurusan Shaklee. Setiap bulan barisan nutritionist tak jemu mengadakan kelas secara online mengenai promosi bulanan, testimoni sharing dari group lain dan juga trips & trick untuk mendapatkan ' target market yang betul'. Siap ada ' lucky draw' lagi. 


5. Upline yang sentiasa bersama saat susah dan senang dalam bisnes. Di dalam bisnes Shaklee upline sentiasa nak downline mereka berjaya. Mereka sentiasa ada samada ketika meraikan kejayaan atau memberikan galakan saat kita down atau patah semangat. Merekalah yang menghulurkan tangan dan bantu downline untuk bangkit semula.

Saya bersama upline Master Lyna Noh.

6. Perkongsian testimoni dari pelbagai group dengan ikhlas. Medium telegram menjadi lubuk testimoni kepada sesiapa sahaja tak kira dari susur galur kumpulan mana pun untuk menggunakannya.  Usaha yang sangat-sangat baik. Semoga pahala mengalir kepada mereka yang sudi infak beribu-ribu poster untuk kegunaan orang lain.


7. Pengurusan atasan Shaklee sangat-sangat bertanggungjawab kerana sentiasa mendengar pendapat daripada pengedar-pengedar Shaklee melalui PAC iaitu wakil-wakil Master terpilih yang menjadi wakil semua pengedar daripada seluruh Malaysia. Setiap tahun sistem sentiasa dipertingkatkan supaya semua ahli mendapat manfaat daripadanya. Jika dibandingkan sistem 5 tahun lepas memang jelas nampak betapa pihak pengurusan Shaklee sentiasa cakna terhadap keperluan untuk ' upgrade system' supaya lebih user friendly. 


8. Master-master shaklee yang tidak sombong. Ramai master yang peramah dan sentiasa membantu. Walaupun kita sudah berada di level ke berapa dari master tersebut, master tetap membantu kita untuk berjaya . Malah ada master dari kumpulan berbeza juga turun sama-sama memberi motivasi, kata-kata semangat supaya bisnes shaklee grow. Tidak mengira asal usul dan ranking berapa, kita tetap boleh menimba ilmu bersama mereka. Memang best sangat-sangat.


9. Di Shaklee diri sendiri adalah 'Ambassador Shaklee'. Sejak awal penubuhan Shaklee di Malaysia tidak pernah sekalipun pihak shaklee melantik mana-mana selebriti untuk menjadi DUTA SHAKLEE. Disebabkan itu setiap orang adalah Ambassador Shaklee. Unik kan?


I am Brand Ambassador Shaklee (Ketika menghadiri Shaklee Ambassador Workshop pada 27 Aug 2022)


Bestkan komuniti bisnes shaklee kami, Jika anda sedang tercari-cari bisnes apa yang sesuai, yang best . jawapannya sudah tentu bisnes shaklee .

Untuk tahu lebih lanjut , jom whatsap saya dulu, kita sembang- sembang bisnes. Klik LINK www.wasap.my/60174997159 .


www.wasap.my/60174997159

Ini adalah video kami semasa business leader national conference 2023 . Alhamdulillah best sangat ukhwah sesama kami .



#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Sunday, February 26, 2023

Blogmegashaklee 1.0 Nafas Baru Untuk Aktifkan Blog

by , in





PROJEK BLOG MEGASHAKLEE 1.0 seolah mengimbau kembali zaman saya betul-betul bersemangat membina blog suatu ketika dulu. Dulu update entry blog adalah antara aktiviti wajib untuk jana sales bisnes. 


Jadi bila tengok rakan-rakan seangkatan mula kembali aktif update blog perasaan rindu tu mula menjengah. Seronok baca cara penulisan mereka. Seriously ... memang jeles betul.  Masing-masing dah makin matang dan makin nampak profesional dalam melakukan editing entry blog.


Terus risik-risik macam mana diorang boleh tiba-tiba aktif balik. Baru saya tahu rupa-rupanya mereka semua menyertai projek Blog Mega Shaklee 1.0 di bawah kendalian Master Norita dan Master Salwa Zeyn. Saya pun tanya lah.. Boleh tak nak join jugak? pendaftaran dah tutup umie... Hampa sangat waktu tu. 


Tapi umie....nanti akan ada projek Blog Mega Shaklee 2.0. Waktu tu umie boleh daftar untuk join. Berseri kembali wajah saya mendengar kata-kata rakan yang dah join blogmegashaklee 1.0. Sebab saya tahu sesetengah perkara bila dibuat secara berkumpulan semangatnya lain macam. Kita memang ada ketikanya memerlukan kumpulan untuk bergerak bersama-sama.



KENAPA SAYA NAK SANGAT JOIN PROJEK BLOG MEGASHAKLEE 2.0 ? 



💧Menghidupkan kembali blog


Projek Blog Mega Shaklee ini memberikan satu lagi lubuk sales untuk jangka masa panjang satu nafas baru . Aktiviti yang dah terlalu lama ditinggalkan perlu dilakukan secara beramai-ramai supaya tidak mudah hanyut. Rugi sangat dah ada blog tapi dibiarkan bersawang begitu saja. Jadi dengan menyertai projek Blog Mega Shaklee blog ini akan kembali meriah dengan pelbagai entry yang lebih menarik.


💧Peluang Untuk Mengasah Kembali Bakat Menulis


Bila dah terlalu lama meninggalkan penulisan blog skill menulis tu makin lama dah makin kelaut. Jadi saya nak menggunakan Projek Blog Mega Shaklee ini sebagai salah satu cara untuk saya mengasah skill penulisan yang lebih ilmuan tapi penuh dengan jiwa. Supaya bila pembaca membaca sampai ke hati sanubari mereka.

💧Upgrade Ilmu dan Teknik Menulis SEO

Ini salah satu sebab penting yang membuatkan saya nak sangat join Projek Blog Mega Shaklee 2.0 iaitu peluang untuk belajar teknik-teknik SEO dan lain-lain supaya entry blog boleh pergi lebih jauh dan mesra google.

Saya berharap sangat berjaya lepas sesi saringan untuk sertai Projek Blog Mega Shaklee 2.0 yang akan start tak lama lagi. Kalian berminat untuk sertai kami? Apa tunggu lagi. Dengar kata hadiah lebih lumayan untuk Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ni... Teruja sangat tau...


Nak Daftar Macam Mana?

Boleh klik link di sini : 

Klik logo Whatsapp untuk maklumat lanjut



#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023