7 KHASIAT PUTIH TELUR UNTUK KECANTIKAN

Ramai yang suka telur. Bagi mereka yang tinggal bujang terutamanya pelajar ada telur sepapan kat rumah pun dah cukup besar rahmatnya. Boleh masak megi goreng, buat nasi goreng, telur dadar makan dengan nasi panas dan macam-maam lagi. Pendek kata barang wajib sentiasa ada kat dapur. Betul tak?

Korang tahu tak telur ni banyak khasiat tau terutamanya untuk kecantikan. Haa...teruja nak tahu la tu hihihi...  Hari ni saya nak share 7 khasiat putih telur untuk kecantikan. Kalau takde bajet nak gi salon ada telur pun jadi la kan....



1. Tanggalkan Blackhead &  Whitehead

Tak perlu mengeluarkan belanja besar melakukan perawatn wajah di spa. Proses membuang whitehead dan blackhead di spa adakalanya menyakitkan. Cuba petua ini. Caranya amat la mudah. Rendam kapas muka dalam putih telur. Kemudian tempek pada wajah yang bermasalah seperti area hidung dan dagu. Biarkan sampai kering. Kemudian tarik kapas perlahan-lahan. Cuba tengok kat kapas tu. Banyak tak kotoran? Tu la kotor yang berjaya dibuang. Hasilnya kulit jadi lebih licin .


2. Haluskan Kulit

Bagi yang nak jimat masa dan wang amalkan mengoles wajah dengan putih telur. Oles nipis ja kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit. Bilas wajah dengan air suam dan diikuti dengan air sejuk. Lakukan petua ni dua kali seminggu. Hasilnya kulit wajah akan jadi tampak lebih halus dan tegang.


3. Mencerahkan Kulit

Bagi sesetengah wanita la kan bila kulit diorang gelap dan tak sekata keyakinan diri akan berkurang. Rasa segan nak bergaya. Lagi teruk malas nak bergaul sebab rasa rendah diri. Toksah sedih okay. meh cuba cara ni. Campurkan yogurt asli atau original yogurt dengan putih telur dan oles pada wajah dan leher. Amalkan dua kali seminggu. Kulit akan beransur cerah secara semulajadi.


4. Membuang Lebihan Minyak

Cara yang paling berkesan untuk membuang minyak yang berlebihan dari wajah ialah dengan menggunakan putih telur. Caranya mudah ja. Campurkan putih telur dengan sedikit hirisan lemon, oles pada seluruh wajah. Bukan minyak ja boleh dibuang pori-pori wajah pun boleh dikecilkan.


5. Menghilangkan Jerawat

Jangan risau kalau jerawat mula naik kat muka. Sapu ja putih telur dan biarkan 20 minit. Lepas tu  bilas ja dengan air suam. Buat dengan kerap sehingga lah jerawat hilang.  Selalunya perubahan positif akan dapat dilihat seawal dua hari, jerawat kecut dan hilang tanpa meninggalkan kesan.


6. Melembapkan Kulit

Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari mudah jadi kering dan jadi sunburn. Cara mengatasinya ialah dengan campurkan putih telur dengan avokado. Gaul sebati, jadikan masker. Oles pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Hasilnya kulit akan kembali lembap dan masalah sunburn akan berkurangan.


7. Rawat Masalah Lingkaran Gelap Bawah Mata

Lingkaran gelap bawah mata memang boleh buat wanita stress. Selalu orang panggil mata panda. Cara mudah nak hilangkan mata panda ialah dengan campurkan putih telur dan timun. Oles putih telur pada bawah mata dan letak hirisan timun. Biarkan 15 minit. Bilas dengan air suam sehingga bersih.


Banyakkan kelebihan putih telur? So pada yang rajin tu mula lah cuba mana-mana tips malam ni. Good luck saya ucapkan. Pada yang tak suka renyah-renyah atau tak punya banyak masa saya cadangkan amalkan pengambilan vitamin C Shaklee setiap hari. In Sha Allah wajah anda akan lebih glowing inside and out setelah konsisten makan vitamin C setiap hari. 

Untuk maklumat lanjut tentang vitamin C : Vitamin C Bantu Buat Kulit Lebih Cantik & Mulus


Kalau terasa nak try vitamin c boleh la hubungi saya ya (Umie 017.4997159) atau email ke umie5zal@gmail.com. Nanti saya boleh cerita  panjang lebar lagi hihihi....


Wasssalam

Sumber : Majalah Mingguan Wanita 23 Jun 2016

No comments:

Post a Comment