Menidurkan anak pada setiap malam adalah cabaran terbesar bagi ibu bapa. Malah ada kanak-kanak yang tidur lewat sehingga pukul 2 pagi kerana terlalu leka bermain. Ibu bapa dah pening kepala tak tahu nak buat macam mana lagi untuk membiasakan anak tidur pada waktu yang secukupnya. Korang macam mana? Senang tak tidurkan anak setiap malam?
Maklumlah bagi yang bekerja macam saya ni. Waktu malam la masa yang ada untuk bermain dengan anak. Kadang-kadang kita berharap dia akan menjadi letih dan mudah tertidur. So bagi mengurangkan keresahan ibu-ibu bapak-bapak bagi ni saya nak kongsi la 6 kesilapan tidur yang dilakukan ibu-bapa dan bagaimana mengatasinya. Jom kita buat spot check kot-kot kita dah selalu buat silap macam ni tiap-tiap malam.
Kesilapan 1 : Membiarkan anak tidur terlalu lewat
Saya percaya ramai ibu-bapa kat luar sana yang percaya anak kecil kita akan mudah tidur setelah penat main kan? So kita biarkan diorang main dan berjaga sampai larut malam. Salah tu....... Yang sebenarnya bila bayi atau anak kecil letih, lebih susah untuk mereka terus tidur. Mereka akan lebih cenderung untuk bangun awal jika tidur lambat daripada tidur pada waktu yang munasabah.
Lagi bagus kalau kita tetapkan waktu tidur dan kita ikut jadual tersebut. Takyah tunggu sampai anak gosok-gosok mata baru nak tidurkan mereka. Percayalah mereka ni boleh dilatih dan diasuh mengikut acuan kita sebagai mak ayah.
Kesilapan 2 : Bergantung Kepada Pergerakan
Pernah tak korang tarik nafas lega bila tengok anak tertidur kat car seat atau tertidur kat atas bahu kita? Ada tak sapa-sapa yang tiapkali nak tidurkan anak mesti kena dukung bawak pusing keliling rumah baru boleh tidur?
Jangan jadikan pergerakan tu wajib untuk tidurkan anak. Jangan jadikan rutin harian ya. Sesekali bila anak meragam tu takpela okay. Kesian pulak kalau tak dilayankan. Macam saya paling lambat pukul 11 malam (patutnya pukul 10 hihihi...) mesti ajak anak masuk tidur. Cakap kat dia jom kita tidur. Selalu anak saya akan ikut masuk bilik tanpa banyak bebel dan tutup pintu. Alhamdulillah setakat ni anak saya dah makin faham bila pukul 11 malam ja dia mesti tidur.
Kesilapan 3 : Terlalu Banyak Mainan Bergantung Kat Tempat Tidur
Ada kebanyakan ibu-bapa masa kini suka sangat gantung macam-macam kat katil atau buaian anak. Mungkin ramai yang beranggapan mainan yang berputar, bunyi-bunyian dan cahaya boleh buat bayi kita ralit dan tertidur dengan sendirinya. Sebenarnya semua tu boleh mengganggu anak kita untuk tidur nenyak. Yela mata diorang akan asyik tengok berkelip-kelip kat mainan tu.
Adalah lebih baik jika bayi ditidurkan dalam bilik yang betul-betul gelap. Jangan risau bayi belum pandai untuk merasa takut pada suasana yang gelap. Bagi yang beragama Islam boleh la pasang alunan ayat Al-Quran sederhana perlahan sepanjang malam. Bunyi bacaan ayat suci akan meneggelamkan bunyi-bunyi lain dari seluruh rumah atau luar.
Adalah lebih baik jika bayi ditidurkan dalam bilik yang betul-betul gelap. Jangan risau bayi belum pandai untuk merasa takut pada suasana yang gelap. Bagi yang beragama Islam boleh la pasang alunan ayat Al-Quran sederhana perlahan sepanjang malam. Bunyi bacaan ayat suci akan meneggelamkan bunyi-bunyi lain dari seluruh rumah atau luar.
Bagi anak yang dah besar sket bolehla hidupkan lampu tidur yang agak suram untuk menenangkan dia daripada ketakutan. Jangan biarkan anak-anak tidur sewaktu menonton televisyen. Kualiti tidurnya terjejas jika tidur dalam keadaan terganggu.
Kesilapan 4 : Tidak Mematuhi Rutin Waktu Tidur
Ketika anak kita masih bayi mungkin kita rasa rutin yang terdiri daripada mandi, baca buku cerita dan lagu belum diperlukan. Bila anak semakin meningkat usia, kita mungkin meraskaan dah terlalu tua untuk rutin tidur. Ataupun kita yang takdak mood untuk teruskannya.
Sesungguhnya adakan satu aktiviti rutin sebelum tidur sangat menyenangkan jiwa anak kita dan memudahkan dia untuk tidur. Tak boleh lah kita harapkan bawak ja anak masuk bilik terus dia tidur. Betul tak? Macam anak saya selalunya saya akan bergurau dengan dia lebih kurang lima minit macam tu sebelum dia betul-betul tidur. Sebabnya saya nak dia tidur dalam keadaan gembira. Supaya tidurnya di ulit mimpi indah gitu. Ala kita sebagai orang dewasa pun seronok dan nyenyak tidur jika mood dalam keadaan terbaik sebelum tidur kan?
Semoga sedikit tips dari saya ni dapat membantu ibu-ibu yang sedang mengalami masalah dalam menidurkan anak-anak setiap malam.
Wassalam.
Bagi yang berminat untuk mencuba sebarang vitamin atau produk Shaklee bolehla hubungi saya.
Semoga sedikit tips dari saya ni dapat membantu ibu-ibu yang sedang mengalami masalah dalam menidurkan anak-anak setiap malam.
Wassalam.
Bagi yang berminat untuk mencuba sebarang vitamin atau produk Shaklee bolehla hubungi saya.
Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page : Kekal Sihat SelaluKekal Sihat Selalu
No comments:
Post a Comment