Resepi Begedil Yang Mudah dan Cepat Untuk Surirumah Yang Sibuk

Assalamualaikum semua. Apa khabar korang pagi ni? Mesti best kan sebab cuti hehehe... Ye la penat keja seminggu hari ni mesti ramai yang bantai tidur puas-puas untuk hilangkan penat. Rehat puas-puas ya biar tenaga tu dicharge semula dengan jayanya. So bolehlah bekerja dengan riang gembira minggu depan kihkihkih.... 

Dah melalut pulak. Pantang pegang tetikus gini la jadinya. Sebenarnya saya nak cerita lah sejak 2 bulan lepas saya asyik dok plan nak buat begedil daging. Plan jela tapi tak jadi-jadi. Alhamdulillah semalam dengan jayanya saya berjaya jugak buat begedil daging yehuuu...... Akhirnya......

So hari ni saya nak share la resepi begedil yang mudah dan cepat untuk surirumah yang sibuk macam kita semua ni hihihi... Korang mesti buat tau. Sebabnya kalau ada lebihan boleh simpan dalam peti ais dan goreng bila terasa nak makan. Kan jimat masa macam tu kan.....

 Jom saya share bahan-bahan yang saya guna.

  • 3 biji kentang ( saya rebus dulu tak buang kulit pun)
  • 1 keping daging lembu cincang (saya pakai daging cincang brand Ramly)
  • Lada sulah secukup rasa
  • Kiub pati ikan bilis knor (agak-agak ja jangan terlebih takut masin sangat)
  • 1 genggam daun sup (potong halus-halus)
  • 1 biji telur
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-caranya :

1.  Kentang tu rebus terlebih dahulu sehingga empuk. Saya taknak goreng sebab nak elakkan penggunaan minyak yang berlebihan. Kejap lagi kan nak goreng lagi. Kolestrol tinggi pulak nanti. Kupas dan tumbuk kentang yang dah direbus.


2.Lenyekkan ubi kentang tadi dan campurkan dengan daun sup yang dah dipotong halus-halus.

3. Goreng daging cincang tadi dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Ini untuk pastikan daging tu masak terlebih dahulu. Takut liat sangat nanti. Toskan. (Terlupa amik gambar)



4. Gaulkan daging cincang dan kiub ikan bilis yang dah dileraikan ke dalam adunan tadi.

5. Gaulkan adunan tadi sehingga sebati dan kepalkan bulat dan leper.


Tara........ dah siap. Boleh la di makan begitu sahaja, dihidangkan dengan bihun sup atau apa-apa ja mengikut kesukaan anda.



Tips :
  • Jangan guna minyak masak sangat bagi mengelakkan begedil korang lembik atau menyerap minyak yang banyak.
  • Tunggu hingga kekuningan kat bahagian bawah sebelum korang goreng yang sebelah lagi.

Selamat mencuba kawan-kawan. Semoga korang dapat menambah menu baru minggu ni. Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


2 comments:

  1. Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete