PENGALAMAN SAYA MENYUSUKAN ANAK DENGAN SET MENYUSU BAJET SHAKLEE

Assalamualaikum

Salam pagi ahad yang indah. Syukur pada Allah kerana masih diberi peluang menghirup udara yang segar pagi ni. Masih berpeluang bangun pagi menatap wajah anak tersayang, wajah suami tersayang. Alhamdulillah Allah bagi saya kelapangan supaya saya dapat berkongsi rasa nikmat ini bersama-sama kawan semua. SubhanaAllah.
Sebenarnya pagi ni saya nak berkongsi dengan kawan-kawan seangkatan dengan saya pengalaman saya menyusukan anak saya yang terchenta. Saya tahu ramai ibu-ibu kat luar sana yang tengah struggle dan berusaha keras untuk menyusukan anak masing-masing. Ya kita memang sekapal. Bagi saya setiap ibu memang akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing. Sangat banyakkkkkk cabaran yang ibu-ibu perlu lalui dalam proses nak menyusukan anak. Ya saya faham sangat-sangat kerana saya telah dan sedang melaluinya sekarang. Hanya Allah jua yang faham segalanya.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua anak saya dah berumur 2 tahun 1 bulan dan saya masih lagi menyusukan anak syurga saya ini. Pengalaman sepanjang tempoh menyusukan Ashraf sangat banyak. Syukur Alhamdulillah suami saya sangat memberi galakan dan sokongan moral yang tinggi pada saya. Di sini saya nak berkongsi cabaran, perasaan saya dan jugak sedikit tips untuk ibu-ibu yang mungkin sedang mencari kekuatan diri untuk meneruskan perjuangan mulia ini.


Cabaran Yang Terpaksa Saya hadapi


Saya ingat lagi waktu awal saya melahirkan Ashraf Aqil suami ada bagitau kawan-kawan kat pejabat dia cakap anak lelaki sangat kuat menyusu. Nanti kena kerap bangun malam. Mampu ke kita nak hadap cabaran ni. Kalau korang apa yang korang akan jawab? Apa perasaan kalau ada orang cakap macam tu kat korang? Waktu ni la pentingnya kita berfikiran positif dan punyai semangat yang kuat. Saya sahut kata-kata kawan suami sebagai satu cabaran untuk saya buktikan saya mampu hadapinya. Memang membara betul semangat waktu tu. Bayangkan jika saya bagi reaksi secara negatif? Apa akan jadi pada saya? Saya akan lemah semangat dan mudah putus asa.

Waktu dalam pantang minggu pertama adalah cabaran yang sangat-sangat hebat. Tambah2 lagi buat ibu yang melahirkan anak secara pembedahan seperti saya. Untuk pengetahuan semua tak semua ibu-ibu yang melahirkan terus banyak susu tau. Saya dulu susu kurang sangat dalam tiga hari pertama. Macam saya hari ke 4 macam tu baru lah susu makin banyak. Nak dijadikan cerita lagi anak saya kena admit ward sebab suara dia tak nyaring macam bayi yang lain. Bayangkan dengan emosi yang tak stabil bila lihat anak kita macam tu, dengan kepayahan bergerak sebab pembedahan. Nak bangun malam punya susah sampai nak nangis rasanya. Apa yang saya buat bersabar banyak-banyak. Ingat Allah selalu. Ada hikmah di setiap apa yang berlaku.

Waktu dalam pantang ni sangat penting sokongan moral dari suami dan keluarga. Saya anak yatim piatu. Mak dan ayah dah lama menyahut panggilan Ilahi. Al Fatihah untuk mereka. Allah berikan sesuatu sebagai pengganti walaupun takkan sama dengan mak ayah kita. Allah berikan saya keluarga mertua yang sangat-sangat menyokong niat saya nak menyusukan anak. Pada yang dah pernah melahirkan anak mesti lalui keadaan di mana bayi kita bangun setiap 2 jam dan menangis. Dah la saya ni tak betul-betul okay lagi kat bahagian perut sebab bedah. Nak bangun punyala susah. Allah maha Adil. Dia hadirkan pada saya mak mertua yang sanggup teman saya tidur tiap-tiap malam (berpantang rumah mertua suami kerja kat Puchong). Syukur sangat-sangat sebab tiap kali Ashraf menangis dia akan bangun tolong angkat Ashraf bagi kat saya untuk menyusu. Terharu sangat. Sampai bila-bila saya takkan lupa jasa mak (dengan nada sebak dan terharu).

Selepas 4 hari berpantang saya mula dah nak memerah susu. Waktu mula-mula perah dapatla 1 oz ja. tapi saya tak putus asa. Pantang anak tidur ja saya mesti mengepam susu dengan kerap. Waktu mula-mula mengepam rasa sakit sikit sebab suction breast pum yang saya beli tak berapa kuat.  Tapi saya tak patah semangat saya berubah memerah menggunakan teknik mermaid. Internet ada so kita google saja hihihi.... Alhamdulillah sepanjang tempoh berpantang sebulan kat kampung penuh peti ais mak mertua dengan stok susu saya hihihihi...


Secara jujurnya saya rasa berfikiran positif sangat-sangat penting kalau kita nak melengkapkan keinginan kita untuk menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan dan 2 tahun secara penuh. Kalau ada waktu susu kurang jangan sesekali berfikiran negatif. Tenangkan diri ingat Allah, bayangkan muka anak dan senyum. Ingatlah Allah bagi susu tu cuma Dia sertakan sedikit kesusahan dan dugaan untuk uji sejauh mana kita mampu bersangka baik pada-Nya.

Kena faham konsep Demam versus Supply. Ibu-ibu kena rajin menyusukan anak secara terus jika ada di rumah. Kalau boleh setiap 2 jam. Sebabnya bila anak menyusu secara terus secara tak langsung ia menghantar signal kepada otak bahawa ada keperluan untuk terus hasilkan susu. Kilang susu kita akan terima isyarat ini dari otak dan terus hasilkan susu dengan lebih banyak. Lagi kerap kita susukan anak lagi banyaklah susu baru akan terhasil.

Kerap kosongkan payudara.  Bagi yang bekerja kena rajin pam atau perah susu sehingga payudara betul-betul kosong. Bila payudara dah kosong secara automatik susu baru akan terhasil. Waktu dalam pantang dan setelah masuk kerja adalah waktu di mana kilang susu kita sangat efektif JIKA TAK ABAIKAN KONSEP KOSONGKAN PAYUDARA. Pastikan jadual mengepam diikuti secara konsisten. Jangan ponteng tau.

Jaga pemakanan dan kurangkan atau elakkan kafein. Bagi ibu yang menyusu pemakanan memang kena jaga betul-betul. Saya pernah mengelat minum nescafe sebelum mengepam. Serius susu memang kurang. Lepas tu saya tahan keinginan minum nescafe sebab tak nak susu badan merudum lagi.

Pastikan pasangan kita turut serta dalam usaha kita nak menyusukan anak syurga kita ni. Tau kenapa saya tekankan penglibatan suami penting dalam usaha nak susukan anak ni? Yang pertama pesan kat suami kalau nampak kita down susu tiba-tiba kurang cepat-cepatlah bagi semangat kat kita, jaga emosi kita. Kalau suami sokong dan membantu MasyaAllah best sangat dan proses penyusuan anak ni akan jadi lebih indah (menulis sambil senyum).

Pastikan mengambil Supplemen atau makanan tambahan yang sesuai. Ya saya memang mengambil supplemen dari Shaklee sejak dalam pantang sampailah sekarang. Antara yang saya ambil ialah ESP, Alfalfa dan Ostematrix. Bagi saya makanan tambahan ni penting sangat sebab pola pemakanan saya tak seimbang sebab waktu dalam pantang banyak yang saya tak boleh makan. So khasiat tak banyak saya boleh serap dari makanan. Saya amik ESP sebab saya nak kekal bertenaga nak bangun malam, tukar pampers anak, dan nak bagi susu saya lebih pekat. Alfalfa pulak saya ambil sebagai penggalak penghasilan susu badan. Ostematrix pulak saya amik supaya kalsium dalam badan saya cukup. Maklumlah Ashraf dah serap kaw2 kalsium sebab dia kerap menyusu hihihi.... Saya taknak la sampai gigi saya reput sebab kurang kalsium. Lagipun kalau kurang kalsium badan mudah leguh-lenguh dan mudah kena serang kejang kaki.

Lenguh dah tangan ni menaip hihihihi.... Saya harap sangat dengan sedikit perkongsian saya pagi ni dapat bantu ibu-ibu yang sedang atau akan menyusukan anak. Ingatlah Allah dah jadikan susu badan kita susu terbaik di dunia. Dan anak kita berhak minum susu badan kita nie. Akhir sekali saya doakan ibu-ibu sentiasa berfikiran positif, bersemangat dan yakin mampu susukan anak sehingga 2 tahun. In Sha Allah.



Sekiranya ada ibu-ibu yang nak bertanya apa-apa tentang tips menyusu atau teringin nak cuba set penyusuan Shaklee boleh lah hubungi saya. Sebarang konsultasi ADALAH PERCUMA.


Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat

3 comments:

  1. Allahuakhbar... Terharu baca yg mak mertua umi hulurkan baby utk menyusu masa umi dlm pantang. Nak menyusu badan memang kena kuat semangat... Chaiyok umi.. Sronoknya..

    ReplyDelete
  2. Allahuakhbar... Terharu baca yg mak mertua umi hulurkan baby utk menyusu masa umi dlm pantang. Nak menyusu badan memang kena kuat semangat... Chaiyok umi.. Sronoknya..

    ReplyDelete
  3. uhuhu... Alhamdulillah Dia bagi rezeki dapat mertua yang penyayang. Baby umi dulu waktu lahir ada masalah suara takde smpi umur 6 bulan. injured kat saluran pernafasan waktu operate. Tambah plak czer lagi. So memang bersyukur sangat mak mertua support sampai cmtu.

    ReplyDelete