Bila kita bercakap tentang sedekah mungkin ada yang beranggapan tiada keperluan bersedekah kerana diri sendiri pun tak berapa nak cukup makan pakai dan untuk urusan kehidupan seharian. Walhal bersedekah itu indah. Sedikit sahaja memberi pun sudah dikira sedekah. Allah sudah menjanjikan bahwa sedekah tidak akan mengurangi harta kata melainkan ALLAH akan menggantikan dengan berlipat ganda.
Kenapa Kita Perlu Bersedekah?
Bersedekah sebenarnya mampu menyucikan hati dan bersihkan jiwa kita. Tak percaya? Cubalah dan rasai sendiri ketenangan hati dan jiwa yang sukar nak digambarkan. Sedekah lah walaupun hanya seringgit. Ada rezeki insan lain dalam harta kita yang patut kita sedekahkan.
Bersedekah juga melipatgandakan rezeki kepada kita. "Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir,pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui" (QS Al-Baqarah 2:261)
Seterusnya amalan sedekah terdapat di dalamnya kelapangan dada,kenyaman dan ketenangan hati. Setiap kali bersedekah,makin menguat kebahagiaan dan makin besar kesenangan. Allah Ta'ala berfirman " Barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung " (QS 59:9)
Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.
Cara Bersedekah Yang Mudah
Bagi lelaki ringan-ringankanlah bersedekah setiap kali pergi ke masjid. Ia boleh dijadikan permulaan bagi mendidik hati untuk bersedekah. On the way nak pergi kerja jika ternampak orang yang memerlukan ringankan tangan seluk poket untuk sedekah. Subhnallah indahnya kalau kita ringan tangan untuk infak ke jalan Allah.
Bagi perempuan pulak sesekali scroll fb jika ternampak post yang memerlukan sumbangan save maklumat yang sepatutnya. Dapat gaji buat online transfer. Mudah Kan? Tapi make sure selidik betul-betul kesahihan agar sedekah sampai kepada yang betul-betul memerlukan.
Macam mana nak didik anak-anak dan keluarga untuk bersedekah? Boleh mulakan dengan konsep "Tabung Subuh". Boleh ja amik bekas ESP yang dah kosong dan jadikan tabung. Amalkan masukkan duit seikhlas yang mungkin selepas mengerjakan solat subuh. Cukup bulan sedekahkan kepada yang memerlukan. Seronok kan jika dapat didik anak-anak bersedekah sedari kecil lagi.
3 cara untuk mendapatkan pahala berterusan setelah meninggal dunia ialah beri sedekah, kongsi ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang solat.
Saya doakan semoga diri saya dan pembaca entry nie diringankan tangan dan hati untuk bersedekah. Semoga kita sama-sama memperoleh ketenangan hati dan keberkatan dalam rezeki kita seharian.
wallahualam.....
No comments:
Post a Comment