Isteri Buntu Kahwin Dah Lama Tapi Belum Hamil Lagi

Secara logiknya sesiapa saja yang mendirikan rumahtangga musti berangan-angan dan berimpian untuk mendapatkan cahaya mata. Ia sangat penting sebagai penyambung zuriat keturunan, mengeratkan hubungan silaturrahim suami isteri dan keluarga serta bukti kasih sayang antara suami isteri.

Ada tak antara kita yang dah lama kahwin tapi belum lagi dikurniakan cahayamata? Dah puas cuba tapi tetap tak berhasil? Suami pulak dah mula masam-masam muka? Asal ja citer pasal anak mesti gaduh. Kadang-kadang sampai malas dah nak buka mulut. Sebenarnya ini realiti kehidupan. Tapi saya percaya masih ada suami yang memahami tekanan yang ditanggung oleh isteri sehingga sangat-sangat menjaga agar si isteri tak terguris hati bila soal anak disebut-sebut. ahhhhh....bestnya dapat suami semulia ini.....

Tapi persoalannya sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkan zuriat? Cukup banyak kah kita merintih dan meminta dari-Nya? Kerapkah kita bangun malam solat tahajjud memohon dari-Nya? Subhanallah..... Kadang-kadang Allah menguji sejauh mana kita nak meminta dari-Nya. Entry saya kali nie adalah mengenai kesuburan suami isteri...Jom baca jika anda betul-betul ingin nak cuba mendapatkan cahayamata....

Sebenarnya banyak faktor ang mungkin menjadi faktor kenapa seseorang wanita sukar hamil. Saya ingat lagi dulu kawan dekat tempat keja lama saya bekerja sebagai seorang planner yang sentiasa stress. 4 tahun dia kahwin tak hamil-hamil. Sekali dia amik tindakan drastik berhenti keja dan cari kerja yang kurang stress. Nah...sebulan lepas tukar keja terus hamil. Ya....stress boleh jadi penyebab...

Hormon dan ketidakstabilan zat-zat dalam badan akibat dari cara hidup yang tak sihat juga boleh jadi antara penyebab sukar hamil. Antaranya merokok, terdedah dengan asap rokok, minum alkohol ( kita umat Islam tak minum alkohol Alhamdulillah) dan pemakanan yang tak seimbang. Cuba la perati cara pemakanan dan cara hidup kita seharian. Ubah la apa yang patut. Cakap kat Encik Suami xyhla merokok dekat dengan kita. Say no kepada merokok dalam keta (bia mula sikit-sikit manatau terus berhenti merokok hihihi).

So apa patut kita buat? Berusahala wahai isteri....Berusahalah wahai suami...Jangan harap isteri saja yang mencuba itu ini...Di sini saya nak mencadangkan set subur untuk suami isteri sebagai salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan dan kemampuan diri anda berdua untuk cuba dapatkan cahayamata. Papun kita berusaha hanya Allah yang menentukan samada kita berjaya atau tidak.

Ni la set subur yang saya cadangkan untuk suami dan isteri.........


Himpunan testimoni mereka yang dah berjaya hamil setelah mengambil set subur shakle....





Sekiranya berminat atau perlukan maklumat lanjut janganla segan silu untuk hubungi saya.  Betul jodoh,ajal, zuriat di tangan Allah SWT tetapi kita sebagai hamba-Nya wajb berusaha. 








  

No comments:

Post a Comment