CARA TAMBAH SELERA MAKAN ANAK DENGAN MUDAH SUPAYA TAK RUNSING LAGI

Assalamualaikum. Selamat pagi sahabat-sahabat semua. Mesti tengah santai-santai depan tv bersama keluarga atau tengah syok bercuti kan? Saya balik kampung untuk habiskan cuti kali ni. Dah lama benar tak baik kampung.

Sebagai seorang ibu saya mengerti sangat-sangat perasaan yang dialami oleh ibu bapa yang anak mereka tak nak makan atau kurang selera makan, Sebabnya saya sendiri pernah mengalaminya waktu anak saya berumur lingkungan setahun setengah. Sedih,risau, tertekan dan macam-macam perasaan timbul bila berhadapan dengan masalah anak tak lalu makan ni. Sana sini saya bertanyakan orang cara tambah selera makan anak dengan mudah supaya tak runsing lagi.

Sekarang kan zaman dunia di hujung jari. Ibu bapa boleh bertanya apa-apa saja pada incik google. Tak gitu? Termasuklah saya incik google peneman setia. Ops dah melalut pulak. Sebelum saya bercerita lanjut tentang cara tambah selera makan anak dengan mudah supaya tak runsing lagi, saya nak kongsi sedikit faktor yang mungkin menyebabkan anak kita kurang selera makan. Sama-sama kita muhasabah diri kot-kot masalah ini berpunca daripada kita.

Punca Anak Hilang Selera Makan




1. Makan berseorangan. Anak memang tak suka makan sorang-sorang. Sebab tu kalau kita perhatikan diorang makan banyak bila berkumpul ramai-ramai atau apabila disuap secara berjemaah. Perasan tak?

2. Memilih makanan. Ada kanak-kanak dah pandai memilih. Kalau tak kena dengan selera ditolaknya pinggan nasi mentah-mentah gitu ja. 

3. Kembung perut atau sebu. Bila perut kembung mulalah rasa tak selesa dan hilang selera makan.

4. Masalah cacing. Ini pun perlu diperiksa jugak. Bila perut ada cacing selera makan anak-anak mudah hilang atau terbantut.

5. Hidangan menu makanan berulang-ulang.  Ini pun mempengaruhi juga sebenarnya. Alangkan kita sendiri pun mudah bosan dengan menu yang sama inikan pula anak-anak yang sedang membesar.

6. Cara penyediaan makan yang tidak menarik. Jangan terkejut ya ada sesetengah kanak-kanak tertarik untuk makan bila lihat makanannya cantik dan dihias indah. Ala dihias bentuk pokok pun dah cantek sebenarnya. Ia mempengaruhi emosi anak untuk makan lebih lagi.

7. Bagi anak junk food sebelum waktu makan utama. Ini kesilapan yang patut dielakkan sama sekali. Elakkan bagi anak junk food atau snack setengah jam sebelum waktu makan utama. Sebabnya ia akan menyebabkan anak kenyang dan taknak makan makanan utama. Padahal junk food ni kenyangnya hanya la sementara.

Cara Tambah Selera Makan Anak Dengan Mudah Supaya Tak Runsing Lagi


Ada cara mudah dan selamat untuk menambahkan selera makan anak. Sediakan minuman yang lazat dan penuh nutrisi menggunakan Meal Shake Shaklee. Kenapa Meal Shake? Biar saya terangkan kelebihannya dalam membantu menambah selera makan anak-anak kita.



Kelebihan Meal Shake

  1. Mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh badan manusia tak kiralah bayi,kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas.
  2. Menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu yang diperlukan oleh badan.
  3. Mengandungi lesithin yang berkerjasama dengan vitamin larut le,ak
  4. Membekalkan nutrisi kepada tubuh, kaya dengan sumber protin (tidak mengandungi lactosa) serta menolong membina sel-sel kulit,kuku, rambutorgan badan,darah dan meningkatkan sistem imun badan.
  5. Asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang terdapat dalam Meal Shake membantu tumbesaran tulang dan sel-sel badan untuk membesar.
  6. Mengandungi Vitamin A, C,E dan Selenium yang bertindak sebagai anti oksidan bagi melawan jangkitan.
  7. Mengandungi B Complex yang lengkap ,zat besi, copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat
  8. Kaya dengan serat larut yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada perut dan usus.

Siapa yang Memerlukan Meal Shake?


  • Kanak-kanak yang kurang selera makan
  • Kanak-kanak yang sedang membesar
  • Ibu mengandung
  • Orang sakit yang ada masalah sembelit
  • Mereka yang nak tambah berat badan
  • Para atlet

Testimoni Meal Shake











Meal Shake bukan sahaja mampu tambah selera makan anak kita tapi boleh juga menguatkan antibodi badan untuk melawan jangkitan penyakit. Sebab tu makin ramai ibu-bapa yang memilih untuk memberi Meal Shake setiap hari untuk anak kesayangan mereka.

Sekiranya anda inginkan kesihatan, perkembangan anak yang sihat pilihlah untuk mencuba Meal Shake.  Hubungi saya segera untuk mendapatkan meal Shake sebagai salah satu cara tambah selera makan anak dengan mudah supaya tak runsing lagi.  

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat

No comments:

Post a Comment