Alhamdullah tahun 2023 genap 3 tahun 6 bulan umie bergelar suri rumah sepenuh masa. Secara sah meninggalkan pekerjaan 8-6 pm. Umie memilih untuk kerja dari rumah sambil menguruskan keluarga. Target umie ialah kerja dari rumah dapat jangka income 4 angka. Haaa boleh ke?
Jom umie cerita apakah cabarannya, macam mana nak dapatkannya dan adakah ianya mudah. Umie angggap entry ini lebih kepada musabah diri dan dalam masa yang sama umie target untuk memberi sedikit gambaran pada bakal-bakal suri rumah supaya lebih bersedia jika baru nak menceburi dunia KERJA DARI RUMAH.
APAKAH CABARAN APABILA NEKAD NAK KERJA DARI RUMAH SAMBIL MENGURUSKAN KELUARGA?
Entry kali ni umie bercerita dari kaca mata seorang wanita bekerjaya yang akhirnya terpaksa atau memilih dengan rela hati berhenti kerja untuk menjadi suri rumah atau ayat moden sekarang Suri Bisnes sebab mereka melakukan kedua-dua tanggungjawab di rumah.
Sebelum umie nekad untuk resign banyak sangat cerita tentang nasib suri rumah yang berubah 100% selepas mereka tidak lagi membantu menjana income untuk keluarga. Banyak cerita di mana nafkah untuk keperluan peribadi seorang isteri tidak diberi secara sewajarnya. Lebih sedih lagi bila peranan isteri yang sanggup meninggalkan kerjaya demi suami dan anak-anak tidak dihargai dengan sebaiknya oleh suami. Nauzubillah.
Sebelum umie resign perkara seperti itu banyak bermain di fikiran umie. Tapi disebabkan umie dah nekad nak ke tak nak umie terpaksa fokus kepada "SOLUSI". Jadi hari ini umie nak dedahkan strategi umie agar pengorbanan berhenti kerja tidak memudaratkan serta membuatkan umie menyesal.
1. Berbincang secara bertentang mata dengan suami dan ambil tahu keadaan kewangan suami sekiranya isteri berhenti kerja.
Nak ke tak nak percayalah kedua-dua pihak suami dan isteri perlu transparent tentang status kewangan keluarga. Jangan segan untuk tanya secara details mampu kah suami tanggung seisi keluarga selepas kita dah berhenti kerja. Ramai pasangan yang meminta pasangan meninggalkan kerjaya tanpa ada perancangan yang rapi macam mana nak sara keluarga sendirian setelah isteri tidak lagi mampu topup keperluan keluarga. Jika suami memang betul mampu untuk tanggung semuanya barulah isteri boleh dengan senang hati berhenti kerja.
2. Kurangkan komitmen bulanan yang TIDAK PERLU serta serahkan sepenuhnya komitmen kewangan keluarga kepada suami.
Waktu bekerja dulu umie sendiri mengambil inisiatif bayar juga serba sedikit komitmen keluarga tapi 2 tahun sebelum umie finally resign sikit-sikit umie serah semula pada suami. Ini penting sangat supaya suami boleh ukur kemampuan beliau untuk sara keluarga. Tugas kita adalah mengurangkan sebanyak mungkin komitmen bulanan supaya once kita resign tiada perkara yang boleh memberatkan bahu suami untuk tanggung.
3. Bagitahu suami kita masih nak kerja dari rumah sambil menguruskan keluarga.
Yang ni bahagian paling penting. Kena berbincang dengan pasangan niat kita untuk terus kerja dari rumah secara online disamping menguruskan rumahtangga. Bukan apa kalau kita tak beritahu akan ada isu asyik tengok telephone la, asyik on call la, kena keluar cod lah. So lebih baik bagitau siap-siap. Komunikasi ialah teras kebahagian keluarga. Bila suami tahu dan faham toleransi itu pasti ada.
MACAM MANA KERJA DARI RUMAH DAPAT JANA INCOME 4 ANGKA?
Ok sekarang kita cerita tentang macam mana kerja dari rumah dapat jana income 4 angka. Umie akan share macam mana dan apa patut kita buat untuk pastikan duit sentiasa masuk walaupun kita tidak lagi keluar bekerja seperti dulu. Umie memilih bisnes online untuk memastikan umie mudah untuk terus jana income secara lebih fleksibel. Nak tahu cara memilih bisnes online boleh klik DI SINI
1. Mulakan bisnes semasa masih bekerja
Wanita ni bila dah biasa ada duit kat tangan sangatlah stress bila tiada lagi duit masuk setelah berhenti kerja. Jadi umie cadangkan para isteri yang tak nak hilang punca pendapatan setelah berhenti kerja untuk mula jana income tambahan semasa masih berkerja.Ini sangat penting sebab fasa awal bekerja secara online aka pendapatan tambahan banyak cabaran menanti. Waktu itu kita belum stress sangat sebab masih ada income. Jadi anggap 6 - 12 bulan pertama adalah sebagai orientasi awal sebelum kita bergerak sepenuh masa dari rumah.
Umi sendiri memulakan bisnes shaklee lebih daripada 5 tahun sebelum berhenti kerja. Umie dah lalui pelbagai cabaran. Jadinya bila dah berhenti kerja umie meneruskan kerja dari rumah dengan keyakinan dan tinggi dan dah "Hati kering" untuk hadapi jatuh bangun dalam bisnes.
2. Bijak membahagikan masa antara bisnes dan keluarga.
Ini sangat penting. Bila kita bekerja dari rumah tiada siapa nak guide atau marah kita. Jadi kita mudah hilang fokus. Buat jadual waktu sangat penting untuk memastikan kita tidak mengabaikan keluarga dan bisnes online yangs sedang kita jalankan. Cara umie sebelum tidur buat to do list apa yang umie nak fokus keesokan hari. Jadi kita tak buang masa fikir lagi. Bila dah siang terus buat ja.
3. Bijak memilih circle yang sesuai.
Ini penting sangat. Kalau kita memang nak aim income masuk sebanyak 4 angka setiap bulan wajib pilih circle pergaulan yang tepat. Jangan buang masa involve circle yang memang takde langsung buat bisnes. Bukan maksud umie tak kawan terus tapi lebihkan pergaulan dengan kumpulan yang mempunyai impian dan target hidup yang sama. Mereka inilah yang akan membantu kita kekal bersemangat untuk terus fight.
4. Sabar dan terus konsisten.
Inilah yang paling penting. Sabar perlu sentiasa ada dalam diri. Menguruskan anak-anak pun dah terlalu banyak cabaran. Apatah lagi jika kita buat kerja dari rumah jugak untuk jana pendapatan. Jika penat berehatlah tapi JANGAN SESEKALI BERHENTI.
Semoga semua suri bisnes mampu untuk terus ada pilihan untuk memilih walaupun kerja dari rumah. Umie sangat percaya suri bisnes masih mampu kejar cita-cita dan impian walaupun secara mata kasarnya dunia kita HANYA DI RUMAH.
Jika ada yang nak mula jana income dari rumah boleh contact umie. Sebab umie sendiri dah jana income 4 angka dari rumah.
Untuk anda yang berminat untuk sertai bisnes online terbaik Shaklee, anda boleh klik link di bawah untuk terus berhubung dengan umie.
JOM HUBUNGI UMIE SEKARANG!!!
W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee
FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL
Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat
No comments:
Post a Comment