Monday, January 30, 2017

SAYA MAKAN SAYUR TIAP HARI PERLU LAGI KE MAKAN VITAMIN?

by , in
Sapa kat sini yang suka sayur?

Kalau takde sayur tak lalu nak makan nasi. Ada tak???? Wow... Serius saya tabik spring 👍👍👍.

Okeh. Let say korang memang suka sayur.

Macam mana cara korang masak ya?


Haa... Meh saya nak share 7 tips memasak sayur tanpa merosakkan nutrien yang ada.


1) Jangan rebus sayur terlalu lama. Cara terbaik celur dalam air mendidih dan angkat bila sayur layu sikit.
2) Masak sayur secara kukus untuk kekalkan rasa asli dan kekalkan nutrien
3) Untuk sayuran yang ditumis masukkan sayur bila minyak dah betul-betul panas dan angkat bila dah layu sket.
4) Kenali cara memasak setiap sayuran. Tak sama tau.
5) Sayuran yang ada kulit macam petola jangan buang habis kulitnya kerana ada phytochemical yang tinggi yang baik untuk kesihatan
6) Jangan panaskan sayur yang dah masak nanti hilang nutrien yang ada.
7) Sayuran mentah buat salad atau makan segar.

Okeh. Ada tak korang masak sayur macam kat atas ni 👆?

Kalau jawapannya ya Alhamdulillah masih banyak nutrien asal dalam sayuran yang korang masak. Tapi kan kita amik contoh la bila kita buat tomyam atau sup sayur lama tak kita masak? Agak2 sayur dalam tu ada nutrien lagi tak???

Itula saya sendiri sebenarnya tak hebat sangat bab makan sayur ni. Mengaku siap2 😁😁. Tapi saya punya konsep senang ja kalau sayur tu dah layu selayunya baik tak payah makan. Tak dapat apapun. Sebab tu ada hari saya tak makan langsung sayur especially bila makan kat luar. Tolong jangan tiru ya.

Lagipun sayuran zaman sekarang ni walaupun nampak segar bugar belom tentu ada segala nutrien yang sepatutnya ada. Sayur sekarang ni dah terdedah dengan banyak benda yang buat dia tak sebagus dulu lagi.

👉 Terdedah kepada pesticid,herbasid waktu dalam proses penanaman
👉 Nutrien dari tanah pun tak berapa nak ada sebab peniaga nak sayur cepat besar dan cepat2 tanam sayuran baru
👉 Pencemaran tanah dan udara yang tak terkawal
👉  Pengklonan atau R&D banyak ubah dna asal sayuran

Jadinya sayuran mentah pun dah tak berapa bagus sangat dah. Sebab itu lah kalau orang cakap "aku selalu makan sayur tak makan vitamin pun takpe kan???" Saya akan jawab teruskan makan sayur tapi pengambilan vitamin atau makanan tambahan itu masih relevan dan perlu untuk tampung keperluan nutrien yang lompong dalam badan kita 😊. Lebih baik lebih dari tak cukup nutrien dalam badan. Betul tak? Tepuk dada tanya selera anda okay??

So macam mana? Kesimpulannya walaupun makan sayur setiap hari kita masih lagi perlu makan suplemen atau vitamin untuk menampung kekurangan nutrien dalam badan kita.  Dan pastikan korang pilih nutrien yang berasaskan semulajadi,selamat dan berkesan.  Dan pastikan juga suplemen yang korang makan ada #landmarkstudy dan bukan produk segera di pasaran.

Takyah rungsing-runsing pilih ja suplemen Shaklee yang dah dibuktikan selamat oleh #landmarkstudy 😉

Umie -0174997159
Pengedar Shaklee Sah Anda


Sunday, January 29, 2017

STROK SEMBUH GARA-GARA VIVIX

by , in
Assalamualaikum..

Saban hari kita dok dengar orang meninggal dunia secara tiba-tiba angkara strok. Sekali kena terus meninggal dunia. Ada juga yang baru kena minor strok. Tak ambil apa-apa tindakan. Kali kedua kena terus dijemput Ilahi.  Takut sangat-sangat. Tak kira umur dah penyakit berbahaya sekarang ni.

Sebenarnya entry saya kali ni nak berkongsi sikit pengalaman sahabat saya yang suaminya diserang strok yang agak teruk. Kesian sangat. Tapi mereka tak pernah putus asa.

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.

Tanggal 28 April 2014…suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah…hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga…
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun…saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga.


(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Alhamdulillah..apa-apa penyakit pun kalau kita usaha dan ikhtiar pasti ada jalannya.Kita juga harus ingat,penyembuhan itu datangnya dari Allah.
*************************
Promosi vivix meletop bulan januari bakal berakhir 2 hari Sahaja lagi.  Untuk dapatkan Vivix anda jangan berlengah untuk hubungi saya di 017.4997159. Wassalam.
Sunday, January 15, 2017

4 TIPS MENANGANI KARENAH ANAK SULUNG BILA DAPAT BABY BARU

by , in
Assalamualaikum.

Sebagai ibu bapa  kelahiran baby baru sangat lah dinanti-nantikan. Excited tu taktau nak cakap.  Saya cakap tentang diri sendiri sebenarnya hihihi...  Saja nak share kisah abang baru dapat adik. Anak sulung saya ni manja orangnya. Maklumlah nak dekat 3 tahun dia ja buah hati pengarang jantung kan. Kisah ni adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.


Minggu pertama dapat adik si abang (Ashraf) ofkos la still xleh terima lagi. Setiap kali kita bagi perhatian kat adik contohnya tukar pampers ke menyusu ke mesti dia akan suruh dahulukan dia dulu. Nak milo la nak ajak teman dia la. Nasib baik duduk kat kg waktu tu. Ramai yang ada boleh tengok kan dia.

Waktu dalam 2-3 minggu pertama tantrum dia mmg agak dahsyat. Suka memberontak sangat2. Itu memang bukan sifat asal dia tau. Kita yang dlm pantang ni bukannya kuat tahan sabar. Ada la jugak kena marah si abang tu uhuhu... Lepas marah memang menyesal. Sebelum ni dia bukan jenis suka tinggi suara dengan mama atau papa dia tapi sejak dapat adik cepat sungguh dia naik angin uhuhu....

TIPS MENANGANI KARENAH ANAK SULUNG BILA DAPAT BABY BARU


Betul apa yang orang cakap selagi kita tak lalui sendiri kita takkan tahu seberat mana dugaan yang orang lain tanggung. Sebelum ni dok baca ja mak2 kat group ibu-ibu mengadu tak terhandle anak sulung bila dapat baby baru nombor dua. Kawan-kawan kat whatsapp dok cerita stress anak sulung asyik meragam.

Suami Ambil alih Jaga Anak Sulung


Time2 crucial macam tu peranan suami sangatlah penting. Time ni dia la yang tackle tantrum si abang. Minggu ke3 Ashraf ikut papa dia balik Puchong. Memang la ringan sket stress mama boleh fokus kat adik Alysha. Tapi... Perpisahan seminggu tu perit sangat. Tiap2 hari ingat kat Ashraf. Mak2 memang gitu kan? Saya pulak tak biasa berpisah dengan anak lama2. Memang itula tips yang mak mertua dan ipar saya bagi. Bila dapat ja baby baru ayah @ suami kena beri lebih perhatian pada si abang supaya abang tak rasa tersisih. Selama ni dia dapat 100% perhatian kan. Mana tak terasa bila kasih sayang dah kena kongsi-kongsi.

Libatkan Anak Sulung Dalam Aktiviti Jaga Baby

Yang ni penting tau.  Bila nak tukarkan pampers adik mintak si abang amikkan pampers.  Cakap elok-elok. Libatkan dia dalam aktiviti uruskan baby.  Baru lah si abang atau kakak rasa dia diperlukan dan perlahan-lahan sifat sebagai abang/kakak tu akan wujud dalam diri dia.  Yang ni sedang saya amalkan.  Memang menjadi sangat tips ni.

Dahulukan Abang Bila Nak Mandi Atau Makan

Bila nak mandikan adik saya akan cakap kat si abang mama nak mandikan adik ni, abang nak mandi dulu tak? Atau ajak dia join sekali sebab dia suka nak tolong mandikan adik.  Ala dia nak tepuk manja2 ja adik dia 😊.

Selalu Ucapkan Sayang dan Sentuhan Penuh Kasih Sayang

Bila si adik tido saya akan bagi perhatian sepenuhnya kat si abang. Ajak si abang main sama2, pergi dapur pun pegang tangan, peluk dia sambil belai2. Memang jelas nampak air muka anak betapa dia suka sangat rindu sangat saya belai2 dia macam dulu.  Sebak weh bila tengok riak muka anak gitu sob3x...Hanya mak2 yang dah lalui akan paham situasi gini uhuhu..m

Sekarang adik dah 50 hari. Abang Ashraf makin dah boleh terima dah kehadiran adik dia. Selalu dah kiss adik hihihi... Kadang2 usik dia cakap ada orang nak amik adik. Terus dia cakap tak boleh. Ni petang tadi abang Ashraf buat kelakar lagi. Mama penat2 isi air suam dalam besen nak mandikan adik dengan slumber badak dia buang semua hahahha... Mama tak marah pun cuma gelak tak hengat dunia. Jeles tu ada sket lagi.

Begitulah ceritanya. Good luck ya untuk kawan2 yang sedang mengandung anak ke2. Persiapkan emosi korang suami isteri ya. Pesan kat suami adik dah kua nanti dia plak kena take over si akak atau si abang ya hihihi...

Kesimpulan yang boleh saya kongsikan dengan semua ialah kita kena main psikologi dengan anak sulung. Saya involvekan anak sulung saya supaya dia tak rasa terpinggir atau kasih sayang berkurang untuk dia. Ok korang next time saya share lagi ngan korang semua ya.  Bye...
Sunday, January 01, 2017

KENANGAN MAIN HUJAN WAKTU ZAMAN KANAK-KANAK

by , in
Ingat lagi waktu kecik bila hujan pakat berderu keluaq rumah semata-mata nak main hujan. Memang happy sangat2. Mak ayah larang gitu2 ja.  Takdak la sampai standby rotan ka apa ka. Kadang-kadang terserempak anak jiran sebelah main hujan jugak hahaha...

Gambar ehsan google

Antara aktiviti yang selalu kami buat ialah buat kapal guna kertas pastu pakat lawan dengan adik beradik kapal sapa yang pi jauh hahaha... Nostalgia sangat. Sat ja bertahan sebab guna kertas kan 😂😂😂.

Lagi satu hangpa tau dak buah machang? Nak habaq pun xtau nak terang lagu mana. Buah ni payah sangat nak jatuh sendiri kecuali time hujan. Pokoknya tinggi sangat. So bila hujan pakat bawak guni pi kutip buah machang ni hihihi... Serius legend sangat.  Alahai sayu plak tiba2 bila imbau kenangan waktu kecik 😣😣😣. Kenangan yang takkan lupa sampai bila-bila.

Budak2 sekarang dah tak berapa nak dapat rasai kenangan macam kita dulu2. Hujan pun dah tak selamat macam dulu. Banyak sangat dah pencemaran sana sini. Kena hujan sket ja demam sampai 3-4 hari. Nasib baik lah memang ada suplemen boost up imun.  Boleh la makan supaya demam tak lama.

Buat mak ayah zaman moden ni takde salahnya kalau sekali sekala bagi anak2 main hujan especially bila balik kg hihihi... Biar diorang dapat peluang untuk rasai indahnya zaman kanak-kanak macam kita dulu 😊.