Thursday, June 22, 2023

5 PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN SELAMAT & BERKESAN

by , in

Masalah jeragat selalu terjadi di kalangan wanita. Memang sangat menjejaskan keyakinan diri seorang wanita. Jika dibiarkan lagi la susah nak dihilangkan. Entry kali ni umie nak share 5 PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN.



Apakah maksud jeragat?


Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang terjadi disebabkan oleh pendedahan berterusan terhadap cahaya matahari.


Jeragat ni bukanlah sesuatu yang berbahaya. Ia muncul disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat jika tidak dikawal di peringkat awal memang sangat susah nak dibuang setelah ia makin banyak di wajah


Punca Terjadinya Jeragat


Ada 6 punca utama terjadinya jeragat pada wajah seseorang:


1. Sinaran UV daripada matahari yang berterusan sehingga menyebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.

2. Tekanan perasaan atau stress menyebabkan radikal bebas menyerang kulit sehingga mengakibatkan jeragat degil muncul di wajah.

3. Persekitaran tercemar

4. Penggunaan kosmetik yang berbahaya atau tidak sesuai

5. Usia

6. Perubahan hormon






1. Sinaran UV Daripada Matahari

Punca jeragat di muka yang utama adalah disebabkan sinaran UV daripada matahari. Sinaran ini akan tembus ke dalam kulit muka lalu menyebabkan kulit wajah bertindak menghasilkan pigment hitam (jeragat) yang berfungsi untuk mengelakkan sinaran uv itu tembus kedalam kulit lebih dalam sehingga boleh menyebabkan kanser kulit. Mengikut kajian antarabangsa, sinaran uv juga terhasil daripada lampu kalimantang. Majoriti wanita mendapat jeragat hasil daripada terdedah kepada lampu kalimantang di pejabat dan rumah.

2. Tekanan Perasaan

Tekanan ditempat kerja mahupun dirumah juga menjadi salah satu punca jeragat di muka. Ini disebabkan oleh kadar radikal bebas didalam badan meningkat apabila seseorang itu tertekan. Radikal bebas menjadi penyebab utama dari dalam badan sehingga menyebabkan terjadinya jeragat degil dan hitam di wajah. Radikal bebas akan membuat kulit wajah berinteraksi sehingga terhasilnya tompok-tompok hitam dan gelap. Lagi tinggi kadar tekanan anda, lagi banyak jeragat akan muncul.

3. Persekitaran Tercemar

Suka atau tidak, persekitaran kita sekarang sangat tinggi kadar pencemarannya. Sekaligus menyebabkan badan menghirup udara yang kotor. Udara tercemar ini akan meningkatkan kadar radikal bebas dalam badan. Lihat point diatas, radikal bebas menjadi faktor terbesar dalam penghasilan jeragat di wajah anda.

4. Tersalah Pakai Krim Anti Jeragat 

Punca jeragat di muka disebabkan tersalah pakai krim anti jeragat kerap terjadi, niat dihati nak pulihkan jeragat, tapi akibat produk mengandungi bahan merbahaya, lain pulak jadinya pada kulit. Hati-hati dalam pemilihan sapuan dari luar. Kerana andai tersalah pakai produk, kulit lapisan luar akan jadi sangat nipis dan sangat sensitif pada sinaran uv.

Ini lah perkara perkara yang perlu anda ketahui tentang bagaimana terhasilnya jeragat diwajah. Sekarang kita dah tahu punca-punca jeragat di muka, next post admin akan bagi tips bagaimana cara hilangkan jeragat anda.

Monday, June 19, 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK TAMBAH BERAT BADAN

by , in

Syukur Alhamdulillah Allah izinkan umie untuk mendapat berat badan ideal pada umur pertengahan umur 37 tahun. Sungguh tak percaya sangat akhirnya berjaya capai target berat badan yang diimpikan sekian lama.


Jom umie nak berkongsi AMALAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK TAMBAH BERAT BADAN. Mudah mudahan entry umie kali ni mampu sedikit sebanyak memberi ideas, info dan ilmu buat sahabat-sahabat yang masih struggle untuk tambah berat badan supaya tidak lagi "Underweight"


Amalan Gaya Hidup Sihat untuk Tambah Berat Badan


1. Mengamalkan cara makan secara kerap tetapi sedikit.

Sebenarnya bila badan susah nak tambah berat ia adalah disebabkan kadar metabolisma yang terlalu tinggi. Belum sampai makanan diserap jadi lemak ia telah dihadam sepenuhnya. Sebab itulah sangat susah untuk tambah berat badan. Elakkan tahan lapar untuk sehingga tersangat lapar. Pastikan sentiasa ada snek sihat yang mudah dan sihat untuk dimakan. Contohnya buah buahan yang siap dipotong, coklat macadamia, kurma dan roti disalut peanut butter.


2. Minum air selepas 20 minit makan berat.


Ramai yang tak tahu sebenarnya waktu minum air pun mempengaruhi seseorang itu samada mudah naikkan atau turunkan berat badan. Minum air putih sekurang-kurangnya 20 minit selepas makan membantu menggemukkan badan secara sihat. Sedang jika kita mengamalkan minum air sebelum makan atau ketika makan ia akan membuatkan kita cepat kenyang sehingga makan sedikit.


3. Lakukan senaman secara konsisten.

Ini pun salah satu dari MITOS yang selau diomokkan di kalangan masyarakat di Malaysia. Bila orang yang kurus senaman orang akan cakap... Eh buat apa senaman lagi???? Kang lagi kurus pulak badan tu...
Tolong ubah persepsi anda selepas ini. Bila kita berolahraga atau senaman bantu badan kita lebih sihat dan lebih berotot. Pastikan anda pilih senaman yang fokus untuk menguatkan otot. Senaman seperti berjogging, berlari kurang sesuai untuk menambahkan berat badan. Boleh rujuk Senaman Ringkas Untuk Tambah Berat Badan


Semoga tips ini membantu sahabat-sahabat ytang sedang berusaha untuk menambah berat badan.



Tuesday, June 13, 2023

PENGEDAR SHAKLEE YANG AKTIF DI KAWASAN PUCHONG

by , in

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Terima kasih kepada semua pembaca blog ini dan kepada pelanggan setia umie selama ini. Umie adalah PENGEDAR SHAKLEE YANG AKTIF DI KAWASAN PUCHONG. Umie adalah pengedar shaklee secara sepenuh masa dan mula aktif sejak Januari 2014. 


Kawasan yang umie cover untuk penghantaran secara C.O.D (Cash On Delivery) ialah merangkumi area:


Saujana Puchong
Batu 14
Taman Mas
Puchong Utama
Puchong Perdana
Puchong Indah
Puchong Permai
Bandar Puteri
Kg Seri Aman
Puchong Jaya


Dan juga kawasan sekitarnya. Kos penghantaran berbeza mengikut kawasan. Tetapi sekiranya pembeli dapat datang di kawasan Saujana Puchong tiada charge penghantaran dikenakan.


Jika ada yang berminat untuk order boleh klik link di bawah ini:



Saturday, June 10, 2023

TESTIMONI SHAKLEE DARI KURUS KERING SEHINGGA BERAT BADAN IDEAL

by , in

Alhamdulillah Jan 2023 genap 9 tahun umie bersama Shaklee. Bermula sebagai pengguna tanpa join ahli selama sebulan iaitu bulan December 2013.


Awal Jan 2014 umie nekad join Shaklee asbab dah jatuh cinta dengan kesan yang umie dapat dari Set Berpantang lengkap Shaklee. 


Sejak itu walaupun gaji ciput tetap ada bahagian untuk vitamin setiap bulan. Apa yang umie percaya tak rugi jika kita melabur untuk kesihatan diri sendiri. Sebabnya itulah hadiah sebenar untuk diri kita iaitu apa yang kita makan.


Umie nak kongsikan TESTIMONI SHAKLEE iaitu kisah benar Shaklee Effect umie sendiri yang membuatkan umie setia bersama Shaklee sehingga ke hari ini walaupun banyak liku-liku tajam yang hadir di sepanjang perjalanan.


Testimoni Shaklee Umie Menggunakan Produk Shaklee.


1. Berjaya menambah berat badan dari "underweight" sehingga mendapat berat badan ideal.


Umie ni sejak azali memang sangat kurus. Bila jalan tu nampak macam bongkok sebab terlalu kurus. Raut wajah pun sentiasa nampak macam tak sihat walaupun sebenarnya umie memang sihat ja. Kadang-kadang naik heran kenapalah asal jumpa  sesapa ja mesti tanya dengan riak wajah risau takut kita ni sakit. Gambar bawah ni adalah pada 6 Januari 2021 iaitu hari terakhir umie bergelar pekerja kilang.


Bila tengok balik gambar ni memang nampak suram benor muka tu hihihi.. Sedikit cengkung dan tidak bermaya

Alhamdulillah setelah umie bertukar status menjadi suri bisnes (suri rumah dan menjadi usahawan Shaklee) berat badan umie mula naik secara konsisten hampir 1kg setiap bulan. Apa yang umie belajar dari kisah umie sendiri ialah STRESS mampu membuatkan seseorang "terlalu kurus" dan "Obesiti". Tidak dinafikan stress sangat-sangat memberikan impak negatif kepada kesihatan mental, menjejaskan sistem imun badan, menjejaskan keyakinan diri sehingga menyebabkan diri sukar menambah berat badan secara sihat.
Bermula bulan Januari 2021 umie tidak lagi terlalu aktif macam masa bekerja. Sebab kerja umie dulu memang memerlukan umie terlalu banyak bergerak. Jadi sangat sukar nak menambah berat badan secara konsisten.


Boleh tengok video perubahan sebelum dan selepas umie mendapat berat badan ideal


Umie ambil masa hampir 8 bulan untuk mencapai berat badan ideal iaitu 60kg. Berat akhir umie pada December 2020 ialah 53kg. Syukur sangat asbab dah tak stress lagi,senaman secara konsisten dan berkala serta pengambilan suplemen Shaklee sangat membantu umie mendapatkan berat badan ideal pada usia 37 tahun. Antara produk Shaklee yang umie ambil ialah:


B complex
Vitalea
ESP 
Omega Guard
Vivix

Gabungan vitamin-vitamin ini membantu umie merapatkan jurang nutrisi dalam badan, membantu meringankan stress, memberikan badan tenaga berterusan serta menyeimbangkan metabolisma badan. Nasihat umie buat sahabat-sahabat yang sedang struggle untuk menambahkan berat badan JANGAN PERNAH GIVE UP. Pertama sekali yang perlu kita buat ialah menjaga kesihatan mental dan elakkan diri daripada stress yang melampau. Seterusnya amalkan pengambilan suplemen yang tepat untuk melengkapkan badan dengan nutrisi yang lengkap. Akhir sekali bersenam lah secara konsisten. Jangan dengar bila orang cakap dah kurus tak perlu bersenam. ITU SEMUA AUTA. Bersenam sangat membantu badan kita untuk menambahkan otot secara sihat.


Gambar yang diambil semasa menyertai Business Leader National Conference 2023

2. Kaki tidak lagi berbau setelah konsisten mengamalkan suplemen shaklee


Patah balik ke belakang. Kisah awal-awal umie terjebak dengan Shaklee. Ingat lagi sebelum konsisten dengan Shaklee umie ada masalah perpeluhan yang agak teruk pada kaki. Bila pi kerja pakai stokin n kasut tak sampai petang dah lencun dgn peluh. Memang busuk 😭😭. Macam-macam umie buat tetap tak selesai masalah. Kemudian awal Januari 2014 umie mula konsisten consume Vitamin C,vitalea dan B Complex. Beberapa bulan kemudian tiba2 tersedar yang kaki tak lagi berpeluh melampau. Syukur sangat2. Sampai sekarang pun kalau pakai kasut tanpa stokin pun kaki dah tak berpeluh teruk lagi.


3) Dapat bantu Ramai orang untuk lebih sihat.



Kastemer yang umie share ni adalah antara contoh kenapa umie memilih setia bersama Shaklee. Kami mula2 kenal pada 10 April 2018 sebab Kak Masitah  beli Herbal blend dari Umie. Ukhwah tu berpanjangan sampai sekarang. Walau ke mana pun dia pindah tetaplah jugak dia cari umie. Dah lebih 5 tahun Kak Masitah masih lagi setia dengan Shaklee dan setia menjadi kastemer umie secara khususnya. Dia antara kastemer yang sangat loyal dengan Shaklee. Ini lah antara penguat semangat umie untuk terus setia. Sokongan dari regular customers buatkan umie semakin kuat melangkah. Kak Masitah sangat yakin dengan produk Shaklee. 


4) Bukan sekadar Suri Rumah Biasa



Sebelum umie resign pada Jan 2021 ramai yang cakap kehidupan sebagai Suri Rumah agak tertutup dan berkisar tentang suami, anak-anak dan keluarga sahaja. Tapi syukur Alhamdulillah asbab join Shaklee umie berpeluang explore dunia baru. Umie busy dengan buat video bermanfaat di tiktok dan FB Reels. Umie sibuk update blog. Join kelas online atau offline. Umie rasakan ini adalah kehidupan positive yang umie nak. Umie tak suka kehidupan yang mendatar tanpa cabaran. Jangan taktau umie adalah salah seorang yang happy bila busy atau buat kerja back to back 😁😁. Bagi umie cabaranlah yang membuatkan kita sentiasa berfikir dan kreatif. 

Bila keluar cod itu juga adalah satu satu cabang "Me Time" sebagai seorang suri bisnes supaya kehidupan tidak terlalu tertutup dan hambar. Itulah cabaran yang umie cari dalam hidup. Kerana Shaklee telah menghidupkan kembali impian walaupun tidak lagi keluar bekerja secara hakiki macam dulu.


5) Asbab Shaklee Dapat Kumpulkan Lebih RM10K dalam masa 5 bulan untuk mengerjakan Umrah





Ini lah antara momen-monen indah dalam hidup umie. Tak pernah termimpi mampu mengerjakan Umrah dengan hampir 95% duit sendiri. 5% ada jugak saham suami hihihi... Kasi can suami pun masuk dalam cerita umrah umie. Waktu booking umrah duit baru ada dlm RM1K. Pakej almost RM10K. Bila dicongak2 hampir RM15K persiapan dan belanja di Makkah n Madinah. Bonus Shaklee 100% umi allocate utk Perjalanan Umrah umie. Waktu bekerja dulu tak pernah pun termimpi dapat mengerjakan umrah.


Banyak lagi #whyiloveshaklee yang umie nak list down. Cukup dulu setakat ini. Ada masa umie sambung lagi coretan kisah umie dan Shaklee. 


Sebenarnya umie join contest anjuran www.anakkuwira.com. Semoga entry umie terpilih antara 30 Testimoni Shaklee terbaik. Mohon kawan-kawan sudi like, komen dan share entry ini ya.


Monday, June 05, 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU. VITALIZE LEBIH POWER

by , in

Sebenarnya umie sendiri mula berkenalan dengan MULTIVITAMIN SHAKLEE sejak di awal mula terjebak dengan Shaklee. Waktu tu multivitamin diberi nama Vitalea Iron Formula. Umie consume Set berpantang premium Shaklee yang di dalamnya ada Vitalea Iron Formula.


Biasalah kan... Dulu ilmu tentang nutrisi tersangatlah cetek. Dok ingat multivitamin ni hanya perlu diambil bila kita sakit sahaja. Rupa-rupanya Multivitamin adalah nutrisi penting untuk mendapatkan kesihatan secara optimum.



Adakah Rakyat Malaysia Mengambil Mikronutrien Yang Mencukupi Setiap hari?





Graf di atas ni adalah hasil kajian Nutrisi Golongan Dewasa Malaysia (MANS) 2014 yang menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil makanan tambahan yang kaya vitamin dan mineral dengan mencukupi. Besar kemungkinan adalah disebabkan kurang pendedahan atau ilmu tentang pentingnya pengambilan makanan tambahan.


Apa Akan Jadi Apabila Kurang Mikronutrien Dalam badan?



Antara kesan kekurangan mikronutrien yang lain ialah:


  • Susah nak tambah berat badan
  • Cepat penat walaupun tidak melakukan aktiviti berat
  • Berpeluh luar biasa terutamanya di bahagian kaki dan ketiak.
  • Anemia
  • Mudah pitam terutamanya bagi penghidap Thalasemia

Pengalaman umie sendiri waktu zaman persekolahan memang mudah pitam asbab kekurangan mikronutrien.  Badan pun terlalu kurus dan susah nak naik berat badan. Muka memang pucat dan selalu mudah mengantuk.



Kebaikan Mengambil Multivitamin Setiap Hari





Tak ramai yang tahu betapa jauh jurang nutrisi di dalam tubuh badan kita. pengambilan multivitamin membantu merapatkan jurang nutrisi tersebut.


Sebelum umie sendiri mengamalkan multivitamin cepat sangat mengantuk dan penat melampau. Pukul 10 malam tak mampu dah nak buka mata. Alhamdulillah bila dah konsisten mengambil multivitamin badan bertenaga lebih lama.


Emosi pun lebih terkawal dan tidak mudah marah. Kalau tidak asyik moody ja. Kesian anak-anak. Dan perasaan bimbang yang bukan-bukan memang dapat dikurangkan.


Macam mana nak dapatkan Multivitamin ni?


Haa.... Memperkenalkan Vitalize multivitamin Shaklee yang berwajah baru. Shaklee dah upgrade ingredients yang lebih baik. Dalam setiap tablet mengandungi 25 essential nutrients yang badan kita sangat perlukan. 





Ini memang fakta. Vitalea adalah multivitamin yang pertama di dunia dihasilkan oleh Dr Forrest C.Shaklee pada tahun 1915. Vitalize adalah hasil daripada inovasi lebih 100 tahun pihak Shaklee






Formula Vitalize telah ditambah baik. Vitamin D, Asid folik, Vitamin K antara nutrien yang telah ditambah jumlahnya. 





Berita baik untuk ibu-ibu hamil sebab Vitalize membekalkan 600mcg asid folik dan Vitamin B bagi setiap 2 tablet Vitalize. Sistem penghantaran salutan mikro berpaten direka untuk memastikan penyerapan asid folik yang lebih baik.


Siapa yang perlu ambil Vitalize ni?





Basically Vitalize sangat disarankan semua orang dewasa mengambilnya. Terutamanya mereka yang:


  • Selalu sibuk sehingga tak sempat nak makan secara sempurna
  • Selalu tertekan dengan masalah kerja dan kehidupan seharian yang sangat padat
  • Selalu aktif bersukan kerana mereka memerlukan anti oksidan lebih daripada mereka yang tidak aktif. 
  • selalu makan makanan segera, manis, makanan hispter dan sebagainya
  • Ibu hamil dan menyusu yang sangat-sangat memerlukan makanan tambahan untuk kekal bertenaga serta dapat membekalkan nutrien terbaik kepada bayi masing-masing.





Tanya diri sendiri mampu kah aku makan makanan berkhasiat setiap hari demi untuk cukupkan keperluan multivitamin dalam badan? Vitalize adalah penyelesaian mudsah untuk mengelakkan badan kita kekurangan multivitamin akibat dari tabiat pemakanan yang tidak sihat.


Diri saya sendiri sentiasa memastikan pengambilan multivitamin setiap hari untuk mengelakkan jurang nutrisi di dalam badan. Umie berharap entry ini akan memberi sedikit ilmu betapa pentingnya pengambilan multivitamin setiap hari.


Jika berminat untuk " booked Vitalize yang bakal masuk ke pasaran pada bila-bila masa sahaja boleh contact umie dengan klik mana-mana link di bawah ni.


W/A: www.wasap.my/60174997159/nakbookvitalize

FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL

Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat




#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia


Friday, June 02, 2023

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK SURI BISNES

by , in

Setiap manusia waima siapapun kita takkan terlepas dari dugaan. Kadang-kadang luaran nampak ceria tapi dalaman sedang hancur berkecai. Begitulah juga dengan seorang suri bisnes atau suri rumah. Walaupun nampak seronok dapat mendidik anak-anak 24 jam depan mata tapi kadang-kadang mereka juga rapuh dari segi emosi. Bacalah coretan umie nukilan khas KATA-KATA MOTIVASI BUAT SURI BISNES.



Hakikat Menjadi Seorang Suri Bisnes.


Dulu tak pernah dengar perkataan ' Suri Bisnes'. Kalau kita baca semula kisah-kisah 20-30 tahun yang lalu seorang wanita yang dah berhenti kerja atau tidak pernah bekerja selalunya akan fokus sepenuhnya untuk membesarkan anak-anak dan menjaga makan minum suami.


Namun sekarang dah jadi sebaliknya. Ramai suri rumah yang menjalankan bisnes dari rumah seperti menjual kuih, buat kek, buat gubahan bunga. Ada juga jana pendapatan melalui Bisnes MLM. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk membantu suami dalam menyara keluarga. 



Nasihat untuk Diriku Dan Semua Suri Bisnes.



Menjadi seorang suri bisnes ni sentiasa padat dan terpaksa bahagikan masa seutuhnya supaya kedua-duanya tidak terabai. sedikit coretan kata-kata motivasi dan tips untuk semua suri bisnes (untuk diri sendiri yang juga seorang suri bisnes).



1. Anggaplah usaha kita mencari rezeki dari rumah ibarat mencari mutiara di dalam timbunan kaca. Semakin kita berusaha semakin dekat kita dengan permata yang berkilauan. Sudah pasti banyak ranjau yang mendatang dari pelbagai sudut. Anggaplah dugaan itu sebagai salah satu cara Allah nak meningkatkan martabat kita sebagai seorang ibu, seorang isteri dan juga sebagai seorang peniaga yang berjaya.


2. Cuba susun jadual sebaik yang mungkin. Tipulah kalau seorang suri bisnes semuanya sempurna. Rumah sentiasa kemas, baju tak sempat menimbun, lantai sentiasa bersih. Bila kita pakai dua topi elakkan sama sekali menjadi seorang yang 'Too Perfectionist' . Buat jadual apa yang kita nak buat hari berikutnya. Ya dah pasti kerja rumah masih kena buat tapi jangan bebankan diri untuk buat semuanya hari-hari. Contohnya kalau kita plan esok nak basuh baju dan terus lipat. Sampai hari kejadian siapkan itu dulu. Jangan dok rajin mengemop kecuali anak tiba-tiba tertumpah air kat lantai atau perkara kecemasan yang lain. 


3. Libatkan anak-anak dalam aktiviti seharian. Kalau semuanya kita nak buat memang sangat mudah untuk kita mengalami keadaan di mana keletihan yang melampau. Apa patut kita buat? Tarik nafas pelan-pelan. Perhati sekeliling... Apa aktiviti yang kita boleh outsource pada anak-anak. Percayalah anak-anak ni bila kita suruh dan latih untuk buat kerja memang sangat-sangat membantu. Contohnya latih anak-anak terus letak baju kotor dalam bakul. Nampak mudah tapi benda-benda kecil mampu mengembalikan senyuman manis si ibu.


3. Berdamai dengan takdir. Bila kita berdamai dengan takdir kehidupan akan lebih harmoni. Pastikan pasangan memahami cabaran kita dalam membahagikan masa untuk keluarga dan bisnes. Kena selalu berbincang dari hati ke hati bersama pasangan. Banyak perkara terjadi apabila si suami tak tahu pun isteri jana income dari rumah demi nak bantu suami. Perkara-perkara macam ni kena selalu berbincang.


4. Jika penat perlahankan aktiviti bisnes tapi jangan berhenti. Bila menjadi suri rumah dan menjalankan bisnes serentak adakalanya kita akan rasa penat sangat-sangat. Berehatlah sebentar. Jangan terlalu memaksa. Tapi jangan sesekali terus berhenti sebab nak mulakan semula memerlukan energy yang sangat-sangat tinggi.


5. Kuatkan tekad dan carilah circle yang betul. Sebagai Suri bisnes kita sangat-sangat memerlukan sokongan moral dari mereka yang sejalan senada dengan kita. Bila penat elakkan mengadu pada circle suri rumah kerana mereka tak lalui apa yang kita lalui. Carilah kawan yang juga adalah suri bisnes macam kita. Hati-hati dalam memilih siapa kita nak minta pendapat. 


Akhir kata dari umie... Cabaran sebagai seorang suri bisnes memang berganda. Tapi jika itu pilihan kita jalanilah dengan sebaiknya. Jika nak cuba buat bisnes Shaklee macam umie yang sentiasa dikelilingi oleh circle yang sangat supportive boleh klik link kat bawah ni.



W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee

FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL

Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat




#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia