TESTIMONI SHAKLEE DARI KURUS KERING SEHINGGA BERAT BADAN IDEAL

Alhamdulillah Jan 2023 genap 9 tahun umie bersama Shaklee. Bermula sebagai pengguna tanpa join ahli selama sebulan iaitu bulan December 2013.


Awal Jan 2014 umie nekad join Shaklee asbab dah jatuh cinta dengan kesan yang umie dapat dari Set Berpantang lengkap Shaklee. 


Sejak itu walaupun gaji ciput tetap ada bahagian untuk vitamin setiap bulan. Apa yang umie percaya tak rugi jika kita melabur untuk kesihatan diri sendiri. Sebabnya itulah hadiah sebenar untuk diri kita iaitu apa yang kita makan.


Umie nak kongsikan TESTIMONI SHAKLEE iaitu kisah benar Shaklee Effect umie sendiri yang membuatkan umie setia bersama Shaklee sehingga ke hari ini walaupun banyak liku-liku tajam yang hadir di sepanjang perjalanan.


Testimoni Shaklee Umie Menggunakan Produk Shaklee.


1. Berjaya menambah berat badan dari "underweight" sehingga mendapat berat badan ideal.


Umie ni sejak azali memang sangat kurus. Bila jalan tu nampak macam bongkok sebab terlalu kurus. Raut wajah pun sentiasa nampak macam tak sihat walaupun sebenarnya umie memang sihat ja. Kadang-kadang naik heran kenapalah asal jumpa  sesapa ja mesti tanya dengan riak wajah risau takut kita ni sakit. Gambar bawah ni adalah pada 6 Januari 2021 iaitu hari terakhir umie bergelar pekerja kilang.


Bila tengok balik gambar ni memang nampak suram benor muka tu hihihi.. Sedikit cengkung dan tidak bermaya

Alhamdulillah setelah umie bertukar status menjadi suri bisnes (suri rumah dan menjadi usahawan Shaklee) berat badan umie mula naik secara konsisten hampir 1kg setiap bulan. Apa yang umie belajar dari kisah umie sendiri ialah STRESS mampu membuatkan seseorang "terlalu kurus" dan "Obesiti". Tidak dinafikan stress sangat-sangat memberikan impak negatif kepada kesihatan mental, menjejaskan sistem imun badan, menjejaskan keyakinan diri sehingga menyebabkan diri sukar menambah berat badan secara sihat.
Bermula bulan Januari 2021 umie tidak lagi terlalu aktif macam masa bekerja. Sebab kerja umie dulu memang memerlukan umie terlalu banyak bergerak. Jadi sangat sukar nak menambah berat badan secara konsisten.


Boleh tengok video perubahan sebelum dan selepas umie mendapat berat badan ideal


Umie ambil masa hampir 8 bulan untuk mencapai berat badan ideal iaitu 60kg. Berat akhir umie pada December 2020 ialah 53kg. Syukur sangat asbab dah tak stress lagi,senaman secara konsisten dan berkala serta pengambilan suplemen Shaklee sangat membantu umie mendapatkan berat badan ideal pada usia 37 tahun. Antara produk Shaklee yang umie ambil ialah:


B complex
Vitalea
ESP 
Omega Guard
Vivix

Gabungan vitamin-vitamin ini membantu umie merapatkan jurang nutrisi dalam badan, membantu meringankan stress, memberikan badan tenaga berterusan serta menyeimbangkan metabolisma badan. Nasihat umie buat sahabat-sahabat yang sedang struggle untuk menambahkan berat badan JANGAN PERNAH GIVE UP. Pertama sekali yang perlu kita buat ialah menjaga kesihatan mental dan elakkan diri daripada stress yang melampau. Seterusnya amalkan pengambilan suplemen yang tepat untuk melengkapkan badan dengan nutrisi yang lengkap. Akhir sekali bersenam lah secara konsisten. Jangan dengar bila orang cakap dah kurus tak perlu bersenam. ITU SEMUA AUTA. Bersenam sangat membantu badan kita untuk menambahkan otot secara sihat.


Gambar yang diambil semasa menyertai Business Leader National Conference 2023

2. Kaki tidak lagi berbau setelah konsisten mengamalkan suplemen shaklee


Patah balik ke belakang. Kisah awal-awal umie terjebak dengan Shaklee. Ingat lagi sebelum konsisten dengan Shaklee umie ada masalah perpeluhan yang agak teruk pada kaki. Bila pi kerja pakai stokin n kasut tak sampai petang dah lencun dgn peluh. Memang busuk 😭😭. Macam-macam umie buat tetap tak selesai masalah. Kemudian awal Januari 2014 umie mula konsisten consume Vitamin C,vitalea dan B Complex. Beberapa bulan kemudian tiba2 tersedar yang kaki tak lagi berpeluh melampau. Syukur sangat2. Sampai sekarang pun kalau pakai kasut tanpa stokin pun kaki dah tak berpeluh teruk lagi.


3) Dapat bantu Ramai orang untuk lebih sihat.



Kastemer yang umie share ni adalah antara contoh kenapa umie memilih setia bersama Shaklee. Kami mula2 kenal pada 10 April 2018 sebab Kak Masitah  beli Herbal blend dari Umie. Ukhwah tu berpanjangan sampai sekarang. Walau ke mana pun dia pindah tetaplah jugak dia cari umie. Dah lebih 5 tahun Kak Masitah masih lagi setia dengan Shaklee dan setia menjadi kastemer umie secara khususnya. Dia antara kastemer yang sangat loyal dengan Shaklee. Ini lah antara penguat semangat umie untuk terus setia. Sokongan dari regular customers buatkan umie semakin kuat melangkah. Kak Masitah sangat yakin dengan produk Shaklee. 


4) Bukan sekadar Suri Rumah Biasa



Sebelum umie resign pada Jan 2021 ramai yang cakap kehidupan sebagai Suri Rumah agak tertutup dan berkisar tentang suami, anak-anak dan keluarga sahaja. Tapi syukur Alhamdulillah asbab join Shaklee umie berpeluang explore dunia baru. Umie busy dengan buat video bermanfaat di tiktok dan FB Reels. Umie sibuk update blog. Join kelas online atau offline. Umie rasakan ini adalah kehidupan positive yang umie nak. Umie tak suka kehidupan yang mendatar tanpa cabaran. Jangan taktau umie adalah salah seorang yang happy bila busy atau buat kerja back to back 😁😁. Bagi umie cabaranlah yang membuatkan kita sentiasa berfikir dan kreatif. 

Bila keluar cod itu juga adalah satu satu cabang "Me Time" sebagai seorang suri bisnes supaya kehidupan tidak terlalu tertutup dan hambar. Itulah cabaran yang umie cari dalam hidup. Kerana Shaklee telah menghidupkan kembali impian walaupun tidak lagi keluar bekerja secara hakiki macam dulu.


5) Asbab Shaklee Dapat Kumpulkan Lebih RM10K dalam masa 5 bulan untuk mengerjakan Umrah





Ini lah antara momen-monen indah dalam hidup umie. Tak pernah termimpi mampu mengerjakan Umrah dengan hampir 95% duit sendiri. 5% ada jugak saham suami hihihi... Kasi can suami pun masuk dalam cerita umrah umie. Waktu booking umrah duit baru ada dlm RM1K. Pakej almost RM10K. Bila dicongak2 hampir RM15K persiapan dan belanja di Makkah n Madinah. Bonus Shaklee 100% umi allocate utk Perjalanan Umrah umie. Waktu bekerja dulu tak pernah pun termimpi dapat mengerjakan umrah.


Banyak lagi #whyiloveshaklee yang umie nak list down. Cukup dulu setakat ini. Ada masa umie sambung lagi coretan kisah umie dan Shaklee. 


Sebenarnya umie join contest anjuran www.anakkuwira.com. Semoga entry umie terpilih antara 30 Testimoni Shaklee terbaik. Mohon kawan-kawan sudi like, komen dan share entry ini ya.


No comments:

Post a Comment