AMALAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK TAMBAH BERAT BADAN

Syukur Alhamdulillah Allah izinkan umie untuk mendapat berat badan ideal pada umur pertengahan umur 37 tahun. Sungguh tak percaya sangat akhirnya berjaya capai target berat badan yang diimpikan sekian lama.


Jom umie nak berkongsi AMALAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK TAMBAH BERAT BADAN. Mudah mudahan entry umie kali ni mampu sedikit sebanyak memberi ideas, info dan ilmu buat sahabat-sahabat yang masih struggle untuk tambah berat badan supaya tidak lagi "Underweight"


Amalan Gaya Hidup Sihat untuk Tambah Berat Badan


1. Mengamalkan cara makan secara kerap tetapi sedikit.

Sebenarnya bila badan susah nak tambah berat ia adalah disebabkan kadar metabolisma yang terlalu tinggi. Belum sampai makanan diserap jadi lemak ia telah dihadam sepenuhnya. Sebab itulah sangat susah untuk tambah berat badan. Elakkan tahan lapar untuk sehingga tersangat lapar. Pastikan sentiasa ada snek sihat yang mudah dan sihat untuk dimakan. Contohnya buah buahan yang siap dipotong, coklat macadamia, kurma dan roti disalut peanut butter.


2. Minum air selepas 20 minit makan berat.


Ramai yang tak tahu sebenarnya waktu minum air pun mempengaruhi seseorang itu samada mudah naikkan atau turunkan berat badan. Minum air putih sekurang-kurangnya 20 minit selepas makan membantu menggemukkan badan secara sihat. Sedang jika kita mengamalkan minum air sebelum makan atau ketika makan ia akan membuatkan kita cepat kenyang sehingga makan sedikit.


3. Lakukan senaman secara konsisten.

Ini pun salah satu dari MITOS yang selau diomokkan di kalangan masyarakat di Malaysia. Bila orang yang kurus senaman orang akan cakap... Eh buat apa senaman lagi???? Kang lagi kurus pulak badan tu...
Tolong ubah persepsi anda selepas ini. Bila kita berolahraga atau senaman bantu badan kita lebih sihat dan lebih berotot. Pastikan anda pilih senaman yang fokus untuk menguatkan otot. Senaman seperti berjogging, berlari kurang sesuai untuk menambahkan berat badan. Boleh rujuk Senaman Ringkas Untuk Tambah Berat Badan


Semoga tips ini membantu sahabat-sahabat ytang sedang berusaha untuk menambah berat badan.



No comments:

Post a Comment