Monday, July 31, 2023

TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI ISTERI DENGAN VITAMIN E

by , in

 Selalu baca di internet bahawa Vitamin E hanya untuk Suami sahaja. Isteri tak perlu amalkan Vitamin E untuk meningkatkan kesuburan dalam usaha mendapatkan zuriat.


Haaa... Sebenarnya kedua-dua suami dan isteri sangat digalakkan untuk amalkan  Vitamin E setiap hari. Kenapa?????? Baca sampai habis okey...


BAGAIMANA VITAMIN E MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI?


Sebenarnya kesuburan lelaki bergantung kepada 3 aspek sperma:


  • Kesihatan setiap sperma
  • Jumlah atau kepekatan sperma
  • Jumlah keseluruhan sperma

Lelaki memerlukan Vitamin E yang mencukupi setiap hari untuk menambah baik pergerakan sperma. Vitamin E membantu melindungi membran sel daripada kerosakan.


Vitamin E bekerjasama dengan Selenium untuk melindungi ciri-ciri sperma serta meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita.




Ada satu kajian telah dijalankan ke atas 690 lelaki. Mereka telah diberikan suplemen Selenium dan Vitamin E selama 14 minggu. Hasil daripada kajian tersebut mendapati:



36.6% Tiada maklum balas
52.6% ada penambahbaikan dari segi pergerakan sperma,morfologi atau kedua-duanya
10.8% kehamilan terus




Jadi... Macam mana pula tugas Vitamin E untuk kesuburan wanita @ isteri??? Jom teruskan membaca ke bahagian seterusnya...


BAGAIMANA VITAMIN E MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN ISTERI?


Vitamin E sebenarnya adalah penting untuk ovari dalam membantu sperma bertindak seperti yang sepatutnya.


Apabila isteri amalkan Vitamin E ia bertindak sebagai anti oksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.


Ia juga meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.


Lagi satu kebaikannya ialah ia membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.





Jadi jika nakkan zuriat kedua-dua suami dan isteri wajib amalkan Vitamin E setiap hari. Di samping mengamalkan vitamin yang bersesuaian jangan sesekali terlupa untuk berdoa dan meminta bersungguh-sungguh dari Maha Pencipta. Umie sangat percaya andai kita betul-betul berusaha dan Allah belum menunaikan doa kita itu tidak lain tidak bukan Allah nakkan kita terus merintih dan merayu kepada-Nya disamping tidak mudah putus asa.


Boleh jadi Allah nakkan kita tingkatkan pendapatan keluarga. Allah nakkan pasangan suami isteri lebih menghargai dan menyayangi pasangan seikhlas hati.


Di samping fungsinya untuk kesuburan Vitamin E ada banyak lagi kebaikan yang lain tau. Meh baca poster bawah ni. Vitamin E sangat bagus untuk memelihara sel-sel badan dari serangan radikal bebas. Haa kalau kulit berjerawat pun sesuai amalkan vitamin E.


Nak baca tentang Vitamin yang sangat bagus untuk kesihatan jantung??? Boleh klik DI SINI.





Berita baik buat semua peminat atau sesiapa yang tengah dok fikir-fikir nak cuba Vitamin E bulan ni adalah masa yang terbaik...

Shaklee telah melancarkan PROMOSI MERDEKA khas buat kita semua.. Dengan pembelian :


1 Botol Vitamin E layak dapat 40% diskaun
2 Botol Vitamin E layak dapat 50% diskaun
3 Botol Vitamin E layak dapat 60% diskaun

Promo ni hanya sehingga 31 Ogos 2023 SAHAJA







    Best kan? Nak lagi jimat jom terus sign up ahli dengan umie hihihi.. Yuran HANYA RM35 SAHAJA. Nak yuran percuma pun boleh ja... Klik link kat bawah ni okay....



Friday, July 28, 2023

PERCUTIAN SHAKLEE TRIP PERCUMA 5 BINTANG

by , in

Shaklee  menawarkan 3 insentif utama. Iaitu Cash bonus, Car bonus dan Convention. Convention ialah PERCUTIAN SHAKLEE TRIP PERCUMA 5 BINTANG ke destinasi Regional iaitu Serantau dan International iaitu Antarabangsa.


Kali ni umie nak cerita tentang Percutian Shaklee. Insentif yang lain umie cerita lain kali okay. Bulan 8 Leader-leader yang layak akan berlepas ke US untuk trip percutian Shaklee Percuma 5 bintang. Mereka yang layak join adalah yang cukup syarat minimum yang ditetapkan oleh syarikat. Tak sabar sangat-sangat nak layan depa update kat social media.


SYARAT KELAYAKAN UNTUK LAYAK JOIN PERCUTIAN SHAKLEE


Entry kali ni akan bercerita tentang Trip Percutian Shaklee bagi Tahun kalendar Shaklee April 2023 hingga Mac 2024. Tempoh kelayakan bermula dari Bulan April 2023 hingga Mac 2024.


Terma dan Syarat


  • Peserta Lawatan Insentif mesti layak berdasarkan Mata Ganjaran Konferens dan Pangkat Efektif Minimum.
  • Lawatan Insentif Antarabangsa Shaklee:-
  • Peserta mestilah Efektif Minima pada pangkat COORDINATOR sepanjang tempoh kelayakan dan sehingga 1 bulan sebelum lawatan.
  • Lawatan Insentif Serantau Shaklee:-
  • Peserta mestilah Efektif Minima pada pangkat SENIOR SUPERVISOR sepanjang tempoh kelayakan dan sehingga 1 bulan sebelum lawatan.
  • Bagi Pemimpin Perniagaan Baharu, pangkat efektif minima hanya bermula dari bulan Naik Pangkat sebagai Coordinator atau Senior Supervisor.
  • Lawatan Insentif Shaklee adalah eksklusif untuk Para Pemimpin Perniagaan yang telah memenuhi keperluan Lawatan Insentif serta mempunyai rekod yang baik dengan Syarikat seperti yang telah diterangkan dalam P&R Shaklee.


Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf Para Pemimpin yang telah menunjukkan contoh kepimpinan dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para Pemimpin Perniagaan untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee. Shaklee dah bawa lebih daripada 4800 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke 20 negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.


Pada tahun 2024, Shaklee bakal membawa para pencapai yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Osaka,Nara, Kyoto Jepun dan Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket. Tengok gambar dan video yang Shaklee sediakan memang teruja sangat-sangat. Bukan kaleng-kaleng orang kata.



Terokai budaya dan bandar bersejarah Jepun dengan Kyoto, bekas ibu negara Jepun dan pusat kuasa empayar selama lebih seribu tahun. Terletak di selatan, Nara mendahului sebagai ibu kota empayar dan sehingga hari ini masih mengekalkan banyak warisan bersejarahnya. Penginapan kami akan berada di Osaka, kawasan metropolitan kedua terbesar Jepun selepas Tokyo. Osaka berbeza daripada Kyoto dan Nara, ia merupakan sebuah bandar besar, menonjol dan sibuk yang terkenal dengan membeli-belah, hiburan malam dan beberapa makanan terbaik Jepun.

Yang best Shaklee biasanya akan bawa melawat tempat yang rare dan bagi peluang kepada semua yang layak untuk rasai budaya tempatan. Tempat yang ada dalam itinerary semuanya berbayar dan mahal-mahal belaka. Shaklee juga pemurah sangat. Selalu ada suprise gift dan duit poket untuk setiap peserta. Mewah sangat weh.



Quantum yang memenangi anugerah dalam ketegorinya, Spectrum of the Seas® merupakan pengembaraan Timur Jauh yang penuh dengan aksi dan kejayaan pertama. Rasai tahap adrenalin anda meningkat dalam Sky Pad®, pengalaman trampolin bungee yang menambah realiti maya pada campurannya. Tontoni robot membuat ciptaan jus tersendiri khas untuk anda di Bionic Bar. Tingkatkan penginapan anda di penginapan di laut dengan akses kepada pelbagai kemudahan eksklusif. Alami percutian jauh ke timur yang lebih jauh daripada biasa.


Best kan? Jom la join umie untuk terokai bumi Allah secara percuma dengan Shaklee. Sekali join mesti teruja dan nak join lagi. Sempat lagi untuk fight supaya layak dapat tiket percutian shaklee trip Percuma 5 bintang.


Monday, July 24, 2023

TIPS TRAVEL BERSAMA PASANGAN INTROVERT SUPAYA PERCUTIAN LEBIH BERMAKNA

by , in

 Pasangan suami isteri selalunya berlainan minat dan karekter. Jika kita dijodohkan dengan pasangan sehati sejiwa itu adalah bonus. Namun jika sebaliknya ia juga adalah anugerah dari Allah untuk mewarnai kehidupan kita. Macan umie sendiri adalah seorang yang extrovert iaitu mudah bergaul, sukakan suasana yang ramai,suka berjalan dan agak peramah. Manakala suami umie adalah seorang yang introvert. Dia sangat tak suka suasana yang hiruk pikuk, lebih suka berada di rumah berbanding keluar berjalan. Jika bergaul beliau hanya selesa di kalangan orang yang dia kenali.


So entry kali ni umie nak share TIPS TRAVEL BERSAMA PASANGAN INTROVERT.  Umie buat entry ini betul-betul berdasarkan pengalaman umie sendiri yang sangat struggle bila nak ajak suami untuk bawa anak-anaka travel ke mana-mana. Dengar macam stress kan? Hahaha... dah hampir 11 tahun usia perkahwinan. So banyak try and error untuk isu ni  : ).



TIPS TRAVEL BERSAMA PASANGAN INTROVERT


1. Melakukan perancangan awal. Elakkan plan di saat saat akhir.


Mengenali perwatakan suami umie seorang introvert mereka tidak suka dipaksa. Jadi bila nak travel semestinya kita nak suasana yang harmoni. Jadi berbincang lebih awal dengan pasangan tentang destinasi percutian, bila nak bercuti dan paling penting apa expectation pasangan untuk percutian tersebut. Bagi percutian kali pertama untuk pasangan yang baru berkahwin tak salah jika penuhi keinginan pasangan terlebih dahulu. Dengan macam tak best tapi percayalah seorang extrovert lebih mudah adapt dengan keadaan berbanding introvert.

2. Rancang itinerary terlebih dahulu. Elakkan terlalu padat. 

Bersangkut dengan point nombor satu. Bila kita plan secara tersusun itu memberikan kelebihan untuk kita rancang itinerary dengan lebih baik. Nak makan kat mana, nak membeli belah kat mana dan sebagainya.

3. Jalan letakkan tanda aras terlalu tinggi. Cuba faham pasangan anda.


Di awal usia perkahwinan umie akui sangat tertekan dengan pasangan yang sukar nak diajak berjalan. Ye lah 10 tahun lepas mana lah kita didedahkan dengan jenis-jenis personaliti, cara kenali pasangan. Jadi kita anggap semua orang wajib suka berjalan.  Lebih banyak cuba memahami personaliti pasangan akan lebih membuatkan perhubungan ada toleransi yang tinggi. Jangan tak tahu ada introvert yang sangat struggle untuk berada di tempat yang ramai orang. Jadi sesekali cuba berada di dalam kasut mereka. Percayalah bila mereka nampak usaha kita akan lebih dihargai.


Semoga tips umie membantu pasangan yang sedang struggle untuk ajak pasangan introvert untuk pergi travel. 





Thursday, July 13, 2023

TIPS BISNES ONLINE UNTUK MEREKA YANG TIADA MODAL YANG BANYAK

by , in

Bila scroll media sosial acapkali lalu kat newfeeds pos tentang kenaikan kos sara hidup yang di luar kawalan. Banyak perniagaan kecil kecilan mula gulung tikar sebab tak dapat nak tampung perbelanjaan untuk menjalankan bisnes.


Lagi menyesakkan minda bila OPR asyik naik ja. Bayaran bulanan rumah asyik naik ja. Jadinya perbelanjaan tetap keluarga terpaksa ditambah. Sebab itulah sekarang ni tengah trending semua orang mencari peluang BISNES ONLINE samada secara full time atau secara part time demi untuk meneruskan kelangsungan kehidupan keluarga.


Umie ada beberapa tips bisnes online untuk mereka yang tiada modal yang banyak. Teruskan membaca sampai habis tau :).




1. Bisnes yang hanya memerlukan modal yang minimum.

Dalam keadaan yang mendesak melabur modal yang tinggi dalam bisnes online adalah sangat berisiko. Ini kerana lumrah dalam mana-mana bisnes sekalipun memerlukan masa untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. Nak dapatkan sales pertama pun tidak semudah kata-kata. Jadi elakkan mengorbankan wang secara berlebihan untuk bisnes online. Kalau pandai cari mesti akan jumpa bisnes yang tak memerlukan modal sehingga 3 angka.



2. Mempunyai support sistem yang kuat dan kukuh.

Bagi bisnes yang stabil mereka dah ada support sistem dan team yang kuat dan kukuh. Elakkan terus semberono join mana-mana bisnes tanpa mengambil tahu siapa yang kita akan sertai. Ambil masa untuk selidik siapa team yang bakal kita sertai. Biarlah cerewet sikit dari menyesal di kemudian hari.



3. Company yang stabil dan tidak pernah bermasalah dalam pembayaran bonus atau ganjaran yang dijanjikan.

Ini part sangat penting. Siasat latar belakang company yang bakal kitas sertai. Zaman sekarang ni kebanyakan bisnes online sangat mudah didapati di media sosial. Ambil masa untuk buat research dan kaji selidik di kalangan mereka yang dah join. Kemudian buatlah keputusan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.


4. Pilih produk yang evergreen dan 'BUKAN BERMUSIM'

Elakkan memilih produk yang 'Bermusim'. Sangat berisiko sebab kita tak boleh jual sepanjang tahun. Bila dah tak 'IN' dah takde orang cari. Evergreen tu maksudnya produk tersebut bila-bila masa pun orang cari. Tak lapuk dek hujan kata orang.



5. Bisnes yang fleksible dan boleh dijalankan di mana-mana

Ya. Ini pun kriteria penting dalam memilih jenis bisnes online. Pilih lah bisnes yang kita boleh lakukan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Sambil jaga anak pun boleh jana income. Sambil bercuti pun kaching kaching sales tetap jalan. Best kan macam tu?


Haaa... Nak tahu tak apa bisnes online yang ada kesemua ciri-ciri yang umie cerita di atas?......



Ya awak... Bisnes yang umie jalankan secara full time dengan modal serendah RM35 sahaja ialah bisnes Shaklee. Umie dah menjalankan bisnes online ni sejak Januari 2014 sampai la sekarang. Pembayaran bonus tak pernah lambat. Selalunya lagi awal adalah.
Bisnes Shaklee ada support sistem iaitu team yang sangat hebat. Kami ada kelas secara online dan offline (dijalankan di beberapa bandar utama di Malaysia)  secara sistematik. Untuk mereka yang nak join sebagai Dropshipper pun kami dah sediakan bahan-bahan iklan secara sistematik. Anda tinggal buat ja.
Pihak Shaklee tidak pernah lambat atau tak bayar bonus bulanan. Cuma tu la bulan ni boleh pulak Shaklee bayar bonus 2 hari lebih awal. Terlebih efisien gitu hahahha... 

So jangan berlengah lagi untuk ubah ekonomi keluarga anda. Hubungi umie sekarang jugak.




Monday, July 10, 2023

KERJA DARI RUMAH DAPAT JANA INCOME 4 ANGKA.

by , in

 Alhamdullah tahun 2023 genap 3 tahun 6 bulan umie bergelar suri rumah sepenuh masa. Secara sah meninggalkan pekerjaan 8-6 pm. Umie memilih untuk kerja dari rumah sambil menguruskan keluarga. Target umie ialah kerja dari rumah dapat jangka income 4 angka. Haaa boleh ke?


Jom umie cerita apakah cabarannya, macam mana nak dapatkannya dan adakah ianya mudah. Umie angggap entry ini lebih kepada musabah diri dan dalam masa yang sama umie target untuk memberi sedikit gambaran pada bakal-bakal suri rumah supaya lebih bersedia jika baru nak menceburi dunia KERJA DARI RUMAH.



APAKAH CABARAN APABILA NEKAD NAK KERJA DARI RUMAH SAMBIL MENGURUSKAN KELUARGA?



Entry kali ni umie bercerita dari kaca mata seorang wanita bekerjaya yang akhirnya terpaksa atau memilih dengan rela hati berhenti kerja untuk menjadi suri rumah atau ayat moden sekarang Suri Bisnes sebab mereka melakukan kedua-dua tanggungjawab di rumah.


Sebelum umie nekad untuk resign banyak sangat cerita tentang nasib suri rumah yang berubah 100% selepas mereka tidak lagi membantu menjana income untuk keluarga. Banyak cerita di mana nafkah untuk keperluan peribadi seorang isteri tidak diberi secara sewajarnya. Lebih sedih lagi bila peranan isteri yang sanggup meninggalkan kerjaya demi suami dan anak-anak tidak dihargai dengan sebaiknya oleh suami. Nauzubillah. 


Sebelum umie resign perkara seperti itu banyak bermain di fikiran umie. Tapi disebabkan umie dah nekad nak ke tak nak umie terpaksa fokus kepada "SOLUSI". Jadi hari ini umie nak dedahkan strategi umie agar pengorbanan berhenti kerja tidak memudaratkan serta membuatkan umie menyesal.


1. Berbincang secara bertentang mata dengan suami dan ambil tahu keadaan kewangan suami sekiranya isteri berhenti kerja.


Nak ke tak nak percayalah kedua-dua pihak suami dan isteri perlu transparent tentang status kewangan keluarga. Jangan segan untuk tanya secara details mampu kah suami tanggung seisi keluarga selepas kita dah berhenti kerja. Ramai pasangan yang meminta pasangan meninggalkan kerjaya tanpa ada perancangan yang rapi macam mana nak sara keluarga sendirian setelah isteri tidak lagi mampu topup keperluan keluarga. Jika suami memang betul mampu untuk tanggung semuanya barulah isteri boleh dengan senang hati berhenti kerja.


2. Kurangkan komitmen bulanan yang TIDAK PERLU serta serahkan sepenuhnya komitmen kewangan keluarga kepada suami.


Waktu bekerja dulu umie sendiri mengambil inisiatif bayar juga serba sedikit komitmen keluarga tapi 2 tahun sebelum umie finally resign sikit-sikit umie serah semula pada suami. Ini penting sangat supaya suami boleh ukur kemampuan beliau untuk sara keluarga. Tugas kita adalah mengurangkan sebanyak mungkin komitmen bulanan supaya once kita resign tiada perkara yang boleh memberatkan bahu suami untuk tanggung.


3. Bagitahu suami kita masih nak kerja dari rumah sambil menguruskan keluarga.


Yang ni bahagian paling penting. Kena berbincang dengan pasangan niat kita untuk terus kerja dari rumah secara online disamping menguruskan rumahtangga. Bukan apa kalau kita tak beritahu akan ada isu asyik tengok telephone la, asyik on call la, kena keluar cod lah. So lebih baik bagitau siap-siap. Komunikasi ialah teras kebahagian keluarga. Bila suami tahu dan faham toleransi itu pasti ada.



MACAM MANA KERJA DARI RUMAH DAPAT JANA INCOME 4 ANGKA?


Ok sekarang kita cerita tentang macam mana kerja dari rumah dapat jana income 4 angka. Umie akan share macam mana dan apa patut kita buat untuk pastikan duit sentiasa masuk walaupun kita tidak lagi keluar bekerja seperti dulu. Umie memilih bisnes online untuk memastikan umie mudah untuk terus jana income secara lebih fleksibel. Nak tahu cara memilih bisnes online boleh klik DI SINI



1. Mulakan bisnes semasa masih bekerja 


Wanita ni bila dah biasa ada duit kat tangan sangatlah stress bila tiada lagi duit masuk setelah berhenti kerja. Jadi umie cadangkan para isteri yang tak nak hilang punca pendapatan setelah berhenti kerja untuk mula jana income tambahan semasa masih berkerja.Ini sangat penting sebab fasa awal bekerja secara online aka pendapatan tambahan banyak cabaran menanti. Waktu itu kita belum stress sangat sebab masih ada income. Jadi anggap 6 - 12 bulan pertama adalah sebagai orientasi awal sebelum kita bergerak sepenuh masa dari rumah.


Umi sendiri memulakan bisnes shaklee lebih daripada 5 tahun  sebelum berhenti kerja. Umie dah lalui pelbagai cabaran. Jadinya bila dah berhenti kerja umie meneruskan kerja dari rumah dengan keyakinan dan tinggi dan dah "Hati kering" untuk hadapi jatuh bangun dalam bisnes.


2. Bijak membahagikan masa antara bisnes dan keluarga.


Ini sangat penting. Bila kita bekerja dari rumah tiada siapa nak guide atau marah kita. Jadi kita mudah hilang fokus. Buat jadual waktu sangat penting untuk memastikan kita tidak mengabaikan keluarga dan bisnes online yangs sedang kita jalankan. Cara umie sebelum tidur buat to do list apa yang umie nak fokus keesokan hari. Jadi kita tak buang masa fikir lagi. Bila dah siang terus buat ja.


3. Bijak memilih circle yang sesuai.


Ini penting sangat. Kalau kita memang nak aim income masuk sebanyak 4 angka setiap bulan wajib pilih circle pergaulan yang tepat. Jangan buang masa involve circle yang memang takde langsung buat bisnes. Bukan maksud umie tak kawan terus tapi lebihkan pergaulan dengan kumpulan yang mempunyai impian dan target hidup yang sama. Mereka inilah yang akan membantu kita kekal bersemangat untuk terus fight.


4. Sabar dan terus konsisten.


Inilah yang paling penting. Sabar perlu sentiasa ada dalam diri. Menguruskan anak-anak pun dah terlalu banyak cabaran. Apatah lagi jika kita buat kerja dari rumah jugak untuk jana pendapatan. Jika penat berehatlah tapi JANGAN SESEKALI BERHENTI.


Semoga semua suri bisnes mampu untuk terus ada pilihan untuk memilih walaupun kerja dari rumah. Umie sangat percaya suri bisnes masih mampu kejar cita-cita dan impian walaupun secara mata kasarnya dunia kita HANYA DI RUMAH.


Jika ada yang nak mula jana income dari rumah boleh contact umie. Sebab umie sendiri dah jana income 4 angka dari rumah.


Untuk anda yang berminat untuk sertai bisnes online terbaik Shaklee, anda boleh klik link di bawah untuk terus berhubung dengan umie.



JOM HUBUNGI UMIE SEKARANG!!!

W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat