PERCUTIAN SHAKLEE TRIP PERCUMA 5 BINTANG

Shaklee  menawarkan 3 insentif utama. Iaitu Cash bonus, Car bonus dan Convention. Convention ialah PERCUTIAN SHAKLEE TRIP PERCUMA 5 BINTANG ke destinasi Regional iaitu Serantau dan International iaitu Antarabangsa.


Kali ni umie nak cerita tentang Percutian Shaklee. Insentif yang lain umie cerita lain kali okay. Bulan 8 Leader-leader yang layak akan berlepas ke US untuk trip percutian Shaklee Percuma 5 bintang. Mereka yang layak join adalah yang cukup syarat minimum yang ditetapkan oleh syarikat. Tak sabar sangat-sangat nak layan depa update kat social media.


SYARAT KELAYAKAN UNTUK LAYAK JOIN PERCUTIAN SHAKLEE


Entry kali ni akan bercerita tentang Trip Percutian Shaklee bagi Tahun kalendar Shaklee April 2023 hingga Mac 2024. Tempoh kelayakan bermula dari Bulan April 2023 hingga Mac 2024.


Terma dan Syarat


  • Peserta Lawatan Insentif mesti layak berdasarkan Mata Ganjaran Konferens dan Pangkat Efektif Minimum.
  • Lawatan Insentif Antarabangsa Shaklee:-
  • Peserta mestilah Efektif Minima pada pangkat COORDINATOR sepanjang tempoh kelayakan dan sehingga 1 bulan sebelum lawatan.
  • Lawatan Insentif Serantau Shaklee:-
  • Peserta mestilah Efektif Minima pada pangkat SENIOR SUPERVISOR sepanjang tempoh kelayakan dan sehingga 1 bulan sebelum lawatan.
  • Bagi Pemimpin Perniagaan Baharu, pangkat efektif minima hanya bermula dari bulan Naik Pangkat sebagai Coordinator atau Senior Supervisor.
  • Lawatan Insentif Shaklee adalah eksklusif untuk Para Pemimpin Perniagaan yang telah memenuhi keperluan Lawatan Insentif serta mempunyai rekod yang baik dengan Syarikat seperti yang telah diterangkan dalam P&R Shaklee.


Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf Para Pemimpin yang telah menunjukkan contoh kepimpinan dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para Pemimpin Perniagaan untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee. Shaklee dah bawa lebih daripada 4800 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke 20 negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.


Pada tahun 2024, Shaklee bakal membawa para pencapai yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Osaka,Nara, Kyoto Jepun dan Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket. Tengok gambar dan video yang Shaklee sediakan memang teruja sangat-sangat. Bukan kaleng-kaleng orang kata.



Terokai budaya dan bandar bersejarah Jepun dengan Kyoto, bekas ibu negara Jepun dan pusat kuasa empayar selama lebih seribu tahun. Terletak di selatan, Nara mendahului sebagai ibu kota empayar dan sehingga hari ini masih mengekalkan banyak warisan bersejarahnya. Penginapan kami akan berada di Osaka, kawasan metropolitan kedua terbesar Jepun selepas Tokyo. Osaka berbeza daripada Kyoto dan Nara, ia merupakan sebuah bandar besar, menonjol dan sibuk yang terkenal dengan membeli-belah, hiburan malam dan beberapa makanan terbaik Jepun.

Yang best Shaklee biasanya akan bawa melawat tempat yang rare dan bagi peluang kepada semua yang layak untuk rasai budaya tempatan. Tempat yang ada dalam itinerary semuanya berbayar dan mahal-mahal belaka. Shaklee juga pemurah sangat. Selalu ada suprise gift dan duit poket untuk setiap peserta. Mewah sangat weh.



Quantum yang memenangi anugerah dalam ketegorinya, Spectrum of the Seas® merupakan pengembaraan Timur Jauh yang penuh dengan aksi dan kejayaan pertama. Rasai tahap adrenalin anda meningkat dalam Sky Pad®, pengalaman trampolin bungee yang menambah realiti maya pada campurannya. Tontoni robot membuat ciptaan jus tersendiri khas untuk anda di Bionic Bar. Tingkatkan penginapan anda di penginapan di laut dengan akses kepada pelbagai kemudahan eksklusif. Alami percutian jauh ke timur yang lebih jauh daripada biasa.


Best kan? Jom la join umie untuk terokai bumi Allah secara percuma dengan Shaklee. Sekali join mesti teruja dan nak join lagi. Sempat lagi untuk fight supaya layak dapat tiket percutian shaklee trip Percuma 5 bintang.


No comments:

Post a Comment