Monday, April 23, 2018

CARA KEKALKAN DAN TINGKATKAN TENAGA SECARA SEMULAJADI YANG BERKESAN

by , in
Assalamualaikum semua. Salam hujung minggu buat semua. Lama umie tak bersiaran dari blog kesayangan umie nie. Umie harap korang tak jemu la baca entry kat blog umi nie. In Sha Allah umie akan cuba kupas isu yang bermanfaat buat kita semua.

Topik umie bagi nie tentang cara kekalkan dan tingkatkan tenaga secara semulajadi. Sebelum tu umie nak tanya sket.... Korang ada tak alami masalah cepat penat dan kurang tenaga???? Rata-rata kawan-kawan di sekeliling umie mengadu diorang makin lama makin cepat penat dan kurang bertenaga bila dah sampai rumah. Walhal aktiviti kat tempat kerja bukannya perlukan kudrat sangat pun. Rata-rata bekerja pejabat yang tak banyak pergerakan yang teruk. Sebenarnya apa sebab musabab badan kita cepat lesu dan tak bertenaga macam ni? haaa.... Stay tuned tau sebab umie akan bongkarkan apa kaitan dengan kajian sains dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah global ni. Tudia aih....

Badan Cepat Penat Berpunca Dari Sel Sel Yang Tidak Sihat

Mungkin ramai yang tak sedar semakin meningkat umur sel sel badan kita semakin terdedah kepada pelbagai faktor yang menyebabkan sel menjadi tidak sihat. Antara sebabnya seperti yang umie senaraikan kat bawah ni. Cuba baca dan check ada kaitan dengan korang tak.


  1. Kerap terdedah kepada sinaran UV
  2. Diet tak seimbang
  3. Tekanan kerja yang melebihi kemampuan diri
  4. Pencemaran di sekeliling yang di luar kawalan
  5. Gaya hidup yang tidak sihat
  6. Kurang bersenam


Ada tak antara senarai kat atas ni terjadi kat korang? Umie percaya sedikit sebanyak memang akan ada kena mengena dengan kita kan? Nak tahu kenapa umie yakin sangat cakap macam tu? Senarai no 1 dan 4 dah sah-sah di luar kawalan kita. Itu antara punca yang terpaksa kita hadap setiap hari dan tak mampu kita kawal mengikut kehendak kita.

Kaitan Sel Tidak Sihat Dengan Penurunan Tenaga Badan



Bila umie banyakkan membaca baru kutahu apa sebabnya badan kita cepat benor flat aka penat melampau...  Tubuh badan kita sebenarnya berupaya menghasilkan CoQ10 iaitu coenzyme Q10 yang memberikan tenaga kepada badan kita setiap hari.

Coenzyme Q10 ni bertindak sebagai palam pencucuh sel (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP). Mitokondria ni adalah kilang tenaga. Coenzyme Q10 dihasilkan di dalam mitkondria. ATP adalah suatu nukleotida yang dalam biokimia dikenali sebagai satu molekular pertukaran tenaga intraselular. Maksudnya dia bertindak jadi gudang menyimpan tenaga sementara sebelum diagihkan ke seluruh tubuh badan kita. Jika CoQ10 tidak dihasilkan dalam jumlah yang mencukupi ia akan menjejaskan mitokondria.Rujuk gambar di bawah ni.



Malangnya keupayaan ini makin berkurang bila umur kita mencecah 20an dan akan makin berkurang dan berkurang secara mendadak pada usia 40 tahun ke atas (rujuk graf di bawah). Umur korang berapa sekarang? Umie dah 30an tau. Taktau lah berapa % Coq10 yang badan umie mampu hasilkan.




Untuk memastikan badan kita berfungsi secara optima badan kita memerlukan 100mg CoQ10 setiap hari. Macam mana nak dapatkan CoQ10 sebanyak 100mg setiap hari? Rujuk gambar yang ada makanan tu.  Pastikan korang makan kesemua yang ditunjukkan setiap hari.  Haaa boleh tak?  Umie surender awai-awai lagi 😂😂.



Lagi satu mungkin ramai yang tak tahu jugak pemakanan seharian yang kita ambil dah tak mampu lagi membantu tubuh kita menghasilkan CoQ10 setiap hari. Kalu kita ambil ubat kolestrol setiap hari lagi la dasat. Penghasilan CoQ10 menurun sehingga 40%. Sebab itu la bagi yang terpaksa makan ubat kawal kolestrol secara konsisten setiap hari lebih mudah rasa penat dan tak bermaya berbanding mereka yang tidak mengambil sebarang ubat.

Nampak tak betapa kesihatan sel-sel sangat berkait dengan masalah kekurangan tenaga dan juga boleh jadi penyebab kepada pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain.

Kekal Bertenaga Dengan CoQ10


Macam yang umie cerita kat atas tadi CoQ10 adalah nutrien utama dalam menghasilkan tenaga. Di bawah ni umi terangkan apa kebaikan CoQ10 untuk kekalkan dan tingkatkan tenaga secara semulajadi.


1. Meningkatkan kekuatan otot. Kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu meningkatkan kekuatan otot dan jisim otot fast-twitch (type ii) iaitu otot yang menjana kuasa dan kekuatan. ia juga bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel otot.

2. Mempercepatkan proses pemulihan luka. CoQ10 menyokong penghasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepatkan penyembuhan luka. CoQ10 juga berperanan sebagai anti radang dalam pemulihan luka.

3. Menyokong gaya hidup aktif.  Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 memberi manfaat kepada orang dewasa, dari atlet yang kerap melakukan latihan sehingga kepada orang biasa yang cuba mengekalkan jantung yang sihat dan cergas. Kajian juga menujukkan bahawa CoQ10 membantu ramai orang untuk Kekal aktif secara fizikal dan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular. Kini jantung anda dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, anda boleh berjalan lebih cepat dan berlari lebih jauh dan daya tumpuan juga bertambah.

4. Memastikan badan bertenaga sepanjang hari. CoQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga badan. Ia berfungsi sepanjang masa untuk memulakan dan menghasilkan tenaga. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga,badan kita akan menghasilkan lebih banyak tenaga,badan kita akan mempunyai tahap tenaga yang tinggi,stamina makin meningkat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan. Inilah asbab badan kita lebih bertenaga sehingga kita boleh melakukan pelbagai perkara dalam sehari.

CoQ-Trol Plus Penyelesaian Kepada Masalah Kurang Tenaga


Untuk dapatkan CoQ10 sebanyak 100mg setiap hari agak mencabar kerana diet pemakanan kita dah ke laut belaka hahaha... Umie pilih jalan yang lebih selamat dan mudah dengan mengamalkan pengambilan CoQ-Trol Plus. Keistimewaan CoQ-Trol Plus ialah ia membekalkan sebatian semulajadi dan propretari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. Untuk penyerapan optimum, ia juga dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun. 


 CoQ-Trol Plus

Kat bawah ni umi sertakan jugak testimoni mereka yang dah rasai sendiri penangan CoQ-Trol Plus.  Sebenarnya umie sendiri pun dah amal tau. Dah masuk botol kedua dah hihihi.... Memang best effefctnya. 






Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Puchong
017-4997159
Cod 👉 Puchong dan kawasan sekitarnya
Pos 👉 Seluruh Malaysia