Sunday, August 28, 2016

MASALAH BIASA DIALAMI IBU SELEPAS BERSALIN YANG WAJIB DIBERI PERHATIAN

by , in
Assalamualaikum.

Kelahiran bayi adalah saat yang paling menggembirakan bagi pasangan suami isteri. Sapa tak suka dapat zuriat baru kan :). Lagi-lagi anak pertama.

Namun kesihatan ibu selepas bersalin tetap wajib dijaga. Badan terlalu penat setelah penat jerih mengandung selama 9-10 bulan. Lepas tu berhempas pulas pulak untuk melahirkan anak. Tenaga memang terus drop kosong tau. Tak sempat nak berehat kena pulak jaga anak kecil. Besar sangat pengorbanan seorang ibu. Sebagai suami, ibu-bapa pastikan anda betul-betul menjaga dan alert jka berlaku perkara yang abnormal pada ibu yang baru lepas bersalin.




Terdapat beberapa jenis masalah yang tak boleh dipandang ringan. Antaranya :

1. Sakit di bahagian Betis


Sakit di bahagian betis disebabkan oleh darah beku yang tersumbat dalam saluran darah. Darah beku ni boleh bergerak ke saluran darah di paru-paru yang boleh mengakibatkan sesak nafas dan kematian. Kalau nampak luar biasa sakitnya jangan lengah-lengah bawak ja ke hospital terus.

2. Tumpah Darah


Disebabkan oleh rahim tidak menguncup dengan sempurna atau cebisan uri tertinggal di dalam rahim ibu. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan memerlukan rawatan segera di hospital. Ibu yang kerap hamil berisiko tinggi mengalami tumpah darah. Memang kena sentiasa alert akan masalah ni.

3. Jangkitan kuman di perineum (Kemaluan)


Luka episiotomy selalu lambat sembuh. Kuman boleh merebak ke bahagian pundi kencing dan seterusnya merebak melalui darah (septicaemia). Selalunya ibu dalam pantang mengambil masa sehingga 2 minggu untuk sembuh di bahagian tersebut. Jika keadaan berlarutan dapatkan nasihat doktor. Jangan biar sampai melarat.

4. Meroyan


Ini sangat bahaya dan mudah dialami oleh sesetengah ibu selepas bersalin. Ibu selepas bersalin mudah merasa murung disebabkan oleh perubahan hormon. Bila keadaan ini berlaku ia turut menganggu penyusuan susu ibu dan emosi ibu akan lebih terganggu. Lebih dahsyat lagi ia boleh menyebabkan ibu ini berisiko untuk mencederakan diri sendiri atay bayi. Sebab itulah jangan bebankan ibu dalam pantang dengan perkara-perkara yang boleh buatkan mereka runsing. Meroyan ni kalau tak dikawal boleh jadi penyakit sampai ke tua. Nauzubillah.


Sebagai suami, keluarga terdekat anda lah yang bertanggungjawab menjaga ibu bersalin sebaik mungkin, jaga pemakanan mereka, jaga pantang mereka sebaiknya, jaga emosi mereka serta sentiasa membantu mereka menyesuaikan diri dengan bayi yang baru dilahirkan. Pastikan mereka mendapat hanya yang terbaik untuk memastikan ibu lepas bersalin kembali sihat seperti sediakala tanpa sebarang masalah.

Paling terbaik ialah hadiahkan mereka Set Berpantang Premium Shaklee agar proses penyembuhan wanita bersalin lebih menyeluruh dan badan lebih bertenaga. Sangat penting untuk penjagaan kesihatan dari dalam dan luaran kerana cabaran sebenar sebagai ibu baru sahaja bermula. Era penyusuan memerlukan badan ibu sentiasa sihat, bertenaga serta mempunyai emosi yang stabil.

Anda mungkin berminat untuk mengetahui Rahsia Susu Badan Banyak Sampai Baby Tidur Ada Senyum

Sekiranya anda ingin mencuba atau menghadiahkan set berpantang shaklee kepada pasangan anda boleh la hubungi 017-499 7159 (Umi Kalsom)

Selamat menempuh era keibu-bapaan dan tahniah di atas kelahiran bayi baru anda :). Assalamualaikum


Saturday, August 27, 2016

CARA MERANGSANG OTAK SI MANJA MENGIKUT PERINGKAT UMUR

by , in
Assalamualaikum....

Salam Sabtu penuh indah untuk semua. Selamat beristirehat buat yang penat berkerja selama seminggu. Buat ibu-ibu suri rumah tiada istilah cuti kan hihihi... Takpe hari ni mungkin boleh relaks sket sebab suami ada di rumah untuk membantu apa yang patut. Macam saya still kena handle sorang-sorang sebab suami bekerja pada hari sabtu.

Hari ni saya nak kongsi sedikit tips keibu-bapaan untuk panduan saya sendiri dan ibu-bapa kat luar sana. Mesti ada yang masih blurr cara merangsang otak si manja mengikut peringkat umur kan? Takyah malu-malu nak ngaku hihihi.... saya sendiri pun masih belajar lagi. Still lemah bab-bab nak ajar anak asah skill otak. Main taram ja.

Ok jom kita fokus pada tajuk asal iaitu "Cara Merangsang Otak Si Manja mengikut Peringkat Umur". Semoga sharing saya hari ni mampu memberi sedikit panduan untuk kita bersama.

Gambar Ehsan Google

Tahap Umur 0 - 12 Bulan



Pada umur tahap ni kemampuan otak si manja ialah untuk fokus pada komponen penglihatan dan pendengaran. Tahap kemampuan mereka masih terhad.

Cara merangsang Otak si Manja


Dalam tempoh umur begini kita sebagai ibu-bapa kena banyakkan berkomunikasi, menggunakan ekspresi muka di hadapan mereka. Lebihkan komukasi antara manusia. Lebih banyak kita berkomunikasi lagi banyak kosa kata mereka. 

Lakukan aktiviti yang dapat rangsang setiap deria yang ada. Antaranya penglihatan, pendengaran dan sentuhan seperti aktiviti berbual, pergerakan jari jemari, genggaman tangan, badan dan kaki dan juga aktiviti melibatkan cermin supaya mereka boleh melihat refleks kepada diri mereka. Anda juga boleh ajak mereka berzikir dan menyanyi sambil melakukan action word.

Perkara Yang Perlu Dielakkan


Elakkan meletakkan anak anda di hadapan television atau gajet. Ini kerana perhubungan satu hala ini akan melatih otak untuk jadi malas dan hanya menerima input. Kurangkan penggunaan kad imbas semata-mata. Aktiviti sebegini masih belum sesuai untuk umur si manja kita.

Tahap Umur 1 - 2 Tahun


Pada tahap umur ini si manja masih lagi fokus pada komponen penglihatan dan pendengaran. Walaubagaimanapun beberapa komponen lain mula meningkat menunjukkan otak sedang bersedia untuk merangsang cara respons, bahasa, emosi dan pengenalan kepada simbol.

Cara merangsang Otak si Manja


Pada peringkat ini ibu-bapa kena banyakkan bercerita atau membaca buku bergambar dan namakan objek. Pengenalan pada simbol antaranya termasuk penggunaan gambar dalam buku cerita. Banyakkan perbualan yang mungkin lebih kepada pointing dan name it. Aktiviti begini membantu menambahkan dan mengembangkan skema pemahaman sesuatu objek dalam otak si manja. Bila berlaku sedih ata marah atau mengamuk berlembutlah dengan mereka untuk menyelesaikannya. Kita kena fahamkan mereka emosi yang sedang mereka alami. Banyakkan aktiviti yang melibatkan motor halus seperti genggaman pasir, sentuahan terhadap pelbagai jenis permukaan dan motor kasar yang melibatkan pergerakan dan imbangan badan. Tingkatkan juga aktiviti messy play yang bagus untuk dedahkan mereka kepada pemikiran kritikal.

Tahap Umur 3 - 4 Tahun


Pada tahap umur ini kemampuan si manja lebih kepada kemahiran bersosial dan pengenalan pada nombor. Graf bahasa masih lagi pada tahap yang kritikal. Komponen lain yang berlaku antara 0 - 2 tahun mulai menurun.

Cara Merangsang Otak Si Manja


Di peringkat umur ini galakkan si manja bercampur dengan kawan-kawan yang lain untuk meningkatkan skill bersosial mereka. Banyakkan aktiviti yang melibatkan pergaulan dan kerjasama antaranya seperti role-playing. Masih lagi memerlukan messy play yang banyak. Dan juga aktiviti motor halus dan motor kasar antaranya seperti penggunaan gunting,bermain blok, puzzle dan gam serta tampal menampal. Dah boleh memulakan sesi penceritaan iaitu menggalakkan si manja lebih imaginatif.

Tahap Umur 5 - 6 Tahun


Pada tahap umur ini kebanyakan tahap kritikal semua komponen mulai menurun perlahan-lahan.


Cara Merangsang Otak Si Manja


Di peringkat umur ini otak adalah dalam proses persediaan peralihan ke peringkat yang memerlukan lebih banyak komponen untuk di pelajari. Banyakkan aktiviti yang melibatkan pemikiran dan konsep. Elakkan spoon feeding. Tetapi lebih kepada aktiviti berasaskan projek iaitu mereka perlu merancang apa yang diperlukan. Banyakkan sesi penceritaan supaya imaginasi akan lebih berkembang.

Anda mungkin berminat membaca ini Kenapa Anak Kita Perlu Makan Vitamin C?


Diharapkan dengan sedikit perkongsian cara merangsang otak si manja mengikut peringkat umur dapat membantu kita semua memperbetulkan apa yang salah dan mulai mengasah minda dan otak si manja kita supaya kelak mereka lebih berkeyakinan untuk berada di kalangan masyarakat yang lebih intelektual. Mudah-mudahan :)

Umi Kalsom Awang Hat
1096881
Sharing with Love

Kredit : Majalah Pa&Ma Edisi Julai 2016

Thursday, August 25, 2016

HERBLAX RAMUAN HERBA TERBAIK UNTUK USUS ANDA

by , in

Ada 9 herba yang digabungkan di dalam Herb-lax ni yang menjadikan ia sangat istimewa dan berkesan.

1) Senna Leaves - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detox dan mengurangkan penyerapan lemak.

2) Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

3) Licorice root - bantu proses detox

4) Fennel Seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

5) Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

6) Rhubarb root - herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic

7) Blue malva flower - membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

8) culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

9 alfalfa leaves - membersihkan usus, darah dan hati.

Gabungan herba-herba terbaik ini membuatkan ia sangat berkesan dan selamat untuk pelbagai masalah berkaitan usus. Ramai yang berkongsi kisah gembira selepas diorang cuba Herblax ni.













Jom dapatkan sebotol Herblax dengan harga HANYA RM57.50 dan mampu bertahan sehingga 4 bulan.

Hubungi saya dan anda layak dapat konsultasi eksklusif secara berterusan dari saya.

Umi Kalsom
1096881
017.4997159
Pengedar Shaklee Puchong
Cod area : Puchong, Putra Height dan Shah Alam.
Pos : Seluruh Malaysia


Wednesday, August 24, 2016

KEPUTUSAN LANDMARK STUDY - SHAKLEE PART 2

by , in




Ni sambungan dari Landmark Study Shaklee semalam...

Hasil daripada Landmark Study yang dijalankan oleh Dr. Gladys Block terhasil lah graft kat dalam gambar ni.

1) Warna biru - Mewakili mereka yang langsung tak makan suplemen
2) Warna merah - Mewakili mereka yang makan suplemen selain shaklee
3) Warna Hijau - Mewakili mereka yang  makan suplemen Shaklee lebih dari 20 tahun




Anda lihat sendiri keputusannya. Mereka yang mengamalkan produk Shaklee mempunyai potensi terkena penyakit berbahaya jauh lebih rendah berbanding mereka yang langsung tak makan suplemen. Dan suprisingly mereka yang mengambil suplemen brand lain mempunyai potensi terkena penyakit berbahaya jauh lebih tinggi berbanding mereka yang langsung tak makan suplemen. Tapi jangan salah sangka ya graf yang terakhir tu menunjukkan HDL (Kolestrol baik) yang badan kita sangat-sangat perlukan. Pengamal produk Shaklee terbukti mempunyai kadar Kolestrol baik paling tinggi. Kolestrol jahat (LDL) tau.

Jadi kumpulan mana yang lebih baik? Sudah tentu lah kumpulan hijau kan... Harus diingat kesan pengambilan suplemen atau vitamin yang selamat akan menampakkan kesan untuk tempoh jangkamasa panjang. Sebab itu la bagi yang baru mengamalkan pengambilan produk-produk Shaklee mohon banyakkan bersabar kerana setiap badan manusia sangat unik dan lain tahap rekasi terhadap makanan tambahan.

Hanya Shaklee sahaja yang berani mengambil risiko untuk mengadakan Landmark study ke atas produk2 mereka sendiri. Roger Barnett memang bukan calang-calang businessman. Bagi beliau menghasilkan produk yang terbaik memerlukan penelitian, bukti secara saintifik bagi menjami kredibiliti Shaklee sebagai antara pengeluar makanan tambahan terhebat dunia. Tak hairan lah beliau sanggup menghabiskan 250 million setiap tahun untuk RND dan research berkaitan produk2 yang dihasilkan.

Jelas tak? So jangan lah ditanya lagi kenapa saya sangat2 yakin dengan produk2 shaklee. Bagi saya harga untuk setiap produk Shaklee sangat2 berbaloi untuk pulangan kesihatan saya dan keluarga untuk jangkamasa panjang.

Semoga dengan perincian keputusan hasil Landmark Study ini dapat menghuraikan ketidakyakinan anda tentang produk2 keluaran Shaklee.  Ini lah dia produk makanan tambahan bertaraf dunia, high class dan berkredibiliti tinggi. Jika anda dah pun mengamalkannya ya anda lah pengguna world class.

Tak kenal maka tak cinta kan. Kalau dah yakin dan nak cuba produk Shaklee boleh hubungi saya di 017.4997159. 
Tuesday, August 23, 2016

LANDMARK STUDY - SHAKLEE PART 1

by , in
Assalamualaikum.

Salam hujung minggu buat semua sahabat-sahabat. Sabtu lepas saya berpeluang untuk menghadiri satu program anjuran iReach Group iaitu antara group Shaklee tersebar di Malaysia. Antara initipati yang dibincangkan dalam progran tersebut ialah mengenai Landmark Study terhadap produk Shaklee.

Sebenarnya saya kerap juga mendapat pertanyaan dari kawan-kawan,customer dan juga ahli keluarga tentang apa landasan atau bukti yang menunjukkan produk Shaklee memang terbaik. Takkan just nak claim gitu ja tanpa bukti kan??? So hari ni saya nak explain la apa itu Landmark Study yang berjaya buktikan bahawa vitamin Shaklee memang produk makanan tambahan yang terbaik di dunia.




Mesti ramai yang familiar dengan perkataan landmark kan? Landmark ni lebih kurang macam penanda aras kepada sesuatu la. Bila orang sebut tentang landmark tu automatik orang akan ingat kaitan dengan landmark tersebut. Contohnya sebut KLCC orang akan ingat Kuala Lumpur. Sebut Eiffel Tower orang akan ingat Paris. Gitu la maksudnya. Jelas tak? Landmark Study - Shaklee ni pun lebih kurang macam tu la. Sebagai penanda aras kepada keyakinan terhadap produk-produk Shakle... Gitu......

Anda kenal Roger Barnett? Beliau adalah pemilik Shaklee yang bertanggungjawab membawa Shaklee hingga ke tahap ini. Roger Barnett ni seorang yang sangat-sangat pentingkan kualiti,keberkesanan dan sangat-sangat pentingkan penjagaan alam sekitar. Beliau selalu dengar ramai yang claim produk shaklee hebat,mampu rawat itu ini. Tapi pada beliau itu sekadar cakap-cakap orang atau hearsay ja dan takde bukti saintifik yang menyokongnya.


Roger Barnett Chairman dan CEO Shaklee 


Jadi..... Beliau telah melantik Dr Gladys Block iaitu seorang Epidermiologists dari University of Carlifornia, Berkeley untuk mengetuai study tersebut. Dr. Gladys Block mendapat mandat penuh untuk menjalankan kajian ini. Lebih 1000 orang dari 3 golongan sasaran iaitu

1) Pengamal tegar  produk Shaklee
2) Pengamal produk vitamin brand lain
3) Langsung tak ambil sebarang vitamin

3 golongan ini dikaji secara random dari segenap segi. Maklumat diambil melalui data secara online, pemeriksaan kesihatan dan juga study yang menyeluruh. Dan hasilnya tetap akan dibentangkan tak kira keputusan menyebelahi Shaklee atau pun tidak. Betapa telusnya Shaklee. Dr Gladys Block diberi mandat 100% untuk publish result kajian tersebut.

Bila result dah dapat agak2 Roger Barnett puas hati tak? Oh tidak.... Beliau masih tak berpuas hati sehinggakan beliau melantik pihak ketiga untuk review semula kajian landmark study yang telah dijalankan oleh Dr Gladys Block. Agak2 kenapa Roger Barnett buat macam tu? Dia percaya ke tidak dengan Dr. gladys Block?

Haaa... Bukan isu percaya atau tidak. Tapi Roger Barnett sangat bijaksana. Beliau mengambil tindakan awal untuk mengelakkan situasi di mana orang akan argue keputusan landmark study tersebut. Sebab itu lah beliau berhabis-habisan untuk melantik pihak ketiga (independent party) untuk review hasil study tersebut.

Begitulah cerita. Betapa Shaklee berjaya membuktikan secara saintifik keberkesanan produk2 yang mereka hasilkan. Agak2 brand lain berani tak nak buat landmark study sedetail ni?

Korang boleh layari laman web ni untuk baca sendiri hasil landmark study ni 

http://www.landmarkstudy.com

Teruja tak nak tahu result keputusan Landmark Study Shaklee ni? Ada....... nantikan entry saya yang seterusnya. Akan saya kupaskan sampai anda teruja membacanya chewaaah.....
Sampai bertemu lagi di entry akan datang.

Wassalam


Friday, August 19, 2016

RESVERATROL HALANG KANSER MEREBAK? BETUL KE?

by , in
RESVERATROL PENGHALANG KANSER ?

Baca balik cerita kat bawah ni, sungguh seronok dia, doktor tuh terkejut, dalam masa 6 bulan, Doktor tuh kata, sukar nak merawat kanser awak nih, tapi saya tengok kanser ni sukar nak merebak. Jawapan dia sebab kandungan RESVERATROL dalam badan awak. ni cerita dia dalam bahasa inggeris

====================================================
" In October 2006, I was diagnosed with Breast Cancer.  I had two lumpectomies, went through chemotherapy, herceptin, radiation and I had a partial hysterectomy.  When I finished chemo, I restarted Shaklee's Nutriferon, Vita-Lea, Osteomatrix, and Sustained Release Vita-C.  PLUS six months prior to my last check up I started on VIVIX.  My physician, who is the head surgical oncologist in the breast department at Moffitt Cancer Center in Tampa, Florida, said my blood work and exam were excellent!  I asked if they were any closer to a cure for breast cancer.  The doctor said "No", but that a substance has been found to treat the individualized expression of breast cancer, for non hormonal breast cancer.  They feel it will prevent the re-occurrence of breast cancer and prostate cancer.  Moffitt has just put in for a one-million dollar grant for a clinical trial of this substanc.

When I asked "What is the substance?", the doctor said it was RESVERATROL.

I said I had been taking Shaklee's VIVIX (Resveratrol) for six months.  The doctor looked surprised, and said "You're the first person that we have ever seen that had such great results with Resveratrol.  I will request for you to be a patient advocate during the testing."

If the grant is approved I would be thrilled that I will be helping the Susan B. Komen Foundation in this study.  Taking Vivix, NutriFeron and other supplements takes the edge off my cancer fears, knowing that they may prevent the re-occurrence of cancer.

- Barbara W. Seminole, FL  9/17/2009 "

====================================================

Hoo untunglah pesakit tuh, amalkan VIVIX dalam 6 bulan sebelum checkup tuh, sampai Dr tuh ajak dia jadi subjek kepada satu foundation. Memang best, sangat vivix nih ? Kenapa resveratrol nih power sangat ?

4 Kajian menunjukkan Resveratrol Sangat bermanfaat bagi kes kanser berikut:



  •  Kajian ke atas kanser usus dengan membandingkan kumpulan yang dikawal berbanding kumpulan yang diberikan pelbagai dos resveratrol yang pelbagai. Dos setinggi 100 nanogram/ml berkeupayaan merencatkan pertumbuhan sel kanser secara signifikan berbanding kumpulan kawalan dan dos yang lebih rendah.

  • Kajian ke atas penghidap kanser payudara menunjukkan resveratrol merencat pertumbuhan sel secara signifikan dan menggalakkan kerencatan dan kematian sel dalam kanser payudara yang telah merebak.

  • Kajian ke atas kanser paru-paru menunjukkan resveratrol dalam dos yang lebih tinggi (10mg/kg) mencegah pertumbuhan dan penyebaran sel kanser ke organ lain dan mengelakkan pertumbuhan salur darah baru kepada sel kanser.

  • Kajian ke atas kanser prostat menunjukkan resveratrol telah merencatkan pertumbuhan sel kanser prostat berdasarkan gambarajah histologi. Menurut kajian yang dibuat oleh Universiti Perubatan Rush, kandungan resveratrol yang tinggi dalam Vivix membantu mengelakkan kerosakan tisu. Ini mungkin disebabkan tisu yang semakin baik dan sistem penahan sakit badan dapat berfungsi dengan lebih baik.


Jadi nak dapatkan sumber RESVERATROL terbaik ? Jawapannya ada pada produk VIVIX SHAKLEE !! 13 kali lagi power dari RESVERATROL BIASA !!!



Vivix ialah sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 4 fakta di bawah terbukti vivix memang hebat

1-> Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

2- >Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

3-> Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

4-> Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods )

POWER GILA VIVIX !!!






Testimoni Pesakit Kanser Payudara Hampir Sembuh Dengan Vivix


Mak Kepada Cik Su berjaya bebas dari kanser payudara pada sebelah payudara. Walhal baru sebotol mak beliau minum Vivix. Doktor terkejut dan mengaku produk Shaklee memang best dan advice supaya teruskan pengambilan Vivix seperti biasa.

Teruja tak dengan kehebatan Resveratrol yang ada dalam sebotol Vivix? Jika anda nak mencuba boleh la hubungi saya untuk urusan pembelian. Nantikan entry berikutnya yang akan saya dedahkan lagi kehebatan Vivix sehingga anda tak mampu nak sangkal lagi.

Wassalam

- Hubungi -

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com

Shaklee ID:
1096881


Kredit kepada : Joe Labu
Thursday, August 18, 2016

3 PUNCA MULUT SI KECIL BERBAU DAN CARA MENGATASINYA

by , in
Assalamualaikum.

Baru nak gomol dan main dengan anak tetiba tercium bau mulut anak yang kurang menyenangkan.  Pernah tak berhadapan dengan situasi macam ni? Masalah ini selalu terjadi pada kanak-kanak yang tak pandai gosok gigi sendiri. Nak tahu punca punca mulut si kecil berbau? Jom baca kat bawah ni.

Bila keadaan ini berlaku pada anak kita,yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini ofkos la kita sebagai ibu bapa kan?. Takleh la nak harapkan pengasuh, makcik, pakcik atau nenek diorang untuk seleseaikan. Kena kenal pasti punca masalah cenggini berlaku. Terus terang saya bagitau saya sendiri menghadapi masalah yang sama. Sekarang saya sedang cuba mengatasi masalah ini agar tak berlarutan sob3x.... Sapa nak sayang anak oi... 

3 Punca Mulut Si Kecil Berbau dan Cara mengatasinya


Hasil godekan kat internet dan rujuk kat majalah, saya rasa 3 langkah ni dapat membantu ibu-bapa yang ada masalah macam ni. Jom kita baca, hadam dan pratikkan sama-sama.

1. Perhatikan kebersihan gigi anak 

Kebersihan gigi dan mulut ni penyebab utama timbul masalah mulut berbau. Selalunya ia disebabkan kurang menjaga kebersihan gigi dan mulut serta malas menggosok gigi.  Sisa-sisa makanan yang tertinggal pada gigi diurai oleh bakteria. Bakteria ini lah yang menimbulkan bau tidak sedap pada mulut anak. 

Penyelesaiannya

Rajin-rajin kan lah menggosok gigi anak dan beritahu anak kalau tak rajin gosok gigi nanti gigi akan rosak dan rongak ( tunjuk gambar gigi yang rosak teruk supaya anak tak berani skip gosok gigi).


2. Periksa Gigi Anak

Gigi dah rajin gosok tapi masih berbau. Dalam kes anda perlu periksa samada gigi anak berlubang atau tidak. Gigi berlubang adalah salah satu faktor mulut berbau busuk. Jangan dibiarkan kerana gigi berlubang akan semakin dalam dan terkena bahagian jaringan pulpa gigi dan lama-lama gigi anak akan makin membusuk.

Penyelesaiannya

Kerap memeriksa keadaan gigi anak supaya tak terlepas pandang juka ada gigi yang berlubang.


3. Mulut Kering

Mulut kering pun boleh jugak sebabkan mulut berbau. Ini kerana bila mulut kering pengeluaran air liur pun berkurang. Bakteria dalam mulut akan membiak dengan lebih cepat. Bakteria inilah yang menyebabkan mulut anak berbau kurang enak. Mulut kering juga disebabkan oleh kebiasaan kanak-kanak bernafas menggunkan mulut.

Penyelesaiannya

Kerapkan memberi anak minum air putih. Jangan biar sampai mulut anak kekeringan. Yang ni perlukan kekerapan sampailah anak tahu minum air putih adalah rutin dan wajib. 


Jika masih lagi berbau bawak lah anak berjumpa doktor untuk periksa kebarangkalian ada masalah di saluran pernafasan. Jangan ambil ringan ya. Cegah kan lebih baik dari mengubati. Semoga perkongsian saya ini akan memberi manfaat dan panduan kepada saya dan juga ibu-bapa di luar sana.

Wassalam.

Sumber : Majalah Pa&Ma edisi Julai 2016
Wednesday, August 17, 2016

KECANTIKAN BERMULA DARI SEKECIL-KECIL SEL YANG SIHAT

by , in
Assalamualaikum.


Bila bercakap tentang cara nak kekal cantik dan sihat saya tertarik dengan nukilan dari brader Joe Labu (nama manja beliau di alam maya ). Menurut beliau kecantikan yang paling terbaik adalah bermula daripada penjagaan sel-sel badan yang optimum. jom baca nukilan beliau berserta analogi yang sangat bernas. Zassssss........

Zaman dulu kalau kita tengok kecantikan artis, kita tahu diorang ni memang sangat marvelous, tak kisahlah, hollywood, bollywood, dan zaman dulu punya filem, aku memang cakap Sarimah paling lawa sekali.


Gambar sekadar hiasan - Ehsan google

Tapi zaman sekarang ini semuanya nak cepat, sangat sangat kosmetik, semua benda boleh buat, pembedahan plastik, botox, muka biasa jadi macam anak patung, makeup tebal muka dah jadi lain. Zaman sekarang ni nasi lemak 20 sen, boleh jadi nasi lemak ayam, lepas tuh semua muka K-POP sama je, macam bolehh beli kat pasaraya je artis K-POP ini. Kalau pembedahan itu takda kat malaysia, boleh jadi buat kat Thailand. Itu pasal kekadang tengok keras tak natural, hahahha.


Masalah besar kebanyakkan kita, kita terlampau fokus pada yang luaran, kita buat itu dan ini untuk nampak cantik di luaran, tapi dalaman kita begitu lagi banyak masalah. Kita terlampau nak kosmetik sampai terlupa dalaman tuh sangat penting. Macam orang yang nak buat blog, suka tengok blog tuh cantik ada bunga-bunga sampai lupa nak update blog. Padahal yang google tengok nanti blog dia update ke tak, yang kosmetik tuh penting, tapi tak bawak banyak markah. Inner POWER , kuasa DALAMAN ini sangat penting. lagi lagi kalau kita cerita jugak bab kecantikan, anti-aging. Sebelum ini saya pernah cerita pada anda, semuanya kita, luaran, ini hanyalah gabungan trillion sel. Jadi asas kepada luaran anda itu bergantung pada setiap sel yang ada dalam diri anda. Sebab itu sangat penting, FEED THE CELL.

Pernah tengok tak jeragat, bintik-bintik, muka jerawat, muka mula berkedut, kulit kusam. Kenapa jadi macam tuh ? Itu bukan masalah kulit semata-mata, tapi itulah masalah DALAMAN yang sebenarnya berlaku. Sel kita dah mula sakit. Ada banyak kolesterol banyak toksin, kita isi badan kita dengan makanan yang teruk, tak berkhasiat. Allah jadikan penanda ini sebagai peringatan kepada kita, kita tak perlu nak scan badan, pun tahu, bila keluar je jerawar kedutan ini, bermakna badan kita , SEL KITA BERMASALAH !!!!

Jadi apa perlu buat ? Kulit di luaran makin tak lawa, Kalau nak short term, boleh je pakai makeup tebal, kaw kaw, tapi jawabnya makeup tebal tuh akan merosakkan kulit anda perlahan-lahan tanpa anda jangka. TAk caya ? cuba tanya kawan anda yang suka pakai makeup setiap hari, hahah. 4 langkah terbaik nak dapatkan kulit yang CANTIK :

1- DETOX - betul, badan kita dah lama sangat , teruk sangat, sebab dari kecil tak jaga, makan tah hapa hapa, lemak berkepul-kepul tak guna, jawabnya, memang teruk. Jadi nak tak nak, kena detox kaw kaw, buang yang kotor dulu, sebab tuh Allah suruh kita puasa sebulan dalam bulan ramadan, nak best lagi ada puasa sunat, puasa tengah bulan. Aku cakap ni pun aku bukan nye buat, ahhaha. Macam TMJ pulak, dia dapat majukan bolasepak JOHOR sebab dia mula-mula dia buang perosak pengotor dalam organisasi tuh dulu, lepas tuh baru boleh buat kerja. FAM, 30 tahun sama je orang tuh dalam organisasi, sebab tuh tak maju-maju

2 - EAT CLEAN -sambil cuci badan, sambil tuh kena isi jugak dengan makananyang berkhasiat, nutrisi, dan kena jugaklah makan yang clean. Senang je, istilah CLEAN tuh ialah CLEAN dari sebarang proses yang boleh mengubah keadaan asal makanan tersebut. TAk caye ? Pergi tengok orang yang duduk , bangsa yang duduk di persisiran pantai. Orang jepun, memang cantik, dan hidup paling tua di dunia, sebab mereka ini makan mentah mentah, bukan macam kita, makan ikan goreng, berlauk semua. Minyak kena kaw kaw, hahaha. Sebab tuh depa cantik. Nak lagi best, kena makan suplemen natural. Ada orang makan itu nak bagi cantik luaran, tapi tak cantik lagi kenapa ? Sebab macam aku cakap tadilah, CANTIK bermula dari SEL, dia akan rawat dalaman kita dulu, nanti dalaman dah ok, barulah zat itu baru kosmetik luaran pulak. Sebab tulah, ada orang suggest nak makan suplemen kena makan extradose, megadose,overdose, firdose,berdose dose.

3 - DRINK WATER - Kita jangan lupa, badan kita , 70 % ialah air. ye. Dah DETOX dan EAT CLEAN, tapi sibuk minum air manis, teh tarik, sirap, sama je tak jadi cantik. Nak betul-betul cantik kena minum air masak banyak. Ye memang banyak. Ciptaan kita, manusia, dari tanah, bukannya berevolusi dari monyet. Tanah yang subur, perlukan air, tanah yang gersang kering confirm mati tumbuhan. Begitulah kita, kehidupan kita, perlukan air yang banyak. Aku pun mandi dengan basic-H lagi, minum PD, cinch tea, tapi AIR MASAK WAJIB

4- SOUL - Ye, selepas 3 perkara pokok kita dah buat, dah jaga semua jasmani, jasad kita, akhir sekali SOUL kita perlu juga nutrisi. Nutrisi ini datang dari sumber yang utama, dari Kalam Allah, tentu roh kita cantik. Nak dapatkan kecantikan ini, perlu diisi dengan amalan rohani, sedekah, solat, zakat. Itu belum lagi dengan banyak membaca ilmu ilmu, mencari ilmu, berkongsi ilmu. Nak tahu orang yang awet muda nih, kebanyakkan nya ada di universiti, orang yang suka membaca, suka penyelidikan, suka membaca ilmu, kau akan nampak muka dia bercahaya, cantiknya tak terkata, walaupun dia berpurdah, tapi jika jiwanya cantik, kau akan rasa tertawan dan sejuk melihatnya. Makanan SOUL ni ramai yang lupa nak isi, termasuklah aku sendiri.


Kesimpulannya, kau buatlah apa pun, semuanya bermula dari dalam, kalau kau nak jiwa kau cantik, nak ilmu kau cantik, dan paling penting NAK KULIT CANTIK , mesti bermula dari DALAM. Kau tahu ? orang sibuk nak baju cantik luaran, tapi akhirnya bila bersama, dalaman tuh lagi menyedapkan, hahaha. makanlah apa pun vitamin shaklee, lagi lagi VIVIX, cantikkan SEL kau dulu, insyaallah satu badan akan CANTIK.


KALAU NAK CANTIK DI LUAR, CANTIKKAN DI DALAM DULU !!!

Amacam?? Menusuk kalbu tak nukilan En Joe Labu? So jom bagi sel2 kita makanan yang berkhasiat.
Kalau nak cuba kehebatan produk Shaklee jom contact saya.  In Sha Allah anda akan merasai perbezaannya.

kredit kepada : Joe Labu

- Hubungi -

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com

Shaklee ID:
1096881
Tuesday, August 16, 2016

RAHSIA SUSU BADAN BANYAK SAMPAI BABY TIDUR ADA SENYUM

by , in
Assalamualaikum.....

Dilema ibu menyusu ialah susu badan cepat merudum dan supply tak cukup bila dah start kerja lepas habis ja tempoh berpantang. Mula lah stress dan bermula lah keterpaksaan campur susu formula. Saya faham sangat betapa kuat keinginan untuk menyusukan anak tapi nasib tak meyebelahi mereka.



Sebenarnya dalam nak pastikan susu badan banyak sampai baby tidur ada senyum bukanlah bergantung kepada makanan tambahan atau set milk booster semata-mata. Ini kenyataan tau. Walaupun saya jual produk-produk untuk penyusuan namun berdosa lah saya kalau overclaim sampai macam tu. Tak jujur namanya.



Yang paling penting ialah minda yang positif. Kerana apa? Kerana bila minda dan pemikiran kita sentiasa positif jiwa kita akan tenang, nyaman dan rasa bahagia yang tak terucap. Cuba pejam mata rapat-rapat dan bayangkan anda berada di sebuah padang yang hijau, angin sepoi-sepoi bahasa ditambah pula dengan kicauan burung berterbangan di atas kepala kita. Indah tak perasaan tu? Best kan? Automatik mesti kita akan tersenyum. Cuba apply bila nak mengepam fikir yang indah-indah ja. Tengoklah hasilnya akan lebih dari biasa.



Rahsia seterusnya ialah demand versus supply. Okay bila minda kita dah positif kita wajib faham apa itu demand versus supply. Konsep ni ialah bagi baby menyusu bila baby nak bukan tetapkan setiap 2 atau 3 jam wajib bagi baby menyusu. Big no dalam konsep menyusu tau. Demand ni maksudnya bila anak kerap menyusu secara direct payudara akan dikosongkan dengan kerap. Otak menerima signal bahawa kilang susu kena kerja lebih keras untuk hasilkan susu. Begitu juga bila kita kerap mengepam dan kosongkan payudara ikut jadual yang ditetapkan otak akan interprete bahawa permintaan semakin meningkat. Hasilnya susu badan akan bertambah dan cukup untuk keperluan bayi kita. Faham? 

Rahsia ketiga ialah kesihatan badan secara optimum. Waktu saya menghadiri Breastfeeding Workshop pakar nutrisi berkali-kali menegaskan betapa susu badan kita ni sikit atau banyak sangat-sangat bergantung kepada keadaan kesihatan fizikal, mental serta spiritual ibu itu sendiri. The most important  things ialah minset kena sentiasa positif, tenang dan emosi dalam keadaan terbaik. Pakar nutrisi juga memberi nasihat untuk memastikan pengeluaran susu badan sentiasa mencukupi segalanya sebaiknya bermula dari semasa hamil lagi. Ini lah yang saya sentiasa jaga.

          Ini lah dia set menyusu yang saya amalkan untuk penyusuan anak sulung saya. Ya saya mula amalkan sejak dari mula berpantang sehingga lah saya sekarang. Ini lah rahsia susu banyak sampai baby tidur ada senyum hihihi... Kadang-kadang siap boleh mengigau lagi (ini gurau ja hahaha) Set ni sangat-sangat membantu ibu yang sedang hamil,sedang berpantang dan sedang menyusukan anak.  Kecuali Alfalfa sahaja yang kurang digalakkan ambil semasa hamil. 



Banyak sangat sebenarnya. Biar lah saya kongsikan apa kebaikan yang saya sendiri dapat sepanjang amalkan set ini untuk menyusukan anak saya.


  • Alfalfa sangat membantu melancarkan pengeluaran susu badan sesuai dengan demand vs supply
  • ESP membantu memekatkan susu badan. So baby cepat kenyang dalam tempoh yang lama
  • Vita Lea (multivitamin) bantu badan saya lebih cergas dan segar walaupun terpaksa bangun malam
  • B Complex membantu saya mengawal stress dan tekanan sekaligus menenangkan emosi ketika menyusukan,memerah susu
  • Vitamin C sangat membantu menguatkan antibodi badan supaya susah nak terkena selsema,demam, batuk dan sebagainya
  • Ostematrix bantu melengkapkan keperluan kalsium yang badan saya sangat2 perlukan,mengurangkan risiko osteoporosis, sakit gigi dan lenguh badan.

Walaubagaimanapun jangan sesekali abaikan demand versus supply ya. Mengepam jugak kena ikut schedule supaya pengeluaran susu tidak terjejas. Jom dapatkan set penyusuan optimum ini supaya bayi anda hanya dapat yang terbaik dari anda.



Wassalam

- Hubungi -

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com

Shaklee ID:
1096881

Monday, August 15, 2016

WORKSHOP BREASTFEEDING ANJURAN SHAKLEE BEST DAN PERCUMA

by , in
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Harap2 sihat belaka ya. Sarapan apa pagi ni ya? Saya sarapan nasi goreng simple ja. Janji sendiri masak (ada nada riak di situ hahahaha.....)

Actually pagi ni saya nak share sikit la tentang Workshop Breastfeeding anjuran Shaklee yang percuma dan sangat best. Mana nak dapat ilmu percuma yang sangat2 berguna macam ni. Sangat rugi kalau saya tak rebut peluang ni.

Actually tujuan saya join aktiviti Workshop macam ni tak lain tak bukan adalah untuk menambah ilmu di dada agar lebih bersedia untuk menempuh zaman menyusukan anak sendiri hujung tahun ni. Lagi satu saya memang nak tambah ilmu supaya saya lebih bersedia untuk menolong ibu-ibu di luar sana agar lebih bersedia dengan sebarang cabaran untuk menyusukan anak kelak.

Antara intipati sepanjang Workshop ini berlangsung. Banyak topik yang dibincangkan sepanjang Workshop ini berlangsung. Penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang tau. Dr Nurzarina Abdul Rahman adalah seorang doktor, Breastfeeding Caunselor dan Parenting Educator.

Antara fokus utama Workshop ini ialah pendedahan teknik-teknik dan skill penyusuan, kebaikan menyusukan anak,cara memastikan penghasilan susu yang sihat dapat dikekalkan dan juga cabaran-cabaran yang kemungkinan akan dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

In Sha Allah dalam entry-entry yang akan datang saya akan kupaskan ilmu yang saya dapat untuk perkongsian bersama.

Sehingga bertemu lagi... Wassalam
Sunday, August 14, 2016

KESAN MELECUR AKIBAT TERKENA AIR PANAS HILANG 90% DALAM 1 MALAM SAHAJA DENGAN VIVIX

by , in
Assalamualaikum 

Peristiwa yang saya nak cerita ni berlaku pada 10 Ogos jam 5 petang.  Waktu tu saya tengah standby nak drive keluar dari tempat parking Hotel Concorde Shah Alam. Baru lepas habis training kat Concorde Hotel.Tiba-tiba ada wassap masuk bertalu-talu.  Sapa la yang wassap ni. Terus saya amik henpon dan baca.

Rupa-rupanya wassap dari sahabat saya yang tengah runsing sebab anak dia baru ja melecur teruk kat kawasan muka dan leher akibat terkena air panas. Kesian sangat. Dia tanya apa patut dia buat untuk cepat sembuhkan kesan melecur kat muka anaknya.  Otak ligat memikir apa ya produk yang sesuai untuk cepat sembuhkan kesan melecur kat muka dan leher anak kawan saya ni.



Gambar tu waktu mula2 kena air panas. Waktu tengok gambar tu terus rasa tersayat hati ni uhuhu.... Baby kot.  Mamanya mesti la lagi sedih uhuhu... Kalau korang kat tempat dia apa yang korang rasa?  Sob3x..... Bila kena air panas tu kawan saya ni immediately apply krim herbal blend kat muka dengan badan anak dia. Kebetulan plak kawan saya ni memang selalu standby krim herbal blend kat rumah. Kesan lecur terus kering. Doktor pun terkejut kesan lecur boleh kering dalam masa sehari.

Bila kawan tanya apa patut dia buat terus saya teringat kawan saya ni pernah beli ESP dan Vivix dari saya.  Kebetulan pulak 2-3 minggu lepas ada sideline share testimoni dia buat masker untuk hilangkan kesan lecur dengan esp + Vivix.  Terus suggest kawan buat cara yang sama. Ada nada hepi dalam wassap dia yang seterusnya. Dalam hati ni terus berdoa dan berharap agar berhasil la cubaan kawan saya ni. Semoga Allah permudahkan usaha dia.

Petang semalam selepas 2-3 hari kisah anak kawan saya ni tergerak hati nak follow up samada berhasil atau tak usaha kawan saya. SubhanaAllah memang Allah nak mudahkan usaha kawan saya ni.  Katanya ESP dah abih. So dia tawakkal sapu Vivix ja kat muka anak dia. Tu pun dia buat sekali ja.  Nak menangis rasanya bila tengok kesan yang sangat menakjubkan.



Kesan melecur tu hilang hampir 90% hanya dengan sekali sapuan Vivix. Tempat kawasan yang dia sapu Vivix bertukar jadi kulit mati. Esoknya kawasan tersebut dah tumbuh kulit baru. Saya yang baca rasa hepi sangat2. apatah lagi mamanya sendiri kan. Sekarang kawan saya continue sapu krim herbal blend kat muka dan badan yang melecur.


Betul lah apa yang diberitahu selama ni.  Antara fungsi Vivix ialah menggantikan sel2 dna yang dah rosak dan menggantikannya dengan sel2 dna yang baru.  Dalam kes kawan saya ni sel2 kulit yang dah terjejas akibat melecur mati dan diganti dengan sel kulit yang baru.

Nampak tak betapa Vivix boleh juga dijadikan first aid paling mujarab kat rumah kita. Memang pelbagai guna.

Begitula ceritanya. Sumpah saya tak tipu saya rasa bersyukur sangat dapat bantu kawan yang dalam kesusahan dengan asbab Vivix. Kita merancang dan usaha Allah juga yang tentukan keberhasilannya.


Sapa yang teringin nak cuba Vivix dan Herbal Blend jom hubungi nombor saya untuk maklumat lanjut. Saya yakin sangat anda takkan menyesal. Vivix bukan saja boleh hilangkan kesan melecur akibat air panas saja tapi Vivix juga boleh bantu kurangkan kandungan gula dalam darah, bantu betulkan kitaran haid, betulkan hormon, untuk kesihatan yang menyeluruh dan banyak lagi.

Untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi eksklusif, hubungi saya di 



- Hubungi -

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com

Shaklee ID:
1096881

Saturday, August 13, 2016

CARA HILANGKAN JERAGAT SUPAYA IA TAK SERANG WAJAH ANDA LAGI

by , in
Assalamualaikum dan selamat pagi.

Jeragat adalah antara perkara yang menakutkan dan menjelikkan terutamanya di kalangan wanita. Ia bukan saja menyebabkan hilangkan keyakinan diri malah membuatkan wanita cuba mengelakkan diri dari bersosial dengan masyarakat lantaran rasa malu yang tak dapat dibendung. Hanya orang yang pernah alami saja faham macam mana perasaannya muka berjeragat teruk ni sob3x....
Ada banyak faktor yang sebabkan terjadinya jeragat. Antara punca ialah akibat pancaran matahari, kehamilan,pengambilan ubat-ubatan, rawatan hormon,penggunaan bahan pewangi dan juga hypotirodism. Kesemua punca jeragat ini membawa kepada melemahkan sistem pertahanan kulit sehingga mudah diserang masalah kulit.

Jadi apa kaedah terbaik menghilangkan jeragat?



Cara paling terbaik ialah dengan mengamalkan pengambilan anti oksidan untuk menguatkan kembali sistem pertahan kulit dan menghalang kerosakan sel-sel kulit yang menyebabkan jeragat di muka. Anti oksidan terbaik adalah Vivix. Sel-sel kulit yang sihat akan terhasil jika sel-sel badan kita terjaga dan dilindungi. Vivix diperbuat daripada anggur muscadine yang sangat tinggi anti oksidannya.


Maklumat penuh tentang Vivix di sini  Keistimewaan Vivix Shaklee


Produk yang kedua ialah Sustained Release Vita C Plus. Vitamin C bantu bina kolagen dan sekat pembentukan jeragat. Vitamin c juga berfungsi untuk menguatkan sistem antibodi badan serta mencantikkan wajah. Vitamin C sangat sinonim dengan kulit yang cantik dan awet muda.


Maklumat penuh tentang Sustained Release Vitamin C  di sini  Vitamin C Shaklee


Produk ketiga ialah GLA Complex. Jeragat berkait rapat dengan hormon yang tak menentu. Kawal hormon dan kurangkan tompok hitam di wajah dengan GLA Complex. GLA Complex juga bagus untuk kesihatan badan,kulit dan juga kuatkan antibodi badan ketika demam.



Rawat la dari akar umbi supaya masalah jeragat dapat diselesaikan secara efektif dan berkesan. Rawatan dari dalam adalah paling terbaik dan berkesan. Jika anda berminat untuk mendapat set Jeragat Premium ini mohon hubungi saya.


Wassalam

- Hubungi -

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com

Shaklee ID:
1096881