Thursday, 18 August 2016

3 PUNCA MULUT SI KECIL BERBAU DAN CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum.

Baru nak gomol dan main dengan anak tetiba tercium bau mulut anak yang kurang menyenangkan.  Pernah tak berhadapan dengan situasi macam ni? Masalah ini selalu terjadi pada kanak-kanak yang tak pandai gosok gigi sendiri. Nak tahu punca punca mulut si kecil berbau? Jom baca kat bawah ni.

Bila keadaan ini berlaku pada anak kita,yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini ofkos la kita sebagai ibu bapa kan?. Takleh la nak harapkan pengasuh, makcik, pakcik atau nenek diorang untuk seleseaikan. Kena kenal pasti punca masalah cenggini berlaku. Terus terang saya bagitau saya sendiri menghadapi masalah yang sama. Sekarang saya sedang cuba mengatasi masalah ini agar tak berlarutan sob3x.... Sapa nak sayang anak oi... 

3 Punca Mulut Si Kecil Berbau dan Cara mengatasinya


Hasil godekan kat internet dan rujuk kat majalah, saya rasa 3 langkah ni dapat membantu ibu-bapa yang ada masalah macam ni. Jom kita baca, hadam dan pratikkan sama-sama.

1. Perhatikan kebersihan gigi anak 

Kebersihan gigi dan mulut ni penyebab utama timbul masalah mulut berbau. Selalunya ia disebabkan kurang menjaga kebersihan gigi dan mulut serta malas menggosok gigi.  Sisa-sisa makanan yang tertinggal pada gigi diurai oleh bakteria. Bakteria ini lah yang menimbulkan bau tidak sedap pada mulut anak. 

Penyelesaiannya

Rajin-rajin kan lah menggosok gigi anak dan beritahu anak kalau tak rajin gosok gigi nanti gigi akan rosak dan rongak ( tunjuk gambar gigi yang rosak teruk supaya anak tak berani skip gosok gigi).


2. Periksa Gigi Anak

Gigi dah rajin gosok tapi masih berbau. Dalam kes anda perlu periksa samada gigi anak berlubang atau tidak. Gigi berlubang adalah salah satu faktor mulut berbau busuk. Jangan dibiarkan kerana gigi berlubang akan semakin dalam dan terkena bahagian jaringan pulpa gigi dan lama-lama gigi anak akan makin membusuk.

Penyelesaiannya

Kerap memeriksa keadaan gigi anak supaya tak terlepas pandang juka ada gigi yang berlubang.


3. Mulut Kering

Mulut kering pun boleh jugak sebabkan mulut berbau. Ini kerana bila mulut kering pengeluaran air liur pun berkurang. Bakteria dalam mulut akan membiak dengan lebih cepat. Bakteria inilah yang menyebabkan mulut anak berbau kurang enak. Mulut kering juga disebabkan oleh kebiasaan kanak-kanak bernafas menggunkan mulut.

Penyelesaiannya

Kerapkan memberi anak minum air putih. Jangan biar sampai mulut anak kekeringan. Yang ni perlukan kekerapan sampailah anak tahu minum air putih adalah rutin dan wajib. 


Jika masih lagi berbau bawak lah anak berjumpa doktor untuk periksa kebarangkalian ada masalah di saluran pernafasan. Jangan ambil ringan ya. Cegah kan lebih baik dari mengubati. Semoga perkongsian saya ini akan memberi manfaat dan panduan kepada saya dan juga ibu-bapa di luar sana.

Wassalam.

Sumber : Majalah Pa&Ma edisi Julai 2016

7 comments:

  1. Klu ank xde Gigi cane pulak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh gunakan kain bersih yang sesuai untuk lap2 dalam mulut baby. especially baby yang dah start makan solid food :)

      Delete
  2. Klu ank xde Gigi cane pulak tu?

    ReplyDelete
  3. Akid xde gigi lg la..takleh gosok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna kain sis syima hihihi.... hang gosok lembut2 ja. jangan tonyoh plak hahahaha....

      Delete
  4. saya nak tny anak sy bru berusia 10 bulan sejak baru2 ni air liur da jadi busuk. sy tak tahu punca dia kenapa. Bau mcm air liur orang dewasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baby sis makan apa ja skang ya? check balik apa yang dia mkn. risau jugak kalau ada kuman berjangkit. kerapkan bersih lidah baby, n gosok mulut baby.

      Delete

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com