TIPS TRAVEL BERSAMA PASANGAN INTROVERT SUPAYA PERCUTIAN LEBIH BERMAKNA

 Pasangan suami isteri selalunya berlainan minat dan karekter. Jika kita dijodohkan dengan pasangan sehati sejiwa itu adalah bonus. Namun jika sebaliknya ia juga adalah anugerah dari Allah untuk mewarnai kehidupan kita. Macan umie sendiri adalah seorang yang extrovert iaitu mudah bergaul, sukakan suasana yang ramai,suka berjalan dan agak peramah. Manakala suami umie adalah seorang yang introvert. Dia sangat tak suka suasana yang hiruk pikuk, lebih suka berada di rumah berbanding keluar berjalan. Jika bergaul beliau hanya selesa di kalangan orang yang dia kenali.


So entry kali ni umie nak share TIPS TRAVEL BERSAMA PASANGAN INTROVERT.  Umie buat entry ini betul-betul berdasarkan pengalaman umie sendiri yang sangat struggle bila nak ajak suami untuk bawa anak-anaka travel ke mana-mana. Dengar macam stress kan? Hahaha... dah hampir 11 tahun usia perkahwinan. So banyak try and error untuk isu ni  : ).



TIPS TRAVEL BERSAMA PASANGAN INTROVERT


1. Melakukan perancangan awal. Elakkan plan di saat saat akhir.


Mengenali perwatakan suami umie seorang introvert mereka tidak suka dipaksa. Jadi bila nak travel semestinya kita nak suasana yang harmoni. Jadi berbincang lebih awal dengan pasangan tentang destinasi percutian, bila nak bercuti dan paling penting apa expectation pasangan untuk percutian tersebut. Bagi percutian kali pertama untuk pasangan yang baru berkahwin tak salah jika penuhi keinginan pasangan terlebih dahulu. Dengan macam tak best tapi percayalah seorang extrovert lebih mudah adapt dengan keadaan berbanding introvert.

2. Rancang itinerary terlebih dahulu. Elakkan terlalu padat. 

Bersangkut dengan point nombor satu. Bila kita plan secara tersusun itu memberikan kelebihan untuk kita rancang itinerary dengan lebih baik. Nak makan kat mana, nak membeli belah kat mana dan sebagainya.

3. Jalan letakkan tanda aras terlalu tinggi. Cuba faham pasangan anda.


Di awal usia perkahwinan umie akui sangat tertekan dengan pasangan yang sukar nak diajak berjalan. Ye lah 10 tahun lepas mana lah kita didedahkan dengan jenis-jenis personaliti, cara kenali pasangan. Jadi kita anggap semua orang wajib suka berjalan.  Lebih banyak cuba memahami personaliti pasangan akan lebih membuatkan perhubungan ada toleransi yang tinggi. Jangan tak tahu ada introvert yang sangat struggle untuk berada di tempat yang ramai orang. Jadi sesekali cuba berada di dalam kasut mereka. Percayalah bila mereka nampak usaha kita akan lebih dihargai.


Semoga tips umie membantu pasangan yang sedang struggle untuk ajak pasangan introvert untuk pergi travel. 





No comments:

Post a Comment