Setiap manusia waima siapapun kita takkan terlepas dari dugaan. Kadang-kadang luaran nampak ceria tapi dalaman sedang hancur berkecai. Begitulah juga dengan seorang suri bisnes atau suri rumah. Walaupun nampak seronok dapat mendidik anak-anak 24 jam depan mata tapi kadang-kadang mereka juga rapuh dari segi emosi. Bacalah coretan umie nukilan khas KATA-KATA MOTIVASI BUAT SURI BISNES.
Hakikat Menjadi Seorang Suri Bisnes.
Dulu tak pernah dengar perkataan ' Suri Bisnes'. Kalau kita baca semula kisah-kisah 20-30 tahun yang lalu seorang wanita yang dah berhenti kerja atau tidak pernah bekerja selalunya akan fokus sepenuhnya untuk membesarkan anak-anak dan menjaga makan minum suami.
Namun sekarang dah jadi sebaliknya. Ramai suri rumah yang menjalankan bisnes dari rumah seperti menjual kuih, buat kek, buat gubahan bunga. Ada juga jana pendapatan melalui Bisnes MLM. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk membantu suami dalam menyara keluarga.
Nasihat untuk Diriku Dan Semua Suri Bisnes.
Menjadi seorang suri bisnes ni sentiasa padat dan terpaksa bahagikan masa seutuhnya supaya kedua-duanya tidak terabai. sedikit coretan kata-kata motivasi dan tips untuk semua suri bisnes (untuk diri sendiri yang juga seorang suri bisnes).
1. Anggaplah usaha kita mencari rezeki dari rumah ibarat mencari mutiara di dalam timbunan kaca. Semakin kita berusaha semakin dekat kita dengan permata yang berkilauan. Sudah pasti banyak ranjau yang mendatang dari pelbagai sudut. Anggaplah dugaan itu sebagai salah satu cara Allah nak meningkatkan martabat kita sebagai seorang ibu, seorang isteri dan juga sebagai seorang peniaga yang berjaya.
2. Cuba susun jadual sebaik yang mungkin. Tipulah kalau seorang suri bisnes semuanya sempurna. Rumah sentiasa kemas, baju tak sempat menimbun, lantai sentiasa bersih. Bila kita pakai dua topi elakkan sama sekali menjadi seorang yang 'Too Perfectionist' . Buat jadual apa yang kita nak buat hari berikutnya. Ya dah pasti kerja rumah masih kena buat tapi jangan bebankan diri untuk buat semuanya hari-hari. Contohnya kalau kita plan esok nak basuh baju dan terus lipat. Sampai hari kejadian siapkan itu dulu. Jangan dok rajin mengemop kecuali anak tiba-tiba tertumpah air kat lantai atau perkara kecemasan yang lain.
3. Libatkan anak-anak dalam aktiviti seharian. Kalau semuanya kita nak buat memang sangat mudah untuk kita mengalami keadaan di mana keletihan yang melampau. Apa patut kita buat? Tarik nafas pelan-pelan. Perhati sekeliling... Apa aktiviti yang kita boleh outsource pada anak-anak. Percayalah anak-anak ni bila kita suruh dan latih untuk buat kerja memang sangat-sangat membantu. Contohnya latih anak-anak terus letak baju kotor dalam bakul. Nampak mudah tapi benda-benda kecil mampu mengembalikan senyuman manis si ibu.
3. Berdamai dengan takdir. Bila kita berdamai dengan takdir kehidupan akan lebih harmoni. Pastikan pasangan memahami cabaran kita dalam membahagikan masa untuk keluarga dan bisnes. Kena selalu berbincang dari hati ke hati bersama pasangan. Banyak perkara terjadi apabila si suami tak tahu pun isteri jana income dari rumah demi nak bantu suami. Perkara-perkara macam ni kena selalu berbincang.
4. Jika penat perlahankan aktiviti bisnes tapi jangan berhenti. Bila menjadi suri rumah dan menjalankan bisnes serentak adakalanya kita akan rasa penat sangat-sangat. Berehatlah sebentar. Jangan terlalu memaksa. Tapi jangan sesekali terus berhenti sebab nak mulakan semula memerlukan energy yang sangat-sangat tinggi.
5. Kuatkan tekad dan carilah circle yang betul. Sebagai Suri bisnes kita sangat-sangat memerlukan sokongan moral dari mereka yang sejalan senada dengan kita. Bila penat elakkan mengadu pada circle suri rumah kerana mereka tak lalui apa yang kita lalui. Carilah kawan yang juga adalah suri bisnes macam kita. Hati-hati dalam memilih siapa kita nak minta pendapat.
Akhir kata dari umie... Cabaran sebagai seorang suri bisnes memang berganda. Tapi jika itu pilihan kita jalanilah dengan sebaiknya. Jika nak cuba buat bisnes Shaklee macam umie yang sentiasa dikelilingi oleh circle yang sangat supportive boleh klik link kat bawah ni.
W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee
FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL
Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia
No comments:
Post a Comment