Masalah jeragat selalu terjadi di kalangan wanita. Memang sangat menjejaskan keyakinan diri seorang wanita. Jika dibiarkan lagi la susah nak dihilangkan. Entry kali ni umie nak share 5 PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN.
Apakah maksud jeragat?
Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang terjadi disebabkan oleh pendedahan berterusan terhadap cahaya matahari.
Jeragat ni bukanlah sesuatu yang berbahaya. Ia muncul disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat jika tidak dikawal di peringkat awal memang sangat susah nak dibuang setelah ia makin banyak di wajah
Punca Terjadinya Jeragat
Ada 6 punca utama terjadinya jeragat pada wajah seseorang:
1. Sinaran UV daripada matahari yang berterusan sehingga menyebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.
2. Tekanan perasaan atau stress menyebabkan radikal bebas menyerang kulit sehingga mengakibatkan jeragat degil muncul di wajah.
3. Persekitaran tercemar
4. Penggunaan kosmetik yang berbahaya atau tidak sesuai
5. Usia
6. Perubahan hormon
1. Sinaran UV Daripada Matahari
Punca jeragat di muka yang utama adalah disebabkan sinaran UV daripada matahari. Sinaran ini akan tembus ke dalam kulit muka lalu menyebabkan kulit wajah bertindak menghasilkan pigment hitam (jeragat) yang berfungsi untuk mengelakkan sinaran uv itu tembus kedalam kulit lebih dalam sehingga boleh menyebabkan kanser kulit. Mengikut kajian antarabangsa, sinaran uv juga terhasil daripada lampu kalimantang. Majoriti wanita mendapat jeragat hasil daripada terdedah kepada lampu kalimantang di pejabat dan rumah.
2. Tekanan Perasaan
Tekanan ditempat kerja mahupun dirumah juga menjadi salah satu punca jeragat di muka. Ini disebabkan oleh kadar radikal bebas didalam badan meningkat apabila seseorang itu tertekan. Radikal bebas menjadi penyebab utama dari dalam badan sehingga menyebabkan terjadinya jeragat degil dan hitam di wajah. Radikal bebas akan membuat kulit wajah berinteraksi sehingga terhasilnya tompok-tompok hitam dan gelap. Lagi tinggi kadar tekanan anda, lagi banyak jeragat akan muncul.
3. Persekitaran Tercemar
Suka atau tidak, persekitaran kita sekarang sangat tinggi kadar pencemarannya. Sekaligus menyebabkan badan menghirup udara yang kotor. Udara tercemar ini akan meningkatkan kadar radikal bebas dalam badan. Lihat point diatas, radikal bebas menjadi faktor terbesar dalam penghasilan jeragat di wajah anda.
4. Tersalah Pakai Krim Anti Jeragat
Punca jeragat di muka disebabkan tersalah pakai krim anti jeragat kerap terjadi, niat dihati nak pulihkan jeragat, tapi akibat produk mengandungi bahan merbahaya, lain pulak jadinya pada kulit. Hati-hati dalam pemilihan sapuan dari luar. Kerana andai tersalah pakai produk, kulit lapisan luar akan jadi sangat nipis dan sangat sensitif pada sinaran uv.
Ini lah perkara perkara yang perlu anda ketahui tentang bagaimana terhasilnya jeragat diwajah. Sekarang kita dah tahu punca-punca jeragat di muka, next post admin akan bagi tips bagaimana cara hilangkan jeragat anda.
No comments:
Post a Comment