Tips Elak Kolesterol Tinggi Di Hari Raya Dengan Shaklee

 Assalamualaikum... Selamat hari Raya Aidilfiri maaf zahir batin. Hari ni dah raya kelima dah. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru ja berpuasa...


Kelaziman setiap kali tiba musim perayaan akan penuh aktiviti ziarah menziarahi sanak saudara, rakan taulan. Dan selalunya setiap rumah menu yang dihidangkan semua sedap-sedap. Di Malaysia tercinta ni kita beraya bukan seminggu tapi ngam-ngam sebulan Syawal hihihi.


Laksa
Mee kari
Bihun sup daging
Nasi beriyani
Macam-macam jenis air
Kuih muih
Kuih raya
Lemang
Ketupat

Maka perut pun tak sempat nak lapar. Kalau tak makan nanti tuan rumah kecil hati pulak kan.... Sebab itulah salah satu masalah yang selalu terjadi di musim perayaan iaitu Masalah Kolestrol Tinggi. Jadi umie nak berkongsi dengan semua Tips Elak Kolesterol Tinggi Di hari raya dengan Shaklee. Sebelum tu jom kita ulangkaji dulu apa itu kolestrol tinggi dan tanda-tandanya.


Apa Itu Kolesterol Tinggi 


Menurut penulisan di artikel ini Tiada Simptom Tidak Bermakna Tiada Penyakit ( dipetik dari Berita Harian Online bertarikh 17 April 2023) masalah kolesterol tinggi adalah antara punca utama kepada penyakit jantung di Malaysia.


Antara penyebab utama yang menyumbang kepada masalah jantung adalah penyakit Kardiovaskular Aterosklerotik (ASCVD) dan berkaitan masalah kolesterol tinggi.


Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan kita boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.


Kolestrol tinggi terjadi apabila Low Density Lipoprotein atau dikenali sebagai LDL tinggi lebih daripada normal. Bila LDL tinggi ia akan menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolestrol. Menurunkan paras LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.


Tanda-tanda Kolestrol Tinggi yang Tak Ramai Tahu


1. Selalu rasa sakit di bahagian dada


Tanda pertama bila tahap kolestrol dalam badan tinggi adalah apabila rasa sakit pada bahagian dada. Masa tengah bernafas pun rasa tak lepas. Sakit macam jarum menucuk-cucuk.


Penyebabnya apabila pembuluh darah tersumbat.Maka jantung tidak akan peroleh oksigen yang cukup dari darah. Jadi dada akan rasa ketat sangat.



2. Kaki rasa kebas bersemut


Pernah tak rasa bersemut di bahagian kaki bila kita duduk terlalu lama? Kaki kebas ni salah satu gejala tahap kolestrol tinggi dalam badan. Sebabnya bila saluran darah tersumbat jadi sempit. Jadi ia menyebabkan aliran darah ke kaki tidak lancar.



3. Bintik-bintik kekuningan di bawah mata.


Kalau ada nampak bintik-bintik kecil warna putih kuning di bawah mata jangan berlengah-lengah untuk mula berjaga-jaga. Kerana itu adalah antara tanda badan dah ada kolestrol tinggi.Ada banyak jenis bintik-bintik di sekeliling mata. Bintik-bintik berkaitan kolestrol dipanggil Xanthoma. Gabungan gumpalan lemak dan kolestrol tinggi dalam badan menyebabkan bintik-bintik ini muncul. Lagi banyak lagi bahaya.



Tips Menurunkan Paras Kolestrol Secara Alami


Terdapat beberapa cara untuk diamalkan bagi menurunkan atau mengawal paras kolestrol dalam badan. Jom baca satu persatu dan congak sendiri samada mampu nak lakukan semuanya secara serentak atau satu persatu. Jangan samakan awak dan saya atau sesapa sahaja kerana badan kita unik tak sama dengan yang lain.


1. Mengawal berat badan


Tips mengawal berat badan nampak macam pendek ayatnya tetapi ia memerlukan komitmen 24/7 iaitu komitmen berterusan dan perlukan kesabaran yang tinggi. Kuatkan tekad dan berusaha sedikit demi sedikit sehingga berjaya capai berat badan yang ideal. Ya perlukan ilmu jua bukan main taram ja.

 


2. Melakukan aktiviti senaman secara berkala dan konsisten


Inilah antara perkara yang paling berat untuk dilakukan iaitu aktiviti senaman secara berkala dan konsisten. Tips dari saya mulakan secara santai terlebih dahulu. Jangan terlalu ekstrem dalam melakukan aktiviti senaman. Dan paling penting jangan ikut ikutan. Lakukan senaman yang sesuai dengan keadaan fizikal kita. Ada sesetengah orang berisiko mengalami masalah reput tulang atau osteoporosis, jadi senaman haruslah fokus kepada yang menguatkan otot, kurangkan hentakan dan sebagainya.



4. Menjauhi rokok dan alkohol.


Menjauhi rokok dan alkohol. Bagi wanita dan Muslim mudah untuk menghindari kedua-duanya kerana ajaran Agama Islam melarang kita untuk merokok dan minum alkohol atau arak. Dan selalunya wanita sangat jarang yang merokok.


Tetapi bagi lelaki Muslim merokok agak sukar dijauhi khas untuk perokok tegar. Saya tabik spring pada lelaki yang tak merokok. Merokok ni menyebabkan badan kita penuh dengan toksin sehingga menyukarkan badan menyaring kolesterol dengan baik. Jika anda lelaki atau wanita yang merokok mulalah dengan mengurangkan kekerapan merokok terlebih dahulu. Dapatkan sokongan keluarga agar mampu menghadapi "kesan Sarak Nikotin" yang selalu terjadi apabila seseorang mula berhenti merokok. Boleh rujuk artikel ini untuk menghadapi tempoh sukar " Ketahui Apa Perlu dilakukan apabila Berhenti Merokok"



Bagaimana Shaklee boleh Bantu untuk Menurunkan Paras Kolestrol?


Untuk menurunkan paras kolesterol memerlukan gabungan nutrien tertentu. Cara set ini bertindak ialah dengan mencegah 👉menurunkan👉menguatkan 👉perlindungan.


Set Kolesterol lengkap

1. Phytocol-ST



Pengambilan suplemen yang kaya dengan fisioterol dapat  berganding dengan kolesterol 'baik' untuk menyerap kolesterol 'jahat'. Fungsi Phytocol adalah untuk 'pencegahan' awal.

Fisoterol ni berfungsi menyerap kolesterol LDL (jahat) yang berlebihan dalam tubuh. Lagi tinggi kandungan fisoterol dalam badan lagi  cepat paras kolesterol dalam badan dapat diturunkan. Antara fungsi Phytocol-ST ialah:

  • bantu kurangkan kolesterol jahat LDL
  • bantu turunkan kolesterol secara semulajadi
  • kekal kan kesihatan jantung dan otak
  • menghalang penyerapan kolesterol dan makanan masuk ke salur darah


2. Omega Guard



Kebaikan omega guard untuk menurunkan paras kolesterol 'jahat' dan melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul.  EPA dan DHA yang ada dalam Omega guard membantu menurunkan kolesterol LDL berlebihan dalam salur darah.


Omega guard menjalankan tugas untuk menurunkan kolesterol yang terlepas dari saringan Phytocol. Boleh juga kita ibaratkan Omega Guard sebagai perisai kedua untuk elak kolesterol jahat dari bermaharajalela dalam badan kita. 



3. CoqTrol Plus


Fungsi CoQ-Trol Plus ialah :

  • menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • meningkatkan peredaran darah
  • membantu menambah dan mengekalkan paras coq10 di dalam darah.
CoQ-Trol Plus ni tugasnya lebih kepada menguatkan jantung dengan memberikan tenaga kepada jantung kita.


4. Vivix


Vivix Shaklee adalah pelengkap kepada jantung yang sihat. Ia berupaya melindungi jantung daripada pengoksidaan salur darah. Pengoksidaan pembuluh darah akan menyebabkan mendapan plak yang menyempitkan salur darah.

Lagi satu Vivix ni mempunyai anti oksidan yang kuat untuk melindungi salur darah dari teroksida. Ia mengandungi 1- kali ganda resveratrol dan 15 polifenol. 


Untuk menurunkan kolesterol dengan lebih praktikal umie sendiri sangat-sangat galakkan untuk mencuba Set Kolesterol premium seperti yang umie terangkan di atas. Jika berminat boleh hubungi umie segera.


JOM HUBUNGI UMIE SEKARANG!!!

W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat




#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia






No comments:

Post a Comment