Semua orang dah sedia maklum hanya minggu pertama raya ja bandar-bandar, pekan-pekan sunyi sepi. Tapi masuk ja minggu kedua kebanyakan semua dah kembali ke kediaman masing-masing di bandar.
Dah masuk fasa beraya di kota pulak. Ironinya beraya di kota atau bandar-bandar ni tak berapa popular sangat budaya terjah untuk beraya. Kebanyakan tetamu datang beraya asbab menerima jemputan Hari Raya Open House.
Macam umie sendiri bila dapat jemputan untuk menghadiri hari raya open house banyak benda nak kena buat persiapan... Hahaha... macam umie pulak nak buat open house kan.
Sebenarnya anak-anak umie kedua-duanya sangat memilih bab makanan terutamanya si adik. Pengalaman umie menghadiri mana-mana jemputan hari raya open house tahun sebelum ini memang langsung tiada makanan yang mereka makan.
Jadi sebelum bergerak ke mana-mana jemputan umie akan pastikan beberapa perkara terlebih dahulu.
1. Anak-anak wajib kenyang dulu di rumah
Dengar macam lucu. Orang lain boleh cakap... Ala ajar jela anak-anak makan makanan baru... Haa... sebenarnya ibu lah yang lebih memahami anak-anak masing-masing. Umie ni sampai depan Kaabah doakan supaya anak-anak tak memilih makan. Cuma tu la perkara macam ni memang ambil masa. Doa tu tak pernah putus untuk anak-anak.
Penting untuk anak-anak kenyang sebab mereka takkan buat perangai sebab perut dah kenyang. Anak-anak umie bukan jenis meraung atau kacau barang-barang kat rumah orang. Paling rare depa pernah buat ialah dengan tanya soalan cepu mas depan tuan rumah...
" Mama berapa minit lagi kita nak beraya kat rumah ni????? Hahahaha... Sampai sengih-sengih tuan rumah. Apa nak buat kanak-kanak ni jujur.
2. Tetapkan had masa
Selalunya sebelum umie bergerak ke mana-mana rumah untuk jemputan Hari Raya Open House umie akan tetapkan berapa lama akan berada kat sana. Penting sangat supaya kita takkan menyusahkan tuan rumah. Tak semua orang suka kita berlama-lama kat rumah mereka. Bagi umie jangan sampai tuan rumah kena buat helah untuk suruh kita balik. Aduhai malu weh...
3. Ikut Cadangan Masa Tuan Rumah
Sesetengah tuan rumah dah buat penggiliran tetamu yang hadir ke open house mereka. Jika tuan rumah dah tetapkan masa sekian sekian untuk kita hadir seeloknya ikutlah. Itu cara kita menghormati tuan rumah. Sebabnya mestilah mereka dah set masa sekian sekian untuk keluarga. Sesi malam pulak untuk sesi kawan satu universiti contohnya. Kalau kita sesuka hati ubah masa ia akan menyukarkan tuan rumah untuk melayani tetamu-tetamu yang hadir.
4. Sediakan duit raya untuk anak tuan rumah
Yang ni sangat digalakkan. Lagipun bulan yang mulia ni apa salahnya kita banyakkan bersedekah. Macam cara umie memang dah standby sekurang-kurangnya 10 sampul duit raya dalam jumlah amaun yang sama dalam beg. Ada ja kanak-kanak sedekah kan ja. Dan jangan lupa pesan pada anak-anak kita jangan bukan sampul duit raya depan orang. Haa ni adab yang kena jaga.
5. Bawak air masak setiap seorang sebotol
Haa memandangkan sekarang ni cuaca sangat panas umie wajibkan setiap anak-anak dan umie sendiri akan bawak air botol masing-masing. Kena periksa selalu anak-anak minum ke tak. Diri sendiri pun tak terkecuali. Sebabnya heat stroke boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa.
Tu jela yang umie nak coret berkaitan Hari Raya Open house. Lagipun tahun ni memang tak banyak sangat open house yang kami pergi. Sebabnya anak-anak baru ja baik dari gejala heat strok. Sebabnya minggu pertama raya kami pi Lost World Of Tambun. Jadi anak-anak masih belum okay sangat lagi.
Semoga korang semua enjoy dan makan sepuas puasnya selagi syawal masih ada. Tapi apapun jangan lupa jaga kesihatan baik-baik. Jangan sampai jatuh sakit okay.
No comments:
Post a Comment