5 TIPS KURUS DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

 Ramai yang teringin nak kurus dengan cepat. Kalau boleh nak kurus dalam masa seminggu. Ye la lagi seminggu kan nak raya? hahahha... Boleh ke agak2 nak turunkan berat badan 10kg dalam masa seminggu?


Pertama sekali umie nak tekankan kat sini.... Ingat matlamat asal yang kita nak.


Adakah kita nak kurus dan nampak cantik di mata orang semata-mata?


Adakah kita nak impress orang sekeliling dengan mengorbankan kesihatan tubuh badan kita?


Bagi umie walaupun nak Kurus Dengan Cepat tapi jangan sesekali menzalimi diri sendiri. Jangan merosakkan tubuh badan yang Allah pinjamkan buat kita. Tazkirah pulak ya hihihi... In Sha Allah.. menyebarkan pesanan dan perkara baik ni Allah tuntut kita buat. Mudahan siapa yang baca entry ni boleh sama-sama muhasabah diri. Pesanan ni buat diri umie jugak sebenarnya.



5 Tips Kurus Dengan Cepat Dan Selamat


Sebelum umie huraikan lebih lanjut tentang 5 tips kurus dengan cepat dan selamat, umie nak bagitau sesuatu kepada sahabat-sahabat. Di HQ Shaklee ada disediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma.  Umie berkesempatan untuk buat pemeriksaan kesihatan pagi semalam. Pemeriksaan kesihatan percuma saja dengan syarat wajib mendaftar sebagai pengedar Shaklee yang sah terlebih dahulu. Daftar dengan umie ja awak. Nanti umie akan tolong awak macam mana nak dapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma ni.


Mesin yang pertama seperti dalam gambar ni untuk check Body Composition. Memang bagus sangat jika mereka yang nak kurus secara sihat buat pemeriksaan terlebih dahulu supaya kita tahu bahagian mana yang kita kena fokus, apa yang kurang dalam badan, badan kita obes dekat bahagian mana, berapa peratus kandungan mineral dan air dalam badan. In Sha Allah senang-senang nanti umie buat entry khas tentang mesin ni ya. 

 Staff Shaklee Miss Letchumi yang tolong umie semasa buat pemeriksaan kesihatan tadi. Ramah orangnya.

Mesin ni untuk periksa body composition, body fat, metabolisma badan, menilai bahagian badan mana yang gemuk atau kurus. Banyak lagi fungsi mesin ni

Ini pula mesin Ultrasound Bone Mineral Density untuk ukur keadaan kepadatan tulang kita. Hasil analiss akan tunjukkan samada tulang kita sihat, Osteopenia ataupun kita dah terkena osteporosis

Okay jom umie huraikan 5 tips kurus dengan cepat dan selamat. Umie yakin ada yang akan tepuk dahi bila tahu ini rupanya punca aku tak kurus-kurus huhuhu....


#1. Haramkan penggunaan susu pekat manis dan kurangkan gula putih secara berperingkat.



Umie nak cerita kisah diri sendiri. Sebelum ni umie adalah seorang yang "Underweight". Memang sangat kurus. In Sha Allah umie akan buat entry khas selepas ni. Selepas berhenti kerja umie mula dapat tambah berat badan setiap bulan sehinggalah terjebak ke dalam kategori "Obesiti". 

Takde lah berat sangat tapi umie anggap itu adalah wake up call. So umie mula tengok balik pemakanan seharian umie. Waktu tu rupanya umie minum nescafe tarik hampir setiap pagi ( order dekat kedai so memang dah pasti ada susu pekat manis di dalamnya). Dan waktu itu perut umie sangat buncit seolah olah mengandung 5 bulan. Tragis sangat. Lepas tu umie mula terus berhenti dari mengambil sebarang susu pekat manis. Dan umie jugak berhenti minum apa-apa minuman bergula. Hasilnya selepas sebulan macam tu tiada lagi perut buncit. Dah ramping macam sebelum ni. 


BACA SINI TENTANG KONSPIRASI SUSU PEKAT MANIS


Pada pendapat umie kuatkan azam berhenti terus susu pekat manis. Untuk hentikan terus pengambilan gula putih memang sangat mencabar. Jadi tengok balik dalam sehari berapa gelas minuman manis yang sahabat-sahabat ambil. Kurangkan secara berperingkat. 



#2. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein


Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tips kurus dengan cepat dan selamat ialah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet seharian. Untuk menggalakkan badan berasa kenyang dan kurang rasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat. 

Berikut adalah contoh makanan karbohidrat yang perlu dikurangkan jika nak kurus dengan cepat:


  • Nasi
  • Roti
  • Pasta
  • Kekacang
  • Buah-buahan
  • Bijirin
  • Produk tenusu
  • Minuman bergula


#3. Makan makanan sebenar bukan makanan yang diproses.


Seterusnya sila tengok pada tabiat pemakanan seharian kita. Adakah kita selalu sangat mengambil makanan yang diproses setiap hari? Makanan sebenar boleh mambantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan tinggi kalori.

Anda boleh mula mengambil sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan selain sayuran yang rendah kandungan karbohidrat.


#4. Bersenam dan bersukan secara berkala


Bagi membakar kalori dan juga lemak dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit.  Jika terasa berat atau tak cukup masa memadai 3 sesi dalam masa seminggu dan setiap sesi adalah selama 30 minit.


Senaman yang macam mana nak buat? Boleh amalkan senaman kardio seperti berzumba, berbasikal, berenang atau berjogging. Bagi yang bari nak bermula jangan terus lasak. Lakukan senaman secara santai dan tingkatkan intensiti secara berperingkat.


#5. Makan lah secara berpada-pada dan ikut piramid pemakanan yang betul



Sekian lama kita dok ikut piramid pemakanan yang salah. Patutlah obesiti di Malaysia sangat-sangat meruncing. Ikut pada piramid pemakanan ini lebihkan protein dan kurangkan karbohidrat. Rajin-rajinkan lah diri untuk cari menu-menu sihat tapi menarik untuk dicuba. Jangan terlalu strict sehingga badan kita cepat muak dengan menu yang sama. Dekat social media dah makin ramai berkongsi tentang menu sihat. 


Semoga perkongsian umie memberikan sedikit sebanyak idea untuk kuruskan badan secara sihat. Anda juga boleh tambahkan pengambilan Set Hello New You untuk melengkapkan nutrisi supaya badan kita kurus dengan cepat dan selamat.




Set Hello New You ni sangat-sangat membantu untuk kuruskan badan secara sihat.


1. Mixed Soy Protein Caffe Latte Shake (Cinch Shake)

Dalam Cinch Shake ada satu asid amino penting iaitu leusina yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan. Leusina ini sangat diperlukan oleh mereka yang bak kawal berat badan, nak mengekalkan jisim otot, sedang dalam regim kecergasan dan ingin mengambil makanan yang cepat dan berkhasiat selepas bersenam.  


2. Omega Guard


Omega guard membantu mengawal atur tahap lemak yang sihat. Caranya ialah dengan meningkatkan kadar metabolik, meningkatkan kadar pembakaran lemak, meningkatkan kadar pembakaran lemak, mengawal paras lemak sihat serta menyeimbangkan rasa kenyang.

 

3. Lecithin 


Lesitin sangat bagus untuk membantu menguruskan badan secara sihat. Ia berfungsi untuk menggalakkan penurunan berat badan secara sihat dengan membantu memecahkan lemak kepada molekul-molekul lebih kecil sebelum ditukarkan kepada asid lemak yang mudah dibakar oleh badan untuk menjana tenaga. Lesitin juga membantu untuk memcahkan lemak dan minyak secara sekata untuk menyokong metabolisma.


4. Herblax


Herb-Lax™ adalah campuran proprietari yang termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Ia juga membantu melegakan sembelit ringan yang disebabkan pengambilan serat dan air yang rendah. Fungsi herblax ialah membersih dan set semula badan kita supaya lebih sihat dan tidak bertoksin yang membuatkan badan susah nak kurus.


Umie percaya dengan mengamalkan 5 tips kurus yang umie kongsi di atas dan tambahan pengambilan Set Hello New You hasrat anda untuk kurus secara sihat lebih mudah tercapai.


JOM HUBUNGI UMIE SEKARANG!!!

W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat




#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia









No comments:

Post a Comment