5 CARA BANTU TENANGKAN ANAK SEDANG MARAH SUPAYA KITA TAK NAIK DARAH

Assalamualaikum...

Sebagai ibu-bapa memang tak boleh lari dari berhadapan dengan karenah anak-anak yang sedang membesar. Lumrah la anak-anak kita sedang melalui fasa demi fasa dalam proses mereka membesar. Mereka belajar macam mana nak tunjukkan mereka suka sesuatu, inginkan sesuatu dan juga expresikan kemarahan bila ada yang tak kena dengan jiwa mereka.



Eh.... kecik-kecik pun dah pandai memberontak ya? Standard la tu. Kang diorang taktau langsung nak marah payah jugak kan hihihi...Persoalannya macam cara terbaik yang boleh kita buat untuk tenangkan anak sedang marah supaya kita tak naik darah? Jom baca kupasan ringkas saya kat bawah ni.

Bila anak sedang marah, jegil mata atau muka dah nak bertukar jadi hijau langkah pertama yang kita patut ambil ialah peluk anak dari belakang. Peluklah mereka dengan penuh kasih sayang,kelembutan, jiwa yang tenang supaya anak kita dapat rasa aura kasih sayang dari kita. Sentuhan walaupun sekejap saja mampu menenangkan jiwa insan yang sedang marah.

Kemudian bisikkan ke telinganya dan katakan bahawa ibu sayang dan sangat memahami perasaannya. Cuba selami sedalam-dalamnya hati anak kita yang sedang marah. Tapi janganlah menjerit atau cakap kuat-kuat tau. Cukuplah sekadar bercakap perlahan-lahan dan lembut.

Yang ketiga tenangkan dia dengan kata-kata kasih. Anda sendiri pun perlu bertenang terlebih dahulu. Fokuskan di minda bahawa kita sedang mengajar anak kita cara mengawal kemarahan. Cakaplah adik tak baik tau marah-marah macam ni. Allah tak suka orang suka marah-marah. Saya pasti anda tahu apa yang perlu anda cakap untuk pujuk anak anda. Perlu diingatkan juga setiap anak penerimaan berbeza. Yang anak dah ramai mesti dah masak dengan karenah anak-anak masing-masing kan.

Yang keempat jangan sesekali marah dengan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendidik. Ia hanya akan membuatkan dia menjadi seorang mengecut dan suka memberontak. Cara kekasaran dah tak berapa nak relevan dah. Pendekatan secara diplomasi, berlembut dan melalui teladan lebih sesuai dipraktikkan pada zaman sekarang ni.

Yang terakhir bagi yang beragama Islam boleh bacakan ayat-ayat suci Al-quran supaya syaitan tidak memghasutnya. Penting tau sebab bila kita dalam keadaan marah syaiton ni mudah benor menyerap masuk ke dalam hati kita. So sebelum syaitan berjaya lolos kita pasang perisai siap-siap.

Saya berharap dengan sedikit perkongsian tips saya ni dapat bantu ibu-bapa semua cara bantu tenangkan anak sedang marah. Walluahalam.

No comments:

Post a Comment