Tuesday, September 12, 2023

SET VITAMIN SHAKLEE UNTUK WANITA MENGANDUNG

by , in

 Bila seorang WANITA MENGANDUNG tubuh badan akan mengalami perubahan secara berperingkat. Antara yang akan berubah ialah bentuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan. Selalunya wanita mengandung akan perasan perubahan yang berlaku sebelum sahkan kehamilan lagi.


Sebab itulah sangatlah digalakkan wanita mengandung untuk amalkan Daily Self care.


1. Lakukan senaman ringan
2. Minum air putih secukupnya
3. Makan makanan yang sihat
4. Ambil set kehamilan yang sesuai


Berita baik buat semua wanita @ bakal ibu sekalian.. Shaklee baru saja lancarkan Set Vitamin Shaklee untuk wanita mengandung yang sangat-sangat eksklusif. Boleh tengok poster di bawah ni.


Set Embun ini sangat eksklusif kerana ada dua produk istimewa dari TANAMERA iaittu Smooth Tummy Oil & Relaxing magnesium gel


Set ini sangat lengkap untuk perkembangan bayu dalam kandungan dan juga untuk ibu yang sedang melalui tempoh 10 bulan kehamilan.









Semoga semua wanita yang sedang mengandung dipermudahkan segala urusan serta sihat sejahtera.  Jika berminat untuk mendapatkan kesemua Vitamin ini boleh contact nombor di bawah ini.



 

W/A: www.wasap.my/60174997159/nakjoinbisnesonline


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat





Friday, September 01, 2023

SENARAI KEPERLUAN IBU MENGANDUNG TRIMESTER PERTAMA

by , in

Bila dapat tahu isteri hamil satu keluarga akan gembira terutamanya suami. Tak sabar menanti kehadiran orang baru. Lagi-lagi bila itu adalah kehamilan pertama. Jom umie nak berkongsi KEPERLUAN IBU MENGANDUNG TRIMESTER PERTAMA.


Bagi ibu mengandung kali pertama banyak perkara perlu dititikberatkan. Jom baca satu persatu. Umie terangkan dalam ayat mudah untuk faham.



1. Isteri kena kurangkan minuman berkafein. Contohnya jika si ibu penggemar kafein seeloknya terus berhenti atau kurangkan kepada hanya minimum secawan sehari.


2. Kena pastikan tiada aktiviti atau pergerakan yang merbahaya dilakukan bagi mengelakkan menganggu janin dalam kandungan. Trimester pertama janin masih sangat fragile. Jika tidak berhati hati dikhuatiri memudaratkan kandungan dan ibu mengandung.


3. Banyakkan pengambilan air kosong minimum 8 gelas sehari. Jika sebelum ni minum bila dahaga sekarang mula minum. Penting sangat cukup bendalir dalam badan supaya tumbesaran janin berjalan dalam keadaan terbaik.


4. Pengambilan asid folik yang lengkap seeloknya seawal 3 bulan sebelum mengandung. Penting sangat untuk mengelakkan janin cacat serta tumbesaran tulang belakang dari terencat. Seeloknya ambillah B Complex yang lengkap bukan hanya asid folik semata-mata.


5. Jangan lewat makan supaya perut tak masuk angin. Ibu mengandung ni mudah benor badan nak rasa lain macam sebab perubahan sedang berlaku perlahan-lahan.


6. Kawal stress supaya tidak berlebihan. Stress berlebihan boleh menyebabkan kandungan gugur. Uhuhu... bila stress cepat-cepat tarik nafas dan luahkan pada orang yang dipercayai. Jangan tanggung sorang-sorang kerana ia boleh memudaratkan.


7. Banyakkan makan sayur dan buah buahan bagi mengelakkan sembelit. 


8. Buat suami pulak berilah sokongan moral dan kasih sayang pada isteri. bersedialah andai isteri mudah terasa, mudah merajuk dan sebagainya. Fahamilah isteri sebab dia pun sedang menerima sesuatu yang baru dalam hidup.


9. Banyakkan membaca Al Quran dan perdengarkan surah-surah lazim sepanjang kehamilan. Contohnya Surah Maryam, Surah Yusof, Surah Lukman. 


10. Sediakan bajet tambahan untuk suplemen ibu mengandung  yang bersesuaian. Ibu memerlukan suplemen tambahan supaya kedua-dua ibu dan kandungan mendapat nutrisi yang secukupnya. 



Semoga entry ini membantu ibu-ibu dalam menghadapi trimester pertama kehamilan. Next entry umie akan share Suplemen yang sesuai untuk ibu mengandung. Stay tuned tau.


Enjoy the moment ya ibu ayah. 



Wednesday, August 23, 2023

3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN

by , in

 

Assalamualaikum. Dunia sekarang penuh dengan fitnah. Apa yang kita dengar tidak semestinya adalah benar. Jadi dalam situasi begini wajib lah kita bersandar dan berserah kepada Allah di samping memperbanyakkan doa memohon segala sesuatu daripada-Nya.


Pagi ni umie nak berkongsi 3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN Mudahan pahala ini akan berpanjangan sehingga hari akhirat kelak.



1. Doa Terhindar dari Fitnah Dajjal


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Allahumma inni audzubika min 'adzabi jahannama wa min adzabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal.


Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksa neraka jahanam dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari kejahatan fitnah al masikh ad-Dajjal (HR Muslim).


Doa ini terdapat dalam satu hadis riwayat Imam Muslim, Rasullullah mengajar kita untuk mengamalkan doa ini sebelum memberi salam yakni selepas  membaca tahiyat akhir.


Selepas “fil a’lamin innaka hamidum majid..” Maka, sambunglah dengan doa di atas “Allahumma inna a’uzubika minal azabi jahannam..” Selepas selepas membaca doa di atas, berilah salam seperti biasa tanda selesai solat.


Doa ini Rasulullah ajar khusus untuk menghindarkan kita daripada fitnah Dajjal di akhir zaman.



2. QS Al-Waqiyah Ayat 35-38


Doa ini dibacakan sesudah shalat fardhu atau sesudah dzikir apabila ingin aura kecantikan keluar seperti layaknya bidadari. Doa ini juga memiliki karomah untuk anda yang selalu ingin terlihat awet muda.



3. QS Thaha Ayat 39


Doa ini merupakan bentuk dari permohonan supaya Allah SWT bisa menjaga tingkah laku diri kita dan juga kebaikan yang ada dalam diri kita termasuk kecantikan dari pengawasan-Nya. Sehingga, karena kecantikan yang sudah kita miliki tidak akan menimbulkan malapetaka


Wa alqoytu alaika mahabbatam manna walitushna’a ‘alaa aini.

Artinya: Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang, yang datang dari-Ku, agar kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku.


Semoga bermanfaat untuk kita semua. Bersandarlah pada Allah melebihi segalanya. In Sha Allah

Tuesday, August 22, 2023

VITAMIN UNTUK WANITA BERUMUR 35 TAHUN KE ATAS

by , in


Seorang wanita akan melalui banyak fasa dalam hidup. Ketika remaja seorang wanita penuh energi dan pergerakan sangat agresif. Bila dah kawin lagilah macam-macam benda kena buat. Tetapi apabila seseorang wanita mula menjengah usia 35 tahun ke atas banyak tanda-tanda penuaan mula muncul. Umur 35 tahun ke atas adalah 'pertengahan umur' pada wanita. Antara perubahan yang mula muncul ialah tenaga mula berkurangan, emosi mudah kacau bilau, haid mula terganggu, berat susah nak turun. Yang lebih mengharukan ialah apabila simptom simptom Pre monopaus mula muncul satu persatu.


Sebab itulah mengharapkan khasiat dari pemakanan seharian tidak lagi mencukupi. Nutrisi dan nutrien tambahan sangat diperlukan untuk mempercukupkan nutrisi dalam badan, menyeimbangkan hormon serta menambahkan tenaga. Oleh itu amatlah penting untuk mengamalkan Vitamin Untuk Wanita terutamanya bagi yang berumur 35 tahun ke atas. 



Cadangan Vitamin Untuk Wanita Berumur 35 Tahun Ke Atas



Ada beberapa cadangan vitamin untuk wanita yangs sangat relevan dan kena dengan permasalahan yang kerap muncul. Saya harap dengan membaca entry post ini ramai wanita akan mula cakna keperluan mengambil vitamin untuk kesihatan badan.



1. GLA Complex


Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan badan. Asid lemak ni tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Jadi kita boleh dapat mengambil dari pemakanan atau suplemen harian. Antara kebaikan GLA Complex:


a)Menggalakkan kesihatan kulit


GLA membantu mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit. Selain itu fungsi GLA adalah untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit. Best kan?


b) Melegakan Simptom Menopaus


Simptom -simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dapat dikurangkan. Pengambilan GLA membantu menambah baik kesihatan emosi.


c) Meredakan Sindrom Pra-menstruasi


Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid sangat menjejaskan emosi serta kesejahteraan fizikal. Dengan mengambil nutrien yang efektif wanita dapat melakukan apa yang mereka nak buat tanpa sebarang halangan terutamanya saat datang bulan atau haid. Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS menunjukkan bahawa emosi bertambah  baik ketika tempoh pra menstruasi dan sakit pinggang sangat berkurang.



Antara fungsi-fungsi lain GLA Complex yang sangat bagus untuk kesihatan wanita

2. Vitalize


Vitalize ialah multivitamin Shaklee berwajah baru. Shaklee dah upgrade formula dengan kadar penyerapan yang lebih baik. Sebenarnya Vitalize sangat sesuai untuk diamalkan oleh semua wanita. Sebabnya kebanyakan dari kita terlalu sibuk sehingga mengabaikan pemakanan yang sihat, mudah stress dan lompong nutrisi yang terlalu jauh.  Antara kebaikan Vitalize yang ngam sangat untuk wanita ialah:


  • Membekalkan sumber nutrisi lengkap untuk kesihatan yang optimum
  •  Membekalkan tenaga segera
  • membantu penghasilan darah merah
  • memelihara sistem saraf dan fungsi otot


Jika nak tahu informasi lengkap tentang Vitalize klik DI SINI.


Antara fungsi-fungsi lain Vitalize

3. Omega Guard 


Masyarakat kita dah mula cakna tentang kepentingan Omega-3 dalam kehidupan seharian terutamanya wanita. Wanita terutamanya seorang ibu tugasnya sangat lah banyak bermain dengan emosi. Karenah anak-anak bermacam macam. Sebab itulah wanita yang bergelar ibu cukup mudah stress atau tertekan. Bila stress ianya sangat mudah menganggu kesihatan badan terutamanya berkaitan dengan peredaran darah dalam badan. 

Antara kebaikan Omega Guard Shaklee yang sangat kena dengan keperluan seorang wanita ialah:


1. Menyihatkan jantung, kurangkan risiko serangan jantung


Mungkin ramai dah tahu Omega-3 sangat bagus untuk meningkatkan kesihatan salur darah sekaligus meningkatkan kesihatan jantung. Ini kerana wanita berisiko tinggi untuk kerap mendapat serangan jantung selepas menopause.


2. Mencegah kanser payudara


Ni lah yang para wanita paling takut iaitu menjadi mangsa kanser payudara. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai mampu mengurangkan sebanyak 50% dari risiko mendapat serangan kanser payudara. Kandungan DHA dalam Omega-3 berfungsi sebagai anti-radang semula jadi melawan kanser.


3. Melegakan senggugut ketika datang haid

Ramai tak sedar bahawa Omega-3 ni mampu untuk mengurangkan senggugut ketika hadi. Ia boleh mengimbangi semula kadar asid lemak yang tidak seimbang bagi mengurangkan sakit PMS.



Antara fungsi lain Omega Guard untuk Wanita

4. Ostenutrix


Kebiasaannya wanita memang tak dapat nak lari daripada masalah seperti lenguh-lenguh badan, krem kaki, susah nak membuang dan mudah sakit kepala. Ini kerana wanita memang kehilangan kalsium setiap bulan melalui haid. Lagi dahsyat lagi jika wanita itu menyusukan bayi. Banyak perubahan badan berlaku secara alami untuk seorang yang bergelar wanita.


ostenutrix adalah salah satu vitamin yang umie sendiri sangat-sangat jarang tinggalkan sejak tahun 2014 sehinggalah sekarang. Antara kebaikan Ostenutrix ialah:


  • membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan
  • elak gigi rosak dan jarang
  • kurangkan masalah kekejangan otot
  • Kurangkan risiko migrain
  • kurangkan risko ossteoporosis 



Antara fungsi lain Ostenutrix. Wajib amalkan untuk jaga kesihatan tulang


Semoga wanita di luar sana akan lebih cakna tentang keperluan Vitamin terutamanya untuk wanita berumur 35 tahun ke atas. Jika berminat untuk mendapatkan kesemua Vitamin ini boleh contact nombor di bawah ini.
 

W/A: www.wasap.my/60174997159/nakjoinbisnesonline


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat