Assalamualaikum. Dunia sekarang penuh dengan fitnah. Apa yang kita dengar tidak semestinya adalah benar. Jadi dalam situasi begini wajib lah kita bersandar dan berserah kepada Allah di samping memperbanyakkan doa memohon segala sesuatu daripada-Nya.
Pagi ni umie nak berkongsi 3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN. Mudahan pahala ini akan berpanjangan sehingga hari akhirat kelak.
1. Doa Terhindar dari Fitnah Dajjal
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Allahumma inni audzubika min 'adzabi jahannama wa min adzabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal.
Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksa neraka jahanam dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari kejahatan fitnah al masikh ad-Dajjal (HR Muslim).
Doa ini terdapat dalam satu hadis riwayat Imam Muslim, Rasullullah mengajar kita untuk mengamalkan doa ini sebelum memberi salam yakni selepas membaca tahiyat akhir.
Selepas “fil a’lamin innaka hamidum majid..” Maka, sambunglah dengan doa di atas “Allahumma inna a’uzubika minal azabi jahannam..” Selepas selepas membaca doa di atas, berilah salam seperti biasa tanda selesai solat.
Doa ini Rasulullah ajar khusus untuk menghindarkan kita daripada fitnah Dajjal di akhir zaman.
2. QS Al-Waqiyah Ayat 35-38
Doa ini dibacakan sesudah shalat fardhu atau sesudah dzikir apabila ingin aura kecantikan keluar seperti layaknya bidadari. Doa ini juga memiliki karomah untuk anda yang selalu ingin terlihat awet muda.
No comments:
Post a Comment