SENARAI KEPERLUAN IBU MENGANDUNG TRIMESTER PERTAMA

Bila dapat tahu isteri hamil satu keluarga akan gembira terutamanya suami. Tak sabar menanti kehadiran orang baru. Lagi-lagi bila itu adalah kehamilan pertama. Jom umie nak berkongsi KEPERLUAN IBU MENGANDUNG TRIMESTER PERTAMA.


Bagi ibu mengandung kali pertama banyak perkara perlu dititikberatkan. Jom baca satu persatu. Umie terangkan dalam ayat mudah untuk faham.



1. Isteri kena kurangkan minuman berkafein. Contohnya jika si ibu penggemar kafein seeloknya terus berhenti atau kurangkan kepada hanya minimum secawan sehari.


2. Kena pastikan tiada aktiviti atau pergerakan yang merbahaya dilakukan bagi mengelakkan menganggu janin dalam kandungan. Trimester pertama janin masih sangat fragile. Jika tidak berhati hati dikhuatiri memudaratkan kandungan dan ibu mengandung.


3. Banyakkan pengambilan air kosong minimum 8 gelas sehari. Jika sebelum ni minum bila dahaga sekarang mula minum. Penting sangat cukup bendalir dalam badan supaya tumbesaran janin berjalan dalam keadaan terbaik.


4. Pengambilan asid folik yang lengkap seeloknya seawal 3 bulan sebelum mengandung. Penting sangat untuk mengelakkan janin cacat serta tumbesaran tulang belakang dari terencat. Seeloknya ambillah B Complex yang lengkap bukan hanya asid folik semata-mata.


5. Jangan lewat makan supaya perut tak masuk angin. Ibu mengandung ni mudah benor badan nak rasa lain macam sebab perubahan sedang berlaku perlahan-lahan.


6. Kawal stress supaya tidak berlebihan. Stress berlebihan boleh menyebabkan kandungan gugur. Uhuhu... bila stress cepat-cepat tarik nafas dan luahkan pada orang yang dipercayai. Jangan tanggung sorang-sorang kerana ia boleh memudaratkan.


7. Banyakkan makan sayur dan buah buahan bagi mengelakkan sembelit. 


8. Buat suami pulak berilah sokongan moral dan kasih sayang pada isteri. bersedialah andai isteri mudah terasa, mudah merajuk dan sebagainya. Fahamilah isteri sebab dia pun sedang menerima sesuatu yang baru dalam hidup.


9. Banyakkan membaca Al Quran dan perdengarkan surah-surah lazim sepanjang kehamilan. Contohnya Surah Maryam, Surah Yusof, Surah Lukman. 


10. Sediakan bajet tambahan untuk suplemen ibu mengandung  yang bersesuaian. Ibu memerlukan suplemen tambahan supaya kedua-dua ibu dan kandungan mendapat nutrisi yang secukupnya. 



Semoga entry ini membantu ibu-ibu dalam menghadapi trimester pertama kehamilan. Next entry umie akan share Suplemen yang sesuai untuk ibu mengandung. Stay tuned tau.


Enjoy the moment ya ibu ayah. 



No comments:

Post a Comment