Seorang wanita akan melalui banyak fasa dalam hidup. Ketika remaja seorang wanita penuh energi dan pergerakan sangat agresif. Bila dah kawin lagilah macam-macam benda kena buat. Tetapi apabila seseorang wanita mula menjengah usia 35 tahun ke atas banyak tanda-tanda penuaan mula muncul. Umur 35 tahun ke atas adalah 'pertengahan umur' pada wanita. Antara perubahan yang mula muncul ialah tenaga mula berkurangan, emosi mudah kacau bilau, haid mula terganggu, berat susah nak turun. Yang lebih mengharukan ialah apabila simptom simptom Pre monopaus mula muncul satu persatu.
Sebab itulah mengharapkan khasiat dari pemakanan seharian tidak lagi mencukupi. Nutrisi dan nutrien tambahan sangat diperlukan untuk mempercukupkan nutrisi dalam badan, menyeimbangkan hormon serta menambahkan tenaga. Oleh itu amatlah penting untuk mengamalkan Vitamin Untuk Wanita terutamanya bagi yang berumur 35 tahun ke atas.
Cadangan Vitamin Untuk Wanita Berumur 35 Tahun Ke Atas
Ada beberapa cadangan vitamin untuk wanita yangs sangat relevan dan kena dengan permasalahan yang kerap muncul. Saya harap dengan membaca entry post ini ramai wanita akan mula cakna keperluan mengambil vitamin untuk kesihatan badan.
1. GLA Complex
Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan badan. Asid lemak ni tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Jadi kita boleh dapat mengambil dari pemakanan atau suplemen harian. Antara kebaikan GLA Complex:
a)Menggalakkan kesihatan kulit
GLA membantu mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit. Selain itu fungsi GLA adalah untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit. Best kan?
b) Melegakan Simptom Menopaus
Simptom -simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dapat dikurangkan. Pengambilan GLA membantu menambah baik kesihatan emosi.
c) Meredakan Sindrom Pra-menstruasi
Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid sangat menjejaskan emosi serta kesejahteraan fizikal. Dengan mengambil nutrien yang efektif wanita dapat melakukan apa yang mereka nak buat tanpa sebarang halangan terutamanya saat datang bulan atau haid. Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS menunjukkan bahawa emosi bertambah baik ketika tempoh pra menstruasi dan sakit pinggang sangat berkurang.
Antara fungsi-fungsi lain GLA Complex yang sangat bagus untuk kesihatan wanita |
2. Vitalize
Vitalize ialah multivitamin Shaklee berwajah baru. Shaklee dah upgrade formula dengan kadar penyerapan yang lebih baik. Sebenarnya Vitalize sangat sesuai untuk diamalkan oleh semua wanita. Sebabnya kebanyakan dari kita terlalu sibuk sehingga mengabaikan pemakanan yang sihat, mudah stress dan lompong nutrisi yang terlalu jauh. Antara kebaikan Vitalize yang ngam sangat untuk wanita ialah:
- Membekalkan sumber nutrisi lengkap untuk kesihatan yang optimum
- Membekalkan tenaga segera
- membantu penghasilan darah merah
- memelihara sistem saraf dan fungsi otot
Jika nak tahu informasi lengkap tentang Vitalize klik DI SINI.
Antara fungsi-fungsi lain Vitalize |
3. Omega Guard
Masyarakat kita dah mula cakna tentang kepentingan Omega-3 dalam kehidupan seharian terutamanya wanita. Wanita terutamanya seorang ibu tugasnya sangat lah banyak bermain dengan emosi. Karenah anak-anak bermacam macam. Sebab itulah wanita yang bergelar ibu cukup mudah stress atau tertekan. Bila stress ianya sangat mudah menganggu kesihatan badan terutamanya berkaitan dengan peredaran darah dalam badan.
Antara kebaikan Omega Guard Shaklee yang sangat kena dengan keperluan seorang wanita ialah:
1. Menyihatkan jantung, kurangkan risiko serangan jantung
Mungkin ramai dah tahu Omega-3 sangat bagus untuk meningkatkan kesihatan salur darah sekaligus meningkatkan kesihatan jantung. Ini kerana wanita berisiko tinggi untuk kerap mendapat serangan jantung selepas menopause.
2. Mencegah kanser payudara
Ni lah yang para wanita paling takut iaitu menjadi mangsa kanser payudara. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai mampu mengurangkan sebanyak 50% dari risiko mendapat serangan kanser payudara. Kandungan DHA dalam Omega-3 berfungsi sebagai anti-radang semula jadi melawan kanser.
3. Melegakan senggugut ketika datang haid
Ramai tak sedar bahawa Omega-3 ni mampu untuk mengurangkan senggugut ketika hadi. Ia boleh mengimbangi semula kadar asid lemak yang tidak seimbang bagi mengurangkan sakit PMS.
Antara fungsi lain Omega Guard untuk Wanita |
4. Ostenutrix
Kebiasaannya wanita memang tak dapat nak lari daripada masalah seperti lenguh-lenguh badan, krem kaki, susah nak membuang dan mudah sakit kepala. Ini kerana wanita memang kehilangan kalsium setiap bulan melalui haid. Lagi dahsyat lagi jika wanita itu menyusukan bayi. Banyak perubahan badan berlaku secara alami untuk seorang yang bergelar wanita.
ostenutrix adalah salah satu vitamin yang umie sendiri sangat-sangat jarang tinggalkan sejak tahun 2014 sehinggalah sekarang. Antara kebaikan Ostenutrix ialah:
- membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan
- elak gigi rosak dan jarang
- kurangkan masalah kekejangan otot
- Kurangkan risiko migrain
- kurangkan risko ossteoporosis
Antara fungsi lain Ostenutrix. Wajib amalkan untuk jaga kesihatan tulang |
Semoga wanita di luar sana akan lebih cakna tentang keperluan Vitamin terutamanya untuk wanita berumur 35 tahun ke atas. Jika berminat untuk mendapatkan kesemua Vitamin ini boleh contact nombor di bawah ini.
W/A: www.wasap.my/60174997159/nakjoinbisnesonline
FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL
Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat
No comments:
Post a Comment