Tuesday, November 24, 2015

6 TIPS MELANCONG BAGI IBU HAMIL SUPAYA SENTIASA CERIA

by , in
Assalamualaikum.

Siapa kata wanita hamil tak boleh menaiki kapal terbang? Kena duduk rumah diam-diam ja. Ramai sebenarnya yang takut untuk travel atau melancong ketika hamil. Tak kurang jugak yang terus batal tiket kapal terbang setelah disahkan hamil. Boleh sebenarnya jika kita tahu caranya dan selidik betul-betul. Jangan dengar cakap-cakap orang ja. Bagi yang baru nak plan bercuti tetapi isteri hamil ini saya ada 6 tip melancong bagi ibu hamil.


Di sini saya nak share 6 tip melancong bagi ibu hamil. Semoga membantu.

1. Periksa dengan syarikat pengangkutan

Kebanyakan syarikat pengangkutan awam tidak menggalakkan wanita hamil pada usia kandungan tertentu untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Oleh sebab itu, ibu hamil dan pasangan digalakkan terlebih dahulu memeriksa dengan syarikat terbabit sebelum keputusan melancong diputuskan.

2. Bawa nota kelas antenatal

Bagi yang ada menghadiri kelas antenatal jangan lupa bawak segala nota yang ada. Ini penting sebagai bantuan awal sebelum mendapatkan bantuan perubatan d tempat yang berhampiran dengan tempat yang dilawati. Bagi yang tak hadir kelas tersebut banyakkan membaca tips atau info berkenaan kehamilan supaya tidak panik jika terjadi seseuatu.

Nak tahu Set Kehamilan murah dan berbaloi? Klik Set Kehamilan Murah & Berbaloi

3. Jangan duduk terlalu lama

Pastikan ibu hamil sentiasa melakukan pergerakan ringkas walaupun terpaksa duduk dalam tempoh yang lama. Suami pulak kenalah sentiasa alert dengan keadaan isteri. Digalakkan memakai stoking khas sepanjang perjalanan bagi mengelakkan masuk angin.

Tak tahu apa patut buat bila ibu hamil selsema dan batuk? klik Tips Atasi Masalah Batuk Dan Selsema Ketika Hamil

4. Minum air yang mencukupi


Sangat digalakkan minum air yang mencukupi terutamanya tempat yang dikunjungi tu bersuhu tinggi. Bimbang berlaku penyahidratan pulak. Bawaklah air dalam botol sentiasa okay.

5. Kad Pemeriksaan kehamilan.

Jangan lupa bawak bersama kad pemeriksaan kehamilan ke mana sahaja destinasi yang dikunjungi agar ia boleh dijadikan sebagai rujukan untuk doktor yang memberi rawatan kecemasan sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidsk diingini.

6. Bawaklah Suplemen atau Vitamin bersesuaian

Digalakkan jugak bagi ibu hamil membawa bersama suplemen yang sesuai untuk kehamilan. Contohnya jika ibu hamil menghadapi masalah hb rendah sentiasalah bawak bersama tablet zat besi. Jika ibu mudah diserang selsema bawak bersama vitamin c.

Diharapkan kesemua tips yang saya kongsikan ini bermanfaat bagi ibu hamil dan pasangan. Saya doakan semoga percutian kalian dirahmati Allah dan selamat pergi dan kembali.

Selamat bercuti.




Sunday, November 22, 2015

BENTAN IGAUAN IBU SELEPAS BERSALIN SERTA CARA MENGELAKKANNYA

by , in
Assalamualaikum.

Bentan? Apa yang dikatakan bentan?Bagaimana nak kenal pasti dan apa yang perlu dilakukan jika berdepan dengan masalah ini?

Saya ingat lagi pengalaman pertama bersalin 2 tahun lepas. Selepas sebulan bersalin saya dah balik rumah dan berpantang sendiri. Ayah mertua kerap pesan jaga diri elok-elok. Jangan lupa pakai stokin. Bila berjalan hati-hati jangan sampai terlanggar benda sampai ibu jari berdarah. Bentan katanya. Dia pesan lagi hujung-hujung tempoh bersalin nak dekat 44 hari tu jangan ambil mudah. Waktu tu la macam-macam benda boleh terjadi. Alhamdulillah saya berjaya harungi saat-saat akhir berpantang dengan jayanya.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bentan ni maksudnya sakit semula setelah hampir sembuh selepas bersalin. Jangan buat main ada dalam kamus dewan tau hihihi..... Ini bermakna walaupun kita nampak hampir sihat tapi kalau kita culas nak jaga kesihatan elok-elok memang mudah sangat sakit semula. Pastikan berpantang betuk-betul supaya tak sakit semula.

Punca dan Cara Mengenal Tanda-tanda Bentan

  • Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras (macam ayah mertua saya cakap). Kemudian badan rasa seram sejuk macam nak pitam. Waktu ni badan kita masih lemah.
  • Lambat sembuh daripada sakit. Malah ada yang sampai berbulan-bulan masih tak sembuh lagi.

Jenis-jenis Bentan

Bentan ni ada tiga jenis. 

1. Bentan Urat

  • Badan rasa lemah,bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan walaupun siang dan seluruh otot rasa tegang dan kejang. 
  • Punca berlaku mungkin disebabkan ibu terlalu aktif atau terlalu lasak.

2. Bentan urat peranakan/ urat rahim

  • Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah.
  •  Boleh berlaku jika ibu mengangkat objek berat
  •  Boleh jugak disebabkan ibu jari tersepak benda keras atau terduduk kuat yang boleh menyebabkan  bentan urat peranakan.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

  • Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas belakang.
  • Selalunya terjadi pada ibu yang bersalin secara pembedahan.
  • Saya pernah kena...Memang sakit sangat-sangat. Sampai kan nak bangun pun tak boleh. Waktu tu   selepas 2 bulan bersalin. Sakitnya tak dapat saya nak gambarkan kat sini. Hanya Allah yang tahu.

Cara Penjagaan Diri Bagi Mengelakkan Terkena Bentan

1. Banyakkan rehat

  • Pastikan banyakkan rehat dan jangan terlalu aktif. 
  • Jangan angkat benda berat
  • Jangan berjalan terlalu laju atau terlalu banyak berjalan.
  • Elakkan terlanggar benda keras
  • Jangan terkena hujan langsung

2. Elakkan dari terkena jangkitan kuman

  • Jaga kesihatan badan dan diri terutamanya di bahagian sensitif. 
  • Jangkitan kuman di bahagian peranakan boleh merebak sehingga ke dalam organ lain seperti buah   pinggang. Akibatnya boleh menyebabkan organ tak berfungsi. Nauzubillah mintak dijauhkan Allah.

3. Pemakanan

  • Elakkan mengambil sayuran yang bersifat sejuk dan berangin ( seperti kangkung,kacang panjang,labu air, kubis, terung,nangka muda,jantung pisang) dan buah buahan yang masam (seperti buah mangga,limau dan lain-lain).
  • Lebihkan pengambilan air kosong
  • Makan makanan yang berkhasiat
  • Ambil lah supplemen untuk penjagaan dalaman badan

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat buat ibu-ibu yang sedang atau akan berpantang selepas ni. Saya pun ambil pengajaran dari pengalaman saya terkena bentan urat besar 2 tahun lepas. Kesilapan saya ialah terlalu aktif waktu awal masuk kerja dan berjalan terlalu laju. Bagi ibu- ibu ingatlah walaupun kita dah abis berpantang badan kita masih belum betul-betul kuat untuk aktif macam orang lain. Beringat sebelum kena lagi bermakna dari menginsafi setelah terjadi sesuatu perkara.

Bagi yang nak mencuba Set Berpantang Shaklee bolehla hubungi saya serta dapatkan konsultasi secara percuma. Saya dengan rela hati berkongsi dengan anda semua pengalaman dan kebaikan yang saya dah dapat dengan mengamalkan set berpantang Shaklee ni.

Selamat berpantang dan menyambut kelahiran zuriat baru pada kawan-kawan semua.

Wassalam

- Hubungi -

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com
Saturday, November 21, 2015

8 TIPS ATASI KESAN REGANGAN KETIKA HAMIL

by , in
Bagi setiap ibu yang hamil pasti risau perut ada kesan regangan atau rekahan. Al maklumlah perut kita mengembang beberapa kali ganda saiz tubuh asal kita. So bila baby dah keluar memang akan menguncup la perut kita ni.

Hari ni saya nak share 8 panduan atasi kesan regangan ketika hamil. So ibu-ibu yang tengah hamil boleh la guna tips ni ya :).

1. Lembapkan tubuh badan. 

Losen pelembap sangat membantu untuk tujuan pencegahan kesan regangan ni. Tujuannya supaya mengelakkan kulit kita daripada menjadi kering dan merekah ketika hamil. Pilih lah pelembap yang bebas paraben atau bahan kimia berbahaya. Sebaiknya kalau dah nampak macam nak ada kesan regangan jangan culas untuk sapu losyen kat kawasan tersebut. Waktu paling baik nak sapu losyen adalah selepas mandi kerana badan kita dalam keadaan lembap.

2. Gunakan minyak alami. 

Minyak zaiton dan minyak kelapa boleh tanpa tambahan bahan kimia boleh dimanfaatkan untuk haluskan kulit dan mampu cegah dari mengalami kesan regangan. Sapu minyak kat kawasan tersebut lepas tu urut perlahan-lahan untuk beberapa minit. Kawasan yang patut bagi tumpuan lebih ialah perut,peha,punggung,payu dara dan lain-lain. Sebaiknya lakukan setiap malam sebelum tidur. Biarkan semalam.

3. Jaga berat badan. 

Kenaikan berat badan yang mendadak boleh menyebabkan kesan regangan yang teruk. Kenaikan berat badan normal ketika hamil adalah sekitar 12 kg sehingga 15 kg. So kawal lah berat badan sepanjang tempoh kehamilan hokay.

4. Minum air banyak. 

Tubuh yang mendapat bekalan air yang cukup berupaya menjaga keanjalan kulit dan dalam masa yang sama melawan kesan regangan daripada muncul. Untuk itu minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiao hari. Lagi banyak lagi bagus (jangan banyak sgt sudahlah ye hihihi)


5. Elakkan pengambilan kafein. 

Kafein kalau diambil berlebihan memang boleh buat kulit kita kering. Sebaik-baiknya berubahlah dengan meminum lebih banyak air kosong mahupun air mineral yanh dah terbukti mampu melembapkan kulit.

6. Amalkan makanan sihat. 

Amalkan banyak makan buah buahan, sayur sayuran bagi memastikan tubuh kita mendapat bekalan cecair yang cukup. Barulah badan kita tak cepat kering. Digalakkan jugak  untuk mengambil makanan yang banyak mengandungi vitamin A,C dan E.


7. Tetapkan rutin senaman. 

Yang ni mungkin ramai yang culas sebab dah kurang energi. Penting tau senaman yang teratur bagi melancarkan pengaliran darah dan oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Bila pengaliran darah lancar kesan regangan pun dapat diminimumkan. Tapi senaman tu biarlah yang ringan-ringan ja seperti berjalan kaki atau berenang.

8. Kurangkan tekanan emosi. 

Emosi yang stabil dapat mengurangkan pembentukan kesan regangan. So aplikasikan lah apa-apa jua teknik supaya emosi ibu-ibu semua sentiasa stabil supaya fikiran dan tubuh sama-sama tenang dan relaks.

Berminat nak cuba Set Kehamilan lengkap yang murah dah berbaloi? klik Set Kehamilan murah dan berbaloi


Semoga tips yang saya bagi ni bermanfaat kepada semua bakal-bakal ibu. Mana tahu kan berkesan dan takde regangan langsung. Ameen. Jika rasa  nak cuba supplemen set berpantang shaklee pilihan ramai masakini boleh la hubungi saya ya.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat


Friday, November 20, 2015

KENAPA ANAK-ANAK KITA PERLUKAN VITAMIN C YANG OPTIMUM?

by , in


Sesesetengah orang kata.... Anak-anak tak perlu supplemen sebab badan mereka masih muda, masih segar. Biar mereka dapat vitamin dari sumber asli.

Memang betul !!!!!

TAPI...... Cuba check pemakanan anak masing-masing.

Sehari berapa hidangan buah-buahan mereka makan?
Buah tu pulak buah tanam sendiri ke beli?
Kalau beli dari petani sebelah rumah ke atau import overseas?
Kalau korang nak tahu buah-buahan ni zat yang benar-benar bagus bila kita makan masa dia ranum dan baru dipetik. Mampu kah kita nak cari buah-buahan seperti itu selalu?

Buah yang dijual di kedai tu kebanyakannya dipetik masa masih muda....diperam....diawet...dan dipacking.. Barulah sampai kat kita.

Agak-agak apa yang tinggal dalam buah tu? Berapa peratus zat yang tinggal?

Pastu pasti ke setiap hidangan mereka lengkap dengan segala vitamin, mineral,makronutrien,phytonutrien dan lain-lain?

Sedangkan masa membesar ni mereka perlukan zat yang optimum bukan untuk membesar ja tapi untuk perkembangan minda yang sihat.

Kenapa Perlu Vitamin C?


  1. Vitamin C membina otot yang sihat. Anak-anak tengah lasak dan sedang membina otot-otot mereka. Otot yang sihat membina metabolisma yang sihat serta pembakaran lemak yang lebih baik.
  2. Vitamin C meningkatkan imuniti tubuh. Anak-anak kita tengah melasak,terdedah dengan macam-macam. Mereka perlukan kekebalan tubuh supaya tak mudah diserang sakit terutama demam selsema. Bila anak asyik sakit, mak mdia jugak yang susah hati, betul tak?
  3. Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kanak-kanak perlukan zat besi yang cukup untuk membesar. Tanpa vitamin C, zat besi tak boleh diserap.
  4. Vitamin C membina kolagen. Tubuh kita ni boleh membina kolagen sendiri tetapi keupayaannya makin menurun bila usia meningkat. Sebab tu kita tengok kanak-kanak kulitnya tegang, dah tua berkedut sana sini. Kolagen dah tak dihasilkan.
  5. Vitamin C penting untuk penyembuhan luka. Kanak-kanak main jatuh,lebam sana sini. Nak kena cepat sembuh sebab diorang akan main lagi. So kenalah cepat sembuh.

Dan malang sekali anak kita bukan arnab yang boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Maka nak tak nak kita kenalah bekalkan diorang vitamin C yang optimum. Takkan lah mak ayah ja yang makan vitamin ye dak?

Tak Tahu Vitamin C Mana Yang Terbaik?


Chewable Vita - C Plus adalah pilihan terbaik untuk anak-anak yang sedang membesar. Kenapa vitamin C Chewable istimewa?

  • Chewable vita C Plus mengandungi 100mg vitamin C dan Rose Hips serta kompleks bioflavonoid.
  • Bioflavonoid dan Rose Hips bertindak meningkatkan fungsi vitamin C serta menghalang oksidasi vitamin C dalam tubuh
  • Dengan hanya mengunyah vitamin C air liur akan mudah memecahkan vitamin C untuk serapan di usus kecil. Jadi penyerapannya adalah optimum.
  • Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti oksidan tubuh.
  • Membantu menyokong intergriti sel-sel badan
  • Mengalakkan kesihatan mata,gigi,tulang,gusi,otot-otot salur darah.


So jangan berlengah-lengah lagi. Jom dapatkan sebotol vitamin C untuk anak-anak anda. 

HARGA HANYA RM51.25 UNTUK 90 BIJI

Jika ingin konsultasi dari saya pun boleh. Percuma sahaja. Jom tukar kudapan yang lebih berkhasiat untuk anak-anak kita :).

Anak saya pun suka Chewable Vita C >>>>> Selera Makan Naik Sejak Rajin Kunyah Vitamin C

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat