BENTAN IGAUAN IBU SELEPAS BERSALIN SERTA CARA MENGELAKKANNYA

Assalamualaikum.

Bentan? Apa yang dikatakan bentan?Bagaimana nak kenal pasti dan apa yang perlu dilakukan jika berdepan dengan masalah ini?

Saya ingat lagi pengalaman pertama bersalin 2 tahun lepas. Selepas sebulan bersalin saya dah balik rumah dan berpantang sendiri. Ayah mertua kerap pesan jaga diri elok-elok. Jangan lupa pakai stokin. Bila berjalan hati-hati jangan sampai terlanggar benda sampai ibu jari berdarah. Bentan katanya. Dia pesan lagi hujung-hujung tempoh bersalin nak dekat 44 hari tu jangan ambil mudah. Waktu tu la macam-macam benda boleh terjadi. Alhamdulillah saya berjaya harungi saat-saat akhir berpantang dengan jayanya.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bentan ni maksudnya sakit semula setelah hampir sembuh selepas bersalin. Jangan buat main ada dalam kamus dewan tau hihihi..... Ini bermakna walaupun kita nampak hampir sihat tapi kalau kita culas nak jaga kesihatan elok-elok memang mudah sangat sakit semula. Pastikan berpantang betuk-betul supaya tak sakit semula.

Punca dan Cara Mengenal Tanda-tanda Bentan

  • Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras (macam ayah mertua saya cakap). Kemudian badan rasa seram sejuk macam nak pitam. Waktu ni badan kita masih lemah.
  • Lambat sembuh daripada sakit. Malah ada yang sampai berbulan-bulan masih tak sembuh lagi.

Jenis-jenis Bentan

Bentan ni ada tiga jenis. 

1. Bentan Urat

  • Badan rasa lemah,bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan walaupun siang dan seluruh otot rasa tegang dan kejang. 
  • Punca berlaku mungkin disebabkan ibu terlalu aktif atau terlalu lasak.

2. Bentan urat peranakan/ urat rahim

  • Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah.
  •  Boleh berlaku jika ibu mengangkat objek berat
  •  Boleh jugak disebabkan ibu jari tersepak benda keras atau terduduk kuat yang boleh menyebabkan  bentan urat peranakan.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

  • Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas belakang.
  • Selalunya terjadi pada ibu yang bersalin secara pembedahan.
  • Saya pernah kena...Memang sakit sangat-sangat. Sampai kan nak bangun pun tak boleh. Waktu tu   selepas 2 bulan bersalin. Sakitnya tak dapat saya nak gambarkan kat sini. Hanya Allah yang tahu.

Cara Penjagaan Diri Bagi Mengelakkan Terkena Bentan

1. Banyakkan rehat

  • Pastikan banyakkan rehat dan jangan terlalu aktif. 
  • Jangan angkat benda berat
  • Jangan berjalan terlalu laju atau terlalu banyak berjalan.
  • Elakkan terlanggar benda keras
  • Jangan terkena hujan langsung

2. Elakkan dari terkena jangkitan kuman

  • Jaga kesihatan badan dan diri terutamanya di bahagian sensitif. 
  • Jangkitan kuman di bahagian peranakan boleh merebak sehingga ke dalam organ lain seperti buah   pinggang. Akibatnya boleh menyebabkan organ tak berfungsi. Nauzubillah mintak dijauhkan Allah.

3. Pemakanan

  • Elakkan mengambil sayuran yang bersifat sejuk dan berangin ( seperti kangkung,kacang panjang,labu air, kubis, terung,nangka muda,jantung pisang) dan buah buahan yang masam (seperti buah mangga,limau dan lain-lain).
  • Lebihkan pengambilan air kosong
  • Makan makanan yang berkhasiat
  • Ambil lah supplemen untuk penjagaan dalaman badan

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat buat ibu-ibu yang sedang atau akan berpantang selepas ni. Saya pun ambil pengajaran dari pengalaman saya terkena bentan urat besar 2 tahun lepas. Kesilapan saya ialah terlalu aktif waktu awal masuk kerja dan berjalan terlalu laju. Bagi ibu- ibu ingatlah walaupun kita dah abis berpantang badan kita masih belum betul-betul kuat untuk aktif macam orang lain. Beringat sebelum kena lagi bermakna dari menginsafi setelah terjadi sesuatu perkara.

Bagi yang nak mencuba Set Berpantang Shaklee bolehla hubungi saya serta dapatkan konsultasi secara percuma. Saya dengan rela hati berkongsi dengan anda semua pengalaman dan kebaikan yang saya dah dapat dengan mengamalkan set berpantang Shaklee ni.

Selamat berpantang dan menyambut kelahiran zuriat baru pada kawan-kawan semua.

Wassalam

- Hubungi -

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com

No comments:

Post a Comment