8 TIPS ATASI KESAN REGANGAN KETIKA HAMIL

Bagi setiap ibu yang hamil pasti risau perut ada kesan regangan atau rekahan. Al maklumlah perut kita mengembang beberapa kali ganda saiz tubuh asal kita. So bila baby dah keluar memang akan menguncup la perut kita ni.

Hari ni saya nak share 8 panduan atasi kesan regangan ketika hamil. So ibu-ibu yang tengah hamil boleh la guna tips ni ya :).

1. Lembapkan tubuh badan. 

Losen pelembap sangat membantu untuk tujuan pencegahan kesan regangan ni. Tujuannya supaya mengelakkan kulit kita daripada menjadi kering dan merekah ketika hamil. Pilih lah pelembap yang bebas paraben atau bahan kimia berbahaya. Sebaiknya kalau dah nampak macam nak ada kesan regangan jangan culas untuk sapu losyen kat kawasan tersebut. Waktu paling baik nak sapu losyen adalah selepas mandi kerana badan kita dalam keadaan lembap.

2. Gunakan minyak alami. 

Minyak zaiton dan minyak kelapa boleh tanpa tambahan bahan kimia boleh dimanfaatkan untuk haluskan kulit dan mampu cegah dari mengalami kesan regangan. Sapu minyak kat kawasan tersebut lepas tu urut perlahan-lahan untuk beberapa minit. Kawasan yang patut bagi tumpuan lebih ialah perut,peha,punggung,payu dara dan lain-lain. Sebaiknya lakukan setiap malam sebelum tidur. Biarkan semalam.

3. Jaga berat badan. 

Kenaikan berat badan yang mendadak boleh menyebabkan kesan regangan yang teruk. Kenaikan berat badan normal ketika hamil adalah sekitar 12 kg sehingga 15 kg. So kawal lah berat badan sepanjang tempoh kehamilan hokay.

4. Minum air banyak. 

Tubuh yang mendapat bekalan air yang cukup berupaya menjaga keanjalan kulit dan dalam masa yang sama melawan kesan regangan daripada muncul. Untuk itu minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiao hari. Lagi banyak lagi bagus (jangan banyak sgt sudahlah ye hihihi)


5. Elakkan pengambilan kafein. 

Kafein kalau diambil berlebihan memang boleh buat kulit kita kering. Sebaik-baiknya berubahlah dengan meminum lebih banyak air kosong mahupun air mineral yanh dah terbukti mampu melembapkan kulit.

6. Amalkan makanan sihat. 

Amalkan banyak makan buah buahan, sayur sayuran bagi memastikan tubuh kita mendapat bekalan cecair yang cukup. Barulah badan kita tak cepat kering. Digalakkan jugak  untuk mengambil makanan yang banyak mengandungi vitamin A,C dan E.


7. Tetapkan rutin senaman. 

Yang ni mungkin ramai yang culas sebab dah kurang energi. Penting tau senaman yang teratur bagi melancarkan pengaliran darah dan oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Bila pengaliran darah lancar kesan regangan pun dapat diminimumkan. Tapi senaman tu biarlah yang ringan-ringan ja seperti berjalan kaki atau berenang.

8. Kurangkan tekanan emosi. 

Emosi yang stabil dapat mengurangkan pembentukan kesan regangan. So aplikasikan lah apa-apa jua teknik supaya emosi ibu-ibu semua sentiasa stabil supaya fikiran dan tubuh sama-sama tenang dan relaks.

Berminat nak cuba Set Kehamilan lengkap yang murah dah berbaloi? klik Set Kehamilan murah dan berbaloi


Semoga tips yang saya bagi ni bermanfaat kepada semua bakal-bakal ibu. Mana tahu kan berkesan dan takde regangan langsung. Ameen. Jika rasa  nak cuba supplemen set berpantang shaklee pilihan ramai masakini boleh la hubungi saya ya.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat


No comments:

Post a Comment