Duit Raya Awal Special Dari Shaklee

 



Dapat duit raya awal? bestnya kan.... Raya kali ni agak mencabar untuk semua ibu-bapa sebab anak-anak masuk sekolah sesi baru dan persediaan nak raya agak dekat. 

Sebenarnya walaupun kita nak bersederhana tetap lah perlu kan duit sebab itu sikit ini sikit sedar-sedar aduhai banyak dah habis. Persiapan baju raya, kuih raya, duit raya. Macam saya kali ni pun memang tak lepas peluang untuk balik beraya di kampung halaman saya di Kedah. Ada orang yang sejak awal tahun dah buat tabung persiapan untuk beraya supaya tidak membebankan di saat saat akhir. Syukur Alhamdulillah dapat duit raya awal dari Shaklee ni sedikit sebanyak memberi saya peluang untuk sama-sama membuat persediaan apa yang patut. Bila belek-belek kalendar tadi baru perasaan Shaklee bagi duit raya awal seminggu dari Hari Raya. Ok la kan untuk buat persiapan terakhir sebelum beraya.


Saya adalah seorang suri bisnes atau ayat mudah paham seorang suri rumah yang menjalankan bisnes dari rumah. Alhamdulillah saya bersyukur sangat asbab menjalankan aktiviti bisnes Shaklee saya boleh menikmati gaji setiap pertengahan bulan. Dan bila tiba musim perayaan dapat duit raya awal dari Shaklee ni sangat memberikan saya kepuasaan yang tidak ternilai kerana tidaklah semata-mata bergantung pada suami kan.



Bisnes Shaklee Bukan Sekadar Tawarkan Duit Tambahan... 



Sebenarnya bisnes Shaklee ni menghidupkan kembali impian saya walaupun bergelar suri rumah. Dengan menjalankan bisnes Shaklee Alhamdulillah saya berjaya cukupkan lebih RM10,000 untuk perbelanjaan pergi umrah pada Disember 2022. Walhal semasa bekerja saya tak mampu pun nak buat simpanan sebanyak itu dalam masa kurang daripada 6 bulan.




Jadi saya nak sangat sebarkan peluang hebat ini kepada semua wanita di luar sana. Semua orang mempunyai peluang untuk capai  kebebasan kewangan. Saya nak share peluang dengan semua orang untuk dapat duit raya awal dari shaklee bersama-sama saya. Sahabat saya pun berkongsi tentang peluang untuk dapat duit raya awal dari shaklee.



Beza Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain


Bisnes Shaklee sangat istimewa berbanding bisnes lain. Yang pertama kita berpeluang untuk dapat duit raya awal @ duit bonus sebanyak mana yang kita nak. Bisnes Shaklee bukan sekadar bagi untung runcit yang marginnya agak tinggi bagi setiap produk tetapi turut menawarkan bonus yang berbeza mengikut total sales kita. Jom tengok bukti di bawah ini. Jika nak duit raya awal dari Shaklee memang boleh sangat-sangat. Segalanya langsung tak mustahil.






Shaklee bukan produk bermusim.


Selain itu, Shaklee bukan produk bermusim. Jadi ia sentiasa dicari sepanjang tahun. Shaklee ada banyak jenis produk yang ramai orang cari. Ada suplemen untuk orang dewasa, kanak-kanak, skincare dan produk pembersihan rumah pun ada di shaklee.








Berminat dengan bisnes Shaklee?

Untuk yang nak tahu lanjut tentang Shaklee, saya boleh bantu. Boleh sahaja dengar dulu sebelum decide untuk join. Anda berhak memilih masa depan anda.
Boleh contact saya HARI INI.
#blogmegaShaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleeselangor

No comments:

Post a Comment