Bila sebut tentang Intermittent Fasting teringat diri ini yang pernah terjebak jugak buat IF ni waktu berat naik tak nak turun-turun. Waktu tu berat dah menghampiri 63kg which is dah masuk dalam kategori obesiti. Tak pernah termimpi termasuk dalam golongan heavy weight sebab seumur hidup saya sangat struggle untuk menambah berat badan.
Malangnya takde turun pun berat badan saya waktu tu. Sempat la konsisten sebulan macam tu. Pastu berhenti sebab rasa macam tak kena dengan jiwa. Ada la sempat share menu IF kat sosial media.
Menu breakfast hari pertama selepas berbuka IF. |
Berjaya buat IF selama 14 jam 27 minit |
3 keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Orang Tak Tahu
1. Tiada panduan khusus tentang pelan pemakanan harian.
Intermittent Fasting ialah puasa dalam tempoh masa tertentu. Ia juga mempunyai " Eating Window" di mana mereka yang mengamalkannya boleh makan macam biasa.Contohnya kita ada eating window selama 8 jam dan berpuasa selama 16 jam. Keburukan Intermittent Fasting ialah tiada kaedah atau panduan pelan pemakanan yang tertentu.
Ada yang buat berbulan bulan tapi tiada berat yang turun. Malah ada yang berat turun tapi mudah naik bila tidak lagi mengamalkan Intermittent Fasting.
Di samping itu disebabkan tiada panduan khusus pengamal Intermittent Fasting makan sesuka hati pada masa Eating Window. Ia membuatkan tujuan asal Intermittent Fasting menjadi kurang berkesan.
2. Tahap Kolagen Berkurangan Sebanyak 90%
Keburukan Intermittent Fasting akan menyebabkan kesan kepada kulti kita dari segi penuaan kulit iaitu kulit menjadi kering dan hilang keanjalan disebabkan oleh kekurangan kolagen sebanyak 90%.
Selalunya mereka hanya fokus untuk turunkan berat badan tanpa menyedari kulit mula berkedut dan kendur.Malah ada yang kehilangan lebih tua dan kelihatan tidak sihat walaupun berjaya menurunkan berat badan seperti yang diidam-idamkan.
Apabila kolagen berkurangan dalam badan kulit akan menjadi semakin kurang elastik. Apabila berat badan berubah ia sebenarnya mengubah berapa banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan anda. Akhirnya ia mengakibatkan kulit menjadi kendur dan kedutan semakin kelihatan.
3. Autophagy yang menyiksakan
Sebenarnya matlamat Intermittent Fasting (IF) adalah mencapai autophagy iaitu proses di mana gula dan lemak simpanan akan memakan dirinya untuk digunakan sebagai tenaga.
Cara Mencapai Autophagy Tanpa Menyiksakan
Sebenarnya saya rasa bertuah sangat dilahirkan sebagai seorang Muslim. Islam itu sangat indah. Ada kajian menunjukkan auotphagy secara dry fast lebih cepat diperolehi iaitu dalam masa 14 jam. Ngam sangat dengan amalan umat Islam berpuasa iaitu bermula dari usainya azan Subuh berkumandang sehinggalah azan maghrib tanpa makan atau minum.
Mengikut bacaan saya di entry post Kebaikan berpuasa di Bulan Ramadhan banyak sangat kelebihan yang tersembunyi di sebalik Rukun Islam ketiga iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan;
1. Berpuasa mampu mengawal diabetes.
2. Puasa mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular.
3. Puasa mampu menurunkan berat badan
4. Berpuasa melanjutkan usia dengan izin Allah
5. Puasa mengurangkan simptom gastroesophageal reflux
disease (GERD)
6. Sihat untuk otak
Signal perut,otak dan pankreas akan lebih stabil di waktu kita puasa secara penuh tanpa makan mahupun minum. Dan kita mampu mencapai autophagy dengan lebih pantas tanpa menyiksakan badan tanpa makan selama 20 jam. Namun untuk autophagy yang lebih tinggi seperti orang berpuasa selama 72 jam adalah dengan penambahan 4 jenis suplement terbaik shaklee.
astaxantin (juga sejeni polifenol)
Berberine
Citrus Bergamot
CoqTrol Plus mengandungi Resveratrol yang membantu badan mencapai autophagy sebenar |
Vivix antara suplement terhebat yang mempunyai polifenol terbaik yang sangat tinggi anti oksidan. |
W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee
FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL
Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat
#ShakleeTriumph2023
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Terima kasih untuk Info ni sahabat. Bahaya juga kalau kita buat of tanpa tahu keburukannya.
ReplyDeleteBetul tu. bahaya sgt kalau main ikut2 ja
Delete