KLINIK BERKHATAN BAYI PEREMPUAN DI PUCHONG

Sejak bulan lepas dok planning nak bawak Alysha gi berkhatan. Umur dia pun dah masuk 5 bulan dah.

Risik punya risik kat kawan-kawan ramai yang cadangkan saya pergi Klinik Azlini Puchong Permai. Bagus katanya kat situ. Doktor pun ramah katanya. Lagipun rata-rata klinik lain kalau nak berkhatan kena pi hari biasa. Ada yang hari isnin ja boleh. Takkan nak amik cuti semata-mata nak bawak anak berkhatan kan..

So 3 minggu lepas pukul 4 ptg camtu saya dan suami pun pergila Klinik tu. Landmark sangat senang. Deret kedai sebelah kiri sebelum roundabout nak ke Puchong Prima. Bila sampai tutup da.... Rupa-rupanya untuk sesi malam Klinik ni buka dari pukul 6 ptg sampai 9 malam. Buka 6 hari seminggu. Frust la jugak uhuhuhu...



Hari sabtu lepas dalam pukul 6.30 petang camtu berjaya jugak jejak kaki sekali lagi kat Klinik ni. Alhamdulillah kali ni klinik buka dan orang pun tak ramai. Suami tak ikut masuk sekali sebab Ashraf tidur sikit punya nyenyak kat dalam kereta hahaha... Menapak la mama masuk dengan Alysha.


Masuk ja terus nampak ruang untuk anak-anak bermain. Ni Kalau Ashraf masuk memang suka la dia main kat situ. Sesuai sangat untuk sesapa yang datang klinik dengan anak-anak. So takde la bosan anak-anak menunggu.





Cantik,kemas dan sangat friendly dari nurse sampai la doktor. Yang lawaknya tak sampai 2 minit kot sunat bayi perempuan ni. Mama punya la cuak hahaha... Ingatkan lagu mana la depa nak sunat anak dara sorang ni hahaha.... Doktor siap tegur saya kurus sangat. Tanya makan apa ja. Awat berat tak naik... Actually nak tanya soklan yang sama kat doktor tu.. Sebab dia pun kuruih macam kami jugak hihihi....

Ok korang takmau melalut dah. Kalau korang nak bawak anak gi sunat kat sini make sure dulu klinik tu bukak ke tak ya. Boleh hubungi 03-5882 1695. Ok korang nanti kita borak lagi. Waktu rehat dah abis.


6 comments:

  1. Sy sunatkan anak di sini..doktor sangat biadap dan sombong

    ReplyDelete
  2. Doktor mana yg sombong? Yg kecik2 chinese look tu ke? Sy pegi okay je.

    ReplyDelete