DIALAH PENYEBAB KENAPA SAYA DEGIL TERUS BERUSAHA SAMPAI SEKARANG

Minggu lepas. Tak ingat hari apa. Saya bergegas balik rumah dari tempat kerja. Terus pergi amik anak-anak kat rumah pengasuh yang selang 2 buah rumah ja. Sebabnya nak pergi rumah kawan untuk hantar barang yang pernah saya pinjam dulu. Kalau saya terus pergi lambat pulak ambil anak-anak nanti.


Sampai ja kat rumah pengasuh Ashraf dari jauh dah lambai sambil menjerit mama acap dengan senyuman riang. Hilang rasa penat kerja seharian. Terus angkat Alysha letak dalam car seat kat tempat duduk belakang.

Ashraf macam biasa jadi co pilot kat car seat depan. Baru separuh jalan kereta bergerak ashraf macam biasa la potpetpotpet… makin banyak cakap hero sorang nih. Ada yang saya paham ada yang saya angguk2 ja iya kan aja walaupun tak paham apa yang dia cakap hahaha… kejam tak mama?kihkih… Tiba-tiba ja ashraf tanya soalan yang sangat buat saya sebak 😭😭😭😭. Mama gi work, papa pun work. Mama acap nak work jugak boleh? Serius weh. Rasa macam tahan ja air mata nih. Walaupun ayat dia pendek ja. Tapi saya faham sangat dia nak ikut mama gi work. Dia taknak duduk rumah pengasuh. Tapi jangan salah faham. Pengasuh dia ok ja. Ashraf memang anak yang manja. Anak sulung kan. Bila toleh tengok muka dia nampak sangat dia betol-betol maksudkan apa yang dia cakap tadi. Perlahan-lahan saya tarik nafas untuk meredakan perasaan yang sendu dan sebak. Saya jawab sambil senyum. Ashraf kecik lagi tau. Mana boleh kerja. Ashraf kena belajar dulu sampai pandai. Bila dah besar macam mama baru boleh kerja. Ashraf tunjuk muka sayu ja. Pastu dia jawab baik mama. Alahai la anak polos betol muka kamu tu.


 Saya cakap lagi kalau ashraf nak mama duduk rumah Ashraf kena lah berdoa pada Allah. Ashraf kena doakan mama berjaya dalam bisnes Shaklee. Dapat bonus banyak. Dapat naik pangkat jadi Supervisor. Lepas tu naik lagi dan lagi sampai jadi master. Jom angkat tangan berdoa kat Allah. Cepat ja Ashraf angkat tangan dan ikut doa yang saya bacakan. SubhanaAllah waktu tu saya speechless sangat-sangat. Betapa seorang anak tagih perhatian dari mama dia. Dan dari saat itu jugak lah saya berjanji pada diri saya sendiri bahawa saya takkan pernah berhenti berdoa supaya masanya akan tiba untul saya jadi WAHM yang berjaya, punya income bulanan 5 angka setiap bulan. Saya pasti masa itu pasti akan tiba jugak 💪💪💪.


 Saya mohon sahabat-sahabat yang membaca nukilan saya ni untuk aminkan doa anak saya Ashraf agar saya berjaya berhenti kerja hakiki dan fokus bisnes dari rumah lepas ni. Ameen…


Nukilan Seorang ibu yang nak sangat jaga anak sepenuh masa dan generate income infinity.

4 comments:

  1. amin ya rabalamin.. anak kekuatan ibu dan bapa..

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  2. semoga termakbul suatu hari nanti ye mama acap.

    ReplyDelete