Sunday, February 26, 2023

Blogmegashaklee 1.0 Nafas Baru Untuk Aktifkan Blog

by , in





PROJEK BLOG MEGASHAKLEE 1.0 seolah mengimbau kembali zaman saya betul-betul bersemangat membina blog suatu ketika dulu. Dulu update entry blog adalah antara aktiviti wajib untuk jana sales bisnes. 


Jadi bila tengok rakan-rakan seangkatan mula kembali aktif update blog perasaan rindu tu mula menjengah. Seronok baca cara penulisan mereka. Seriously ... memang jeles betul.  Masing-masing dah makin matang dan makin nampak profesional dalam melakukan editing entry blog.


Terus risik-risik macam mana diorang boleh tiba-tiba aktif balik. Baru saya tahu rupa-rupanya mereka semua menyertai projek Blog Mega Shaklee 1.0 di bawah kendalian Master Norita dan Master Salwa Zeyn. Saya pun tanya lah.. Boleh tak nak join jugak? pendaftaran dah tutup umie... Hampa sangat waktu tu. 


Tapi umie....nanti akan ada projek Blog Mega Shaklee 2.0. Waktu tu umie boleh daftar untuk join. Berseri kembali wajah saya mendengar kata-kata rakan yang dah join blogmegashaklee 1.0. Sebab saya tahu sesetengah perkara bila dibuat secara berkumpulan semangatnya lain macam. Kita memang ada ketikanya memerlukan kumpulan untuk bergerak bersama-sama.



KENAPA SAYA NAK SANGAT JOIN PROJEK BLOG MEGASHAKLEE 2.0 ? 



💧Menghidupkan kembali blog


Projek Blog Mega Shaklee ini memberikan satu lagi lubuk sales untuk jangka masa panjang satu nafas baru . Aktiviti yang dah terlalu lama ditinggalkan perlu dilakukan secara beramai-ramai supaya tidak mudah hanyut. Rugi sangat dah ada blog tapi dibiarkan bersawang begitu saja. Jadi dengan menyertai projek Blog Mega Shaklee blog ini akan kembali meriah dengan pelbagai entry yang lebih menarik.


💧Peluang Untuk Mengasah Kembali Bakat Menulis


Bila dah terlalu lama meninggalkan penulisan blog skill menulis tu makin lama dah makin kelaut. Jadi saya nak menggunakan Projek Blog Mega Shaklee ini sebagai salah satu cara untuk saya mengasah skill penulisan yang lebih ilmuan tapi penuh dengan jiwa. Supaya bila pembaca membaca sampai ke hati sanubari mereka.

💧Upgrade Ilmu dan Teknik Menulis SEO

Ini salah satu sebab penting yang membuatkan saya nak sangat join Projek Blog Mega Shaklee 2.0 iaitu peluang untuk belajar teknik-teknik SEO dan lain-lain supaya entry blog boleh pergi lebih jauh dan mesra google.

Saya berharap sangat berjaya lepas sesi saringan untuk sertai Projek Blog Mega Shaklee 2.0 yang akan start tak lama lagi. Kalian berminat untuk sertai kami? Apa tunggu lagi. Dengar kata hadiah lebih lumayan untuk Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ni... Teruja sangat tau...


Nak Daftar Macam Mana?

Boleh klik link di sini : 

Klik logo Whatsapp untuk maklumat lanjut



#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Tuesday, May 21, 2019

MENGIDAM SESUATU YANG MANIS PETANDA DEHIDRASI ATAU KURANG AIR DALAM BADAN??

by , in
Antara masalah terbesar bila berpuasa ialah risiko dehidrasi terutamanya ketika cuaca panas.

60% daripada badan kita terdiri daripada air, oleh itu pastikan badan sentiasa terhidrat untuk fungsi tubuh yang optimum. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah kesan dehidrasi terhadap badan kita.

1. MENGIDAM SESUATU YANG MANIS


Apabila badan kita dehidrasi, kita mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh kita memerlukan bantuan untuk menghasilkan glikogen, suatu karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar.

Petua : Minum air segelas besar atau makan buah buahan dan sayur sayuran yang mengandungi banyak air.


2. TIDAK BOLEH FOKUS ATAU BERFIKIR ATAU DENGAN JELAS



Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya dehidrasi berlaku, anda akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood anda akan berubah dan mungkin menyebabkan anda menjadi keliru atau tidak fokus.


3. MERASA KELETIHAN/LESU/SAKIT KEPALA ATAU PENING



Air membantu tubuh anda mengawal kadar gula dalam darah dan oksigen yang membantu anda berasa bertenaga. Dengan penurunan paras air, anda mungkin berasa letih bukan kerana terlalu sibuk tetapi mungkin disebabkan dehidrasi. Selain itu dengan dehidrasi, badan anda tidak boleh memproses nutrien dengan optimum yang menyebabkan anda berasa pening.


4. MENGALAMI GEJALA JANTUNG BERDEBAR-DEBAR



Dehidrasi membuang elektrolit daripada bahan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah. Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Akibatnya anda mungkin berasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan tidak normal.


5. TIDAK DAPAT MELAKUKAN SENAMAN DENGAN BAIK


Dehidrasi menurunkan tekanan darah, menjadikan jantung bekerja lebih kuat, di mana ia memberi kesan kepada seberapa banyak anda boleh melakukan senaman. Dehidrasi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30 peratus.

Petua : Kekal hidrat sebelum,semasa dan selepas bersenam.

kredit kepada : Seindah Cerita Blogspot



Terdapat 3 tips untuk diamalkan bagi mengelakkan badan anda dehidrasi ketika berpuasa.



  • Cuba untuk berada di persekitaran yang sejuk. Cuba sebaik mungkin untuk meminimakan keberadaan diri di tempat yang panas

  • Elakkan makanan masin contohnya ikan masin, jeruk dan makanan ringan yang masin. Garam akan meningkatkan lagi keadaan dehidrasi badan.

  • Minum Performance minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas.

PERFORMANCE DRINK membantu menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Tingkatkan prestasi untuk mengelakkan dehidrasi di siang hari. Kandungan proprietari OPTI-LYTE campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segara dan berterusan di sampaing menyokong penghidratan optimum.


Terdapat 2 pilihan flavour iaitu Orange dan lemon lime.


Performance drink ternyata telah berjaya membantu ramai orang untuk kekal bertenaga setelah seharian berpuasa. 


Customer bagi feedback siang hari kurang dahaga dan lebih mudah membuang. wow...

Ibu hamil lebih bertenaga dengan bantuan Performance drink. Berbeza dengan waktu mengandung yang lepas


Antara resepi yang mudah disediakan dan sangat menyegarkan



Ini resepi paling saya suka. Sejuk sampai ke tekak. Terus hilang dahaga tatkala minum waktu berbuka.


Inginkan kelainan boleh cuba resepi ni. gabungan pelbagai rasa yang menyegarkan.

 Nak Order Online. Klik di sini


Jadi apa tunggu lagi. Jom dapatkan set Kombo Performance drink perisa Orange dan lemon lime untuk sepanjang bulan puasa ini. Dan.... lepas ni kalau korang workout pun boleh standby satu tumbler Performance drink untuk meningkatkan kembali tenaga yang hilang semasa workout....


Hubungi saya di talian di bawah.

Umi Kalsom Awang Hat
017 - 499 7159

Saturday, December 01, 2018

Perokok Berisiko menghidap Penyakit Reput Tulang Atau Osteoporosis?

by , in
Lazimnya orang ramai beranggapan penyakit rapuh tulang atau osteporosis hanya berisiko bagi wanita sahaja... Jadi lelaki mengambil ringan keperluan penjagaan dan pengambilan kalsium untuk mengurangkan risiko osteoporosis.

Tahu tak anda perokok juga adalah kumpulan yang berisiko mengalami masalah rapuh tulang atau osteoporosis? 



Osteoporosis adalah gangguan yang membuat tulang yang dahulunya kuat dan sihat menjadi rapuh dan lebih mudah terdedah kepada patah tulang daripada trauma ringan dan tekanan yang lazimnya tidak akan memberi kesan buruk.

Hormon estrogen berperanan untuk memelihara tulang dengan mengatur pengangkutan kalsium ke dalam tulang dan mencegah aktivitis penyerapan tulang oleh sel sel osteoklas ( Sel penghancur tulang). Merokok menyebabkan kadar estrogen di dalam badan menurun dan sekaligus memberi impak negatif  kepada kepadatan tulang




Antara punca lain terjadinya osteoporosis ialah:


  • Terlalu kerap makan makanan ringan (junk food) dan kurang mengambil makanan yang mengandungi kalsium.
  • Minum alkohol berlebihan menganggu pembentukan Vitamin D sintesis yang membantu tulang menyerap kalsium
  • Mengambil garam secara berlebihan - Ia menyebabkan peningkatan kehilangan kalsium di dalam urin (air kencing)
  • Tidak mengambil makanan tambahan secara konsisten - nutrien yang badan perlukan tidak dapat diserap dari makanan seharian.Badan memerlukan lebih daripada itu.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap osteoporosis.
  • Berumur lebih daripada 65 tahun lelaki dan wanita.
  • Senaman secara berlebihan.

Cadangan Suplemen Shaklee


Untuk menguatkan tulang serta mengurangkan risiko osteoporosis senaman secara berterusan sangat penting. Ia menjadi lebih efisien dan berkesan jika senaman secara berterusan diiringi dengan pengambilan supplemen tambahan yang sesuai.

1.Ostematrix Shaklee 


Ostematrix Shaklee mengandungi 1000 mg kalsium yang berasaskan sumber semulajadi yang mudah diserap. Setiap tablet kalsium mengandungi 400mg magnesium, 400 iu vitamin D, Boron, mangan, tembaga dan zink.

Antara kebaikan Ostematrix ialah:
  • Menghalang pembentukan tulang yang abnormal. Ia membantu meneutralkan kristal di dalam tulang  dalam keadaan saiz dan bentuk yang betul
  • Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang
  • Membantu dalam metabolisma tulang
  • Merangsangkan penyerapan kalsium
  • Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.

Ketahui maklumat lengkap tentang Ostematrix Shaklee dengan KLIK Keistimewaan Ostematrix Shaklee

2. Vitamin C



Vitamin C sangat diperlukan untuk pembentukan tulang. Kolagen adalah antara tisu utama di dalam badan. Ia umpama agen pengikat yang akan memastikan semuanya berada di tempat yang betul. Jika level Vitamin C di dalam badan rendah ia akan membuatkan sambungan antara tisu menjadi longgar. Kolagen yang terdapat dalam Vitamin C iaitu proline dan lysine bertindak mengikat tisu tisu tulang dengan lebih baik.

Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan 


  • Tulang lebih mudah patah
  • Ikatan tisu di antara tulang menjadi lebih longgar
  • Tiada matrik untuk membina tulang

3. Energizing Soy Protein (ESP)



Mengandungi 9 asid amino yang sangat diperlukan oleh badan tapi badan kita tak mampu hasilkannya sendiri. Sesetengah daripada kita cuba untuk mengamalkan pemakanan sihat dan potong mengambilan makanan berlemak tanpa sedar mereka mengabaikan keperluan protin.

Protein berasaskan soya mengandungi genistein dan daidzein. kedua duanya mengandungi aktiviti estrogen yang lemah. Ia sangat sesuai wanita yang menghampiri menopaus. Sebarang simptom menopause mampu dikurangkan.

Kajian menunjukkan Soy Isoflavones (aktiviti estrogen rendah) mampu melewatkan risiko kehilangan tulang. Mengamal protin soya yang mengandungi soy isoflavones menunjukkan 2% peningkatan kepadatan tulang dan mineral di dalam tulang dalam masa yang singkat.

Ketahui maklumat lengkap tentang ESP dengan KLIK Kelebihan ESP Shaklee


4. Zinc Plus
Zinc membantu meningkatkan tindakan vitamin D, yang diperlukan untuk sintesis protein tisu tulang dan pembentukan osteoklas (bangunan) dan osteoblas (pecahan).


ia adalah penting untuk mengembangkan sel-sel baru. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa wanita yang menderita osteporosis mempunyai tahap darah dan tulang zink hingga 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang mempunyai tulang yang sihat.


Cara Untuk Order Set Tulang Sihat.


Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya 

Umi Kalsom >>>> 017-4997159

Atau klik icon di bawah untuk pembelian secara atas talian.



Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Putra Height
FB : Umi Kalsom Awang Hat





Monday, October 08, 2018

PENYELESAIAN UNTUK MATA SIHAT DAN BERSINAR

by , in
Selain untuk kesihatan dalaman dan kecantikan kulit, Shaklee jugak menitikberatkan kecantikan mata...



Memperkenalkan kepada anda produk baru Shaklee iaitu Youth TM Restoring Eye Treatment...

Restoring Eye Treatment Youth TM Restoring Eye Treatment,produk pelbagai fungsi yang memberikan manfaat anti penuaan hebat dan solusi yang jelas dilihat untuk mata letih, kering atau sembap.  Ya ia bukan sekadar untuk mata.

✅ Mengandungi Peptide Blend unik yang dibuktikan di dalam kajian klinikal dapat mengurangkan penampilan garis serta kedutan di kawasan sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata atau crow's feet dalam tempoh 7 hari.

✅ Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam

✅ Membantu menghilangkan kedutan mata dan menegangkan serta menghidrat

✅ Mempunyai cooling tip unik yang menyegarkan dan memberikan tenaga di kawasab mata dengan urutan lembut.

Jika anda keliru dengan pelbagai krim mata di pasaran, krim ini memenuhi kesemua ciri di bawah:

1. Mengurangkan penampilan garis halus, kedutan dan kedutan di sisi luar lipatan mata
2. Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam mata.
3. Membantu Menegangkan  kulit di sekeliling mata
4. Menegangkan dan memghidrat
Melembapkan dan melindungi.

Hebat bukan???

Lengkapkan lagi kesihatan luaran mata dengan memberikan nutrien terbaik kepada mata anda melalui Carotomax Shaklee... Carotomax mengandungi Beta carotene yang tinggi untuk memelihara kesihatan mata.

Baca maklumat lanjut mengenai Carotomax dengan klik link di bawah ni.

Carotomax Shaklee

Jika anda ingin mendapatkan kedua dua produk hebat ini secara dalam talian

 KLIK DI SINI UNTUK PEMBELIAN ONLINE

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat