Blogmegashaklee 1.0 Nafas Baru Untuk Aktifkan Blog





PROJEK BLOG MEGASHAKLEE 1.0 seolah mengimbau kembali zaman saya betul-betul bersemangat membina blog suatu ketika dulu. Dulu update entry blog adalah antara aktiviti wajib untuk jana sales bisnes. 


Jadi bila tengok rakan-rakan seangkatan mula kembali aktif update blog perasaan rindu tu mula menjengah. Seronok baca cara penulisan mereka. Seriously ... memang jeles betul.  Masing-masing dah makin matang dan makin nampak profesional dalam melakukan editing entry blog.


Terus risik-risik macam mana diorang boleh tiba-tiba aktif balik. Baru saya tahu rupa-rupanya mereka semua menyertai projek Blog Mega Shaklee 1.0 di bawah kendalian Master Norita dan Master Salwa Zeyn. Saya pun tanya lah.. Boleh tak nak join jugak? pendaftaran dah tutup umie... Hampa sangat waktu tu. 


Tapi umie....nanti akan ada projek Blog Mega Shaklee 2.0. Waktu tu umie boleh daftar untuk join. Berseri kembali wajah saya mendengar kata-kata rakan yang dah join blogmegashaklee 1.0. Sebab saya tahu sesetengah perkara bila dibuat secara berkumpulan semangatnya lain macam. Kita memang ada ketikanya memerlukan kumpulan untuk bergerak bersama-sama.



KENAPA SAYA NAK SANGAT JOIN PROJEK BLOG MEGASHAKLEE 2.0 ? 



💧Menghidupkan kembali blog


Projek Blog Mega Shaklee ini memberikan satu lagi lubuk sales untuk jangka masa panjang satu nafas baru . Aktiviti yang dah terlalu lama ditinggalkan perlu dilakukan secara beramai-ramai supaya tidak mudah hanyut. Rugi sangat dah ada blog tapi dibiarkan bersawang begitu saja. Jadi dengan menyertai projek Blog Mega Shaklee blog ini akan kembali meriah dengan pelbagai entry yang lebih menarik.


💧Peluang Untuk Mengasah Kembali Bakat Menulis


Bila dah terlalu lama meninggalkan penulisan blog skill menulis tu makin lama dah makin kelaut. Jadi saya nak menggunakan Projek Blog Mega Shaklee ini sebagai salah satu cara untuk saya mengasah skill penulisan yang lebih ilmuan tapi penuh dengan jiwa. Supaya bila pembaca membaca sampai ke hati sanubari mereka.

💧Upgrade Ilmu dan Teknik Menulis SEO

Ini salah satu sebab penting yang membuatkan saya nak sangat join Projek Blog Mega Shaklee 2.0 iaitu peluang untuk belajar teknik-teknik SEO dan lain-lain supaya entry blog boleh pergi lebih jauh dan mesra google.

Saya berharap sangat berjaya lepas sesi saringan untuk sertai Projek Blog Mega Shaklee 2.0 yang akan start tak lama lagi. Kalian berminat untuk sertai kami? Apa tunggu lagi. Dengar kata hadiah lebih lumayan untuk Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ni... Teruja sangat tau...


Nak Daftar Macam Mana?

Boleh klik link di sini : 

Klik logo Whatsapp untuk maklumat lanjut



#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

No comments:

Post a Comment