Wednesday, May 13, 2015

FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN KURANG SEHINGGA TAK CUKUP UNTUK BUAT ANAK KENYANG

by , in




Malam nie tergerak hati nak share tentang faktor penyebab susu semakin kurang sehingga tak cukup untuk buat anak kenyang. Maklumlah saya pun masih lagi menyusukan anak yang baru berumur 1 tahun 5 bulan.

Saya sendiri sentiasa menambahkan ilmu di dada tentang penyusuan ibu. Banyak faktor penyebab susu badan semakin kurang sehingga tak cukup untuk buat anak kenyang. Jom terjah satu persatu.

8 faktor penyebab susu semakin berkurang iaitu:

     
 1. Stress
     Stress adalah salah satu faktor utama kurangnya penghasilan susu. Hal ini kerana, hormon si ibu yang tidak stabil menyebabkan proses pengeluaran susu dari kilang susu terganggu seterusnya kurangnya susu terhasil. Jadi sentiasa lah bertenang, iaitu bersyukur dengan segala nikmat dan bersabar dengan segala ujian mendatang. Susu ibu pasti mencukupi untuk bayi anda. Jangan stress2 apabila susu semakin berkurang dan teruskanlah berusaha. Anda mampu melakukannya.

2. Diet Tidak Seimbang
Ibu yang sedang diet mestilah mengamalkan diet yang seimbang supaya penyusuan ibu dapat dilakuan secara berterusan sehingga bayi berusia 2 tahun. Diet yang seimbang mampu memberikan nutrisi yang secukupnya kepada si ibu. Perbanyakkan makan sayuran, bijirin dan buah-buahan disamping hasil tenusu :).

3. Tidak Minum Air Secukupnya
Susu ibu itu sendiri terdiri daripada cecair. Maka, ibu mestilah minum air secukupnya (minimum 3 liter sehari) agar badan ibu mempunyai hidrat dan tidak menganggu penghasilan susu ibu. Tubuh badan ibu memerlukan bekalan air yang banyak bagi memenuhi keperluan penyusuan si bayi terutamanya bayi lelaki.

4. Masalah Kesihatan
Ibu yang menyusukan bayi hendaklah menjaga kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk memberikan susu yang berkhasiat kepada si bayi. Masalah kesihatan sudah pasti mengganggu fungsi badan seterusnya menyebabkan masalah lain iaitu kurangnya susu terhasil. Badan yang sentiasa letih dan lesu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada penghasilan susu ibu. Jadi, rehatlah secukupnya bersama insan tersayang terutamanya di hujung minggu.

5. Pengambilan Ubat-Ubatan
Ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui kesan ubat-ubatan yang diambil terhadap penyusuan. Sesetengah ubat memberi kesan terhadap penghasilan susu. Bagi mengelakkan susu berkurangan, ibu hendaklah menitikberatkan tentang pengambilan ubat-ubatan. Sebagai contoh, jika ibu mengambil pil perancang untuk mengelakkan kehamilan ia akan menjejaskan bekalan susu ibu. Ini kerana, sesetengah pil perancang mengandungi estrogen, yang menurunkan penghasilan susu ibu. Jika perlu minta khidmat nasihat daripada doktor tentang ubat-ubatan tersebut.

6. Kehamilan
Kehamilan boleh menyebabkan susu berkurangan kerana hormon estrogen dan progesteron meningkat seterusnya akan menyebabkan prolaktin berkurangan. Ini seterusnya mengurangkan penghasilan susu. Menjarakkan kehamilan merupakan pilihan terbaik jika anda mahu menyusukan bayi sehingga 2 tahun.

7. Tidak Memahami Konsep “Demand & Supply”
Kebanyakan masalah penyusuan adalah disebabkan ibu tidak memahami konsep “Demand & Supply”. Sebagai contohnya, apabila ibu outstation, kadangkala ibu tidak membawa bayi bersama. Jadi ibu tidak dapat menyusukan bayi. Oleh itu, ibu harus mengetahui bahawa ia perlu mengepam 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Apabila semakin sibuk melakukan kerja, semakin kurangnya mengepam, susu ibu turut berkurangan. Dengan melakukan pam susu ibu yang kerap, susu ibu akan terhasil dengan kuantiti yang banyak. Inilah yang dinamakan konsep “Demand & Supply”.

                                   
Apapun sebagai ibu kita juga perlu sentiasa sihat dan cukup nutrisi dalam badan bagi mengelakkan kita dari cepat penat, lenguh-lenguh badan dan sebagainya.  Sekiranya ibu-ibu dan bakal ibu berminat untuk mencuba set penyusuan 3M boleh lah lawati link ini untuk penerangan lebih lanjut >>>>>  Set Penyusuan 3M                                                                           .


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat bakal-bakal ibu dan ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi macam saya. Ingat tau jangan sesekali putus asa dan mudah mengalah kerana cabaran pasti dating cuba menggugat keyakinan kita. Meh saya belanja picture ni. Lihat lah walaupun ibunya kurus kering tapi dia tetap cuba bagi direct breast feeding pada anaknya uhuhuhu... (sangat menginsafkan saya supaya sentiasa bersyukur). Buat ibu-ibu yang selalu merungut susu tak cukup, perah dapat sikit ja, penat bangun malam  tengok la gambar nie yer. Bersyukur lah bahawa kita jauh-jauh lebih beruntung berbanding ibu-ibu lain di seluruh dunia.

Umi Kalsom Awang Hat
Shaklee Independent Distributor (ID 1096881)
Call/whatsapp/sms : 017 499 7159
Email : umie5zal@gmail.com
FB Page : Kekal Sihat Selalu


Tuesday, May 12, 2015

TIPS MEMILIH BREAST PUM BERBALOI,BERKUALITI DAN TAHAN LASAK

by , in
Pada masa kini, Pam Susu ibu sudah menjadi keperluan bagi ibu-ibu
menyusu terutamanya ibu bekerjaya untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif kepada bayi mereka. Banyak pam susu atau breastpump di tawarkan di pasaran. Bermula dari harga yang murah hingga ke Ribuan Ringgit.

Jika ibu-ibu hamil masih bingung untuk memilih breastpump yang mana satu, jom baca 9 tips di bawah :

TIPS 1 – Bajet
Bajet amat penting untuk anda sebab bagi mengelakkan pemborosan, anda perlu
sediakan berapa bajet untuk membeli pam susu ini. Daripada bajet ini anda boleh
selidik terlebih dahulu breastpump mana yang memenuhi bajet. Ada kalanya anda bertuah kerana ada sesetengan penjual breastpump membuat tawaran promosi harga murah. (Contoh brand yang popular ialah seperti Medela, Avent, Spectra, Autumnz, Malish, Lacte, etc).

TIPS 2 – Jenis
Anda perlu tahu Pam Susu ini ada beberapa jenis seperti Pam Manual, Pam
elektrik, dan Ada juga Pam Elektrik beserta bateri. Jika Anda memilih Pam
Manual, ia memerlukan tenaga fizikal dan mental. Tetapi Pam Manual ini agak
murah berbanding Elektrik. Manakala Breastpump elektrik pula, ia amat memudahkan anda untuk mengepam susu dan tidak memenatkan. Sesuai dengan harganya yang agak mahal daripada pam manual. Pam yang mempunyai bateri yang boleh di cas boleh digunakan dimana sahaja asalkan bateri masih mempunyai kuasa.

TIPS 3 – Keselesaan
Aspek Keselesaan begitu penting untuk di ambil kira dalam pemilihan Pam. Pam
yang selesa mempunyai corong pam yang dilekapkan ke payu dara mempunyai alas  yang lembut. Cuba ibu-ibu cari yang ada sediakan silicon ‘Breast Shield’
sekali.

TIPS 4 – Daya Tahan – Heavy Duty
Untuk memastikan penggunaan pam yang tahan lama, Breastpump yang Heavy Duty harus menjadi pilihan. Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan
menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan
motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini.

TIPS 5 – Daya Hisapan – "Suction level"
Breastpump yang bagus adalah pam yang mempunyai ciri hisapan seperti bayi
menyusu. Pam sebegini dapat membantu ibu untuk menghasilkan pengeluaran susu dengan lancar dan banyak. Di samping itu, suction begini paling selesa dan tidak menyakitkan. Saya pernah menggunakan breast pump yang murah. Hanya mampu pakai selama 2 bulan sahaja keran suction level rendah dan agak menyakitkan ketika dipakai.

TIPS 6 – Alat Ganti
Sebaiknya, ibu perlu pilih pam yang mempunyai bahagian yang mudah ditanggal dan dipasang semula supaya anda dapat membersihkan pam tersebut. Pastikan pam yang di beli mempunyai alat ganti pam yang dijual dengan mudah sekiranya alat ganti sedia ada rosak. Ibu juga kena ‘alert’ bagi pam elektrik perlu kerap di ‘servis’ dalam tempoh waktu tertentu.Dan paling penting pembelian breastpump anda telah mempunyai jaminan/waranty.

TIPS 7 – Bunyi
Breastpump yang mempunyai bunyi yang senyap atau kurang bising perlu di ambil kira. Bagi ibu bekerjaya ia tidak akan mengganggu suasana di pejabat ketika anda sedang menggunakan pam.

TIPS 8 – Mobiliti
Sebagai ibu yang aktif dan bekerjaya, breastpump yang dipilih mesti fleksible
dan mudah di bawa kemana sahaja. Ianya perlulah bersaiz kecil dan juga ringan agar mudah disimpan didalam beg untuk dibawa kemana sahaja.

TIPS 9 – Single Pam atau Double Pam
Di pasaran terdapat juga breastpump yang dijual samada single pump atau double pump. Jika anda seorang ‘EP Mum’ – Ekslusif Pumping Mum atau juga penyusuan susu ibu yang konsisten, saya sarankan untuk memilih Pam jenis Double Pump. Ini kerana anda dapat mengepam kedua belah payudara dalam masa yang singkat.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu-ibu dan bakal ibu.

Klik  >>>>>>>>> Cara Tambahkan Susu badan supaya anak tak menangis kelaparan 

Jika berminat untuk mengambil suplemen tambahan untuk menambahkan lagi susu boleh klik link di sini  >>>>>>>  Set Penyusuan 3M




Umi Kalsom Awang Hat

Shaklee Independent Distributor (ID 1096881)

Call/whatsapp/sms : 017 499 7159

Email : umie5zal@gmail.com

FB Page : Kekal Sihat Selalu

Sunday, April 26, 2015

3 TIPS MENGURUSKAN MASA ANTARA RUMAHTANGGA,KERJAYA DAN BISNES DENGAN EFISIEN

by , in


Pernah tak korang rasa macam 24 jam tu tak cukup?
Pernah tak korang rasa macam dah semput buat kerja tapi tak siap-siap jugak?
Penat kerja kat pejabat. Balik rumah berkejar nak masak untuk keluarga. Layan anak-anak dan suami.
Akhirnya tidur kepenatan tanpa sempat jenguk langsung urusan bisnes part time yang korang tengah usahakan.

Persoalannya macam mana nak menguruskan masa antara keluarga,kerjaya dan bisnes dengan efisien?

Jom tengok video ni yang dikongsi oleh Master Lyna Noh tentang 3 tips menguruskan masa antara keluarga,kerjaya dan bisnes dengan efisien.


3 Tips Hadapai Kehidupan Yg Padat & Sibuk from iReach HD on Vimeo.


1. BUAT SENARAI MESTI BUAT ( TO DO LIST)

Senarai ni perlu disiapkan pada sebelah malam tentang apa yang kita nk buat keesokan harinya.
Boleh tulis di atas sekeping kertas atau white board

Lepas tu tampal /gantung di tempat yang kita mudah lihat supaya kita tahu apa yang kita nak buat pada esok hari.


2. MESTI BUAT APA YANG ADA DALAM SENARAI WALAU APA CARA SEKALIPUN

Senang cerita, apa yang takde dalam senarai tak payah buat lagi selagi apa yang kita plan nak buat belum siap. Dah siap senarai baru lah boleh buat perkara yang kita tak masukkan dalam senarai.


3. DISIPLINKAN DIRI UNTUK KONSISTEN IKUT APA YANG DITULIS DALAM SENARAI SETIAP HARI

Macam mana nak konsisten? Caranya carilah seorang kawan yang boleh mendorong kita agar kita sentiasa buat apa yang ada dalam senarai mesti buat.

Kalau boleh ikut apa yang kita tulis tu, gerenti mesti dapat punya apa yang kita target nak buat.



Kalau korg juga nak jadi insan luar biasa, mula amalkan tips yg dikongsikan dalam video ni. Allah/Tuhan dah jadikan kita semua makhluk terbayek! Jadi, jangan puas hati dengan pencapaian biasa2 aje.


JOM HIDUP LUAR BIASA
Wednesday, March 25, 2015

CARA BERKESAN HILANGKAN STRECTH MARK SELEPAS BERSALIN

by , in
Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin, strecth mark memang sangat-sangat kurang menyenangkan. Kalau boleh nak ja sapu losyen setiap hari nak bagi hilang betul tak? Ada yang menyangka kesan strecth mark selepas bersalin adalah kekal dan payah untuk hilang. Salah tue... Ada jalan penyelesaiannya. Nak tahu? teruskan membaca ye.......

Sebenarnya strecth mark nie terbentuk kesan dari regangan perut dan tubuh badan kita semasa hamil. So tesktur kulit kita pecah dan merekah dari dalam. Untuk memulihkannya jugak kenalah bermula dari dalaman kita.

Uools tahu tak dengan meminum ESP (Energizing Soy Protein) boleh memudarkan dan menghilangkan strecth mark selepas bersalin? Tak percaya? Jom baca testimoni pengguna yang dah berjaya hilangkan dan memudarkan strech mark selepas konsisten minum ESP.











Tengok?...Dah ramai yang buktikan ESP memang mampu menghilangkan dan memudarkan strech mark selepas bersalin.

Bagaimana ESP Boleh Hilangkan Strecth Mark Selepas Bersalin?

1.  ESP membina sel-sel baru. Maksudnya bila kita minum ESP yang mengandungi soya ia bertindak merangsang pembentukan semula kulit dan otot kita dan menjadikan sel kulit yang baru lebih anjal dan pejal.
2. Menggantikan tisu-tisu badan yang lama dengan tisu-tisu yang baru. Tisu-tisu badan lama yang menyebabkan berlakunya strech mark akan disingkirkan secara perlahan-lahan dan konsisten (selagi mana kita secara konsisten mengambil/minum ESP).
3. Menggantikan tisu-tisu yang rosak atau cedera dengan tisu-tisu yang baru. Tisu-tisu badan yang dah rosak kesan dari proses melahirkan bayi akan diganti dengan tisu-tisu yang baru. Sebab tu ramai pengguna mengadu kulit diorang makin cantik,mulus serta tona makin sekata.


Kelebihan ESP Selain dari Dapat Hilangkan Strecth Mark?


Banyak lagi kelebihan yang anda akan dapat jika konsisten mengambil ESP sebagai minuman harian.
Antaranya memekatkan susu badan, memberi tenaga segera serta mencantikkan kulit.  Jika korang nak tahu apa lagi kelebihan ESP klik di sini





Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.





Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.



Sekiranya anda berminat bolehla hubungi saya untuk urusan penghantaran. Sebarang konsultasi adalah percuma.


Umi Kalsom Awang Hat

Shaklee Independent Distributor (ID 1096881)

Call/whatsapp/sms : 017 499 7159

Email : umie5zal@gmail.com

FB Page : Kekal Sihat Selalu