KEPERLUAN NUTRIEN LENGKAP UNTUK IBU DALAM PANTANG

Tidak dinafikan seorang ibu yang baru melahirkan cahaya mata sangat lelah dan penat.  Banyak tenaga dihabiskan sepanjang tempoh kehamilan dan proses kelahiran. Saya bercakap begitu kerana ia adalah fakta yang tiada siapa boleh sangkal lagi.

Tempoh berpantang adalah waktu yang sangat penting untuk si ibu kembalikan tenaga, kesihatan dan pulihkan dalaman sepenuhnya. Tubuh badan ibu mengembang berkali ganda demi menyesuaikan saiz badan dan perkembangan pembesaran bayi dalam kandungan.

Ini adalah cadangan set berpantang Shaklee khas buat ibu yang dalam fasa pemulihan tanpa menjejaskan kesihatan si anak yang baru lahir. Sangat lah wajar buat suami untuk menyediakan yang terbaik untuk isteri tercinta yang telah bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka sendiri.


1. Omega Guard


Asid lemak Omega 3 (EPA & DHA) yang terdapat di dalam Omega Guard membantu mengurangkan risiko kemurungan ibu. tersebut. Ia juga membantu meningkatkan fungsi mata dan otak bayi terutamanya dalam tempoh 5 tahun pertama. Untuk bayi ia membantu mengurangkan alahan makanan serta kulit sensitif.

2. Asid Folik ( B Complex)


Asid folik sangat penting untuk ibu dalam pantang .Ia membekalkan tenaga dan menyokong pemulihan selepas bersalin.  Selain itu ia juga membantu mengurangkan risiko tekanan perasaan.  Dalam masa yang sama meningkatkan motor sensor dan perkembangan bayi.

3. Protein (ESP)


Pengambilan protein sangat membantu membekalkan tenaga untuk kecergasan sepanjang hari. Kerana seorang ibu dalam pantang tetap perlu menjaga seorang bayi yang baru menjengah dunia.  Protein menyokong penghasilan susu ibu dan membekalkan nutrien lengkap bagi pertumbuhan bayi.

4. Zat Besi 


Zat besi sangat penting untuk membantu penghasilan sel darah merah untuk menyokong keperluan oksigen anda dan bayi (bayi memerlukan 30% - 50% lebih banyak darah). Selain itu zat besi juga mampu mengelakkan risiko anemia. Jangan terkejut ada ibu dalam pantang meninggal dunia akibat anemia.

5. Vitamin C


Kehadiran vitamin C sangat membantu badan si ibu lebih mudah menyerap zat besi dan asid folik. Ia juga menyokong kesihatan yang baik dan sokongan imun. Telah terbukti pengambilan vitamin c yang mencukupi mampu melindungi ibu daripada mudah terkena selsema dan demam ketika dalam tempoh berpantang.

6. Kalsium


Kalsium sangat diperlukan untuk menghasilkan tulang dan gigi yang kuat. Ia membantu rahim ibu menguncup dengan lebih cepat. Selain itu ia juga melindungi kepadatan tulang kerana kekurangan kalsium boleh mengakibatkan risiko osteoporosis dikemudian hari. Kalsium juga penting untuk perkembangan dan pembesaran bayi kerana susu ibu mengandungi 40% kalsium.

7. Alfalfa


Alfalfa telah digunakan sejak turun temurun lagi untuk meningkatkan penghasilan susu ibu kerana ia berfungsi sebagai galactagogue iaitu penggalak susu. Alfalfa juga sinonim dengan gelaran "Kacip fatimah moden". Ia turut membantu organ dalaman wanita lebih cepat sembuh dari biasa, Selain itu Alfalfa juga membantu melancarkan pergerakan usus dan mengelakkan sembelit ketika pantang.

Testimoni Mereka Yang Dah Merasai Keberkesanan Set Berpantang Shaklee








Set berpantang Shaklee sangat lengkap merangkumi kesemua nutrien yang seorang ibu sangat-sangat perlukan ketika dalam tempoh berpantang. Umie sendiri telah berpengalaman mengamalkan set berpantang lengkap ini untuk dua kali berpantang.

Jika nak sembang-sembang dan tahu apa kesan yang umie dah dapat sepanjang mengamalkan set berpantang ini boleh klik PENGALAMAN DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE.


Anda boleh mendapatkan Set Berpantang Shaklee melalui 3 cara.

Cara Pertama

Untuk membuat pesanan secara atas talian klik SET BERPANTANG LENGKAP SHAKLEE. Anda hanya perlu mengikut arahan yang diberikan dan Produk Shaklee anda akan dihantar sehingga ke pintu rumah anda.

Cara Kedua

Anda boleh menghubungi umie dan membuat pembayaran ke bank pilihan anda samada Maybank, Cimb Bank atau Public Bank. Umie akan membuat pesanan untuk anda dan pos terus ke alamat anda.

Klik link untuk berhubung HUBUNGI UMIE

Cara Ketiga

Hubungi Umie untuk khidmat COD. Kawasan penghantaran ialah sekitar Puchong, Putra Height dan Shah Alam.



No comments:

Post a Comment