Friday, June 03, 2016

CARA TINGKATKAN STAMINA IBU HAMIL TERUTAMANYA KETIKA TRIMESTER PERTAMA

by , in
Sangat normal bagi sesetengah wanita hamil mengalami kelesuan di awal kehamilan. Saya sendiri pada kehamilan kedua penatnya lain macam dan lebih hebat berbanding kehamilan yang pertama. Selalunya keadaan macam ni akan berlarutan sehingga masuk minggu ke-12 kehamilan.

Rasa letih tu kadang-kadang boleh datang sekelip mata ja. Pernah saya tiba-tiba lemah longlai ketika tengah solat. Nasib baik tak jatuh ja hihihi.... So hari ni saya nak kongsi sikit tips cara tingkatkan stamina ibu hamil terutamanya ketika trimester pertama. Teruskan membaca ya dik non :).

Saya tahu dan sedar (ayat skema) alahan waktu hamil ni satu benda yang sangat susah nak elak. Benda nak jadi nak buat macam mana kan? Bak kata orang-orang tua roh tengah nak masuk bersatu dalam badan kita. Sebab tu kita rasa penat lain macam. Tengah kontrol takmau terkeluaq lorat Kedah hahaha... Tapi...... tak salah jika kita mencuba. Sebab apa kita kena cuba? Sebabnya sebagai ibu, isteri ni bohonglah kalau kita tak pikul tanggungjawab pada keluarga kan. Tambah-tambah lagi yang ada anak kecik yang tak pandai cakap lagi, si kecik tu tetap perlukan perhatian kita. Depa bukan tau pun mak depa tengah tak larat. 


PENYEBAB KEKURANGAN STAMINA





Banyak sebab yang buatkan kita kurang stamina. Antaranya :

  • Keletihan apabila janin turut memerlukan tenaga daripada kita - ni merujuk pada ayat biasa kita dengar la roh sedang nak ready masuk dan serasi dengan badan kita, Dengan kata saintifiknya janin sedang membesar.
  • Perubahan hormon khususnya peningkatan hormon progesteron yang berlaku semasa hamil membuatkan kita rasa lelah dan penat.
  • Sering mual dan muntah turut mengurangkan tenaga ibu - setiap kali muntah tenaga badan kita akan merudum
  • Ibu yang sering tidur.
  • Metabolisme berubah secara drastik dan tubuh badan terpaksa bekerja lebih kuat untuk membentuk dan mengembangkan plasenta.  Sedangkan dalam masa yang sama kadar gula dan tekanan darah semakin menurun.
  • Masalah kesihatan seperti anemia juga mempengaruhi mood ibu hamil.  Antara jenis anemia yang selalu sangat terjadi pada ibu hamil ialah kekurangan zat besi, vitamin B12 atau anemia kurang asid folik (folate).


CARA TINGKATKAN STAMINA IBU HAMIL


1. Tidur Awal


Ini berkait rapat dengan car hidup atau lifestyle ibu sebelum hamil. Kalau selalunya tidur selepas pukul 10 malam, mulai sekarang biasakan diri lebih awal daripada itu. Mula-mula mungkin susah nak berubah. Tapi percayalah ibu akan perasan tidur awal memang mampu tambah tenaga kita keesokan harinya. Saya dah cuba buat sebelum ni. Its really work. Bagi yang berkerja pulak cuba amik masa dalam 15 minit untuk tidur waktu rehat. Lagipun dalam Islam sendiri sangat digalakkan tidur sebentar sebelum solat zuhur.


2. Ambil Makanan Sihat


Haa.... ni paling penting sebenarnya. Kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Pemakanan seimbang tu sangat penting. Antara makanan yang sihat yang boleh ibu ambil ialah telur, karbohidrat yang berasaskan biji-bijian, produk tenusu, ikan dan daging tanpa lemak. Jangan lupa pulak sayursayuran dan buah-buahan tau. Tiap hari kena ambil. Kalau masih dalam fasa alahan boleh la cuba sikit-sikit.

3. Buat Senaman Ringan  


Cuba lah buat senaman ringan. Senaman ni bagus dan bukannya untuk memenatkan badan kita. Malah bila kita buat senaman secara rutin boleh membuatkan stamina badan kita makin bertambah, kualiti tidur makin meningkat dan tenaga badan makin bertambah. Senaman ni tak semestinya kena jogging tapi berjalan kaki tu pun salah satu daripada aktiviti senaman.

4. Atasi anemia


Jika ibu berhadapan dengan masalah anemia, ibu haruslah mengambil suplemen seperti zat besi atau asid folik. Macam saya sendiri ada simptom-simptom anemia seperti macam nak pitam bila bangun dari duduk, tiba-tiba rasa lemah badan. Saya amalkan pengambilan Vitamin C, B Complex  (asid folik) dan Vita Lea (Zat besi,iron) 2 biji setiap hari. Alhamdulillah waktu pemeriksaan pertama kehamilan saya kali ni hb saya berada pada paras normal. Semuanya ok. Dan simptom-simptom anemia dah makin berkurang. Untuk pemakanan pulak orang macam kita yang mudah kena anemia ni disarankan kerapkan mengambil makanan yang mengandungi zat besi terdiri daripada bijiran, kekacang,daging lembu, ayam atau hidangan laut seperti kerang. Jangan sesekali ambil ringan masalah anemia kerana ia boleh menyumbang kepada kelahiran pramatang atau bayi lahir cacat.




Saya berharap perkongsian saya kali ni dapat lah bantu ibu-ibu yang sedang hamil. Saya jadikan tulisan saya kali ni sebagai rujukan kita bersama-sama. Selamat menjalani ibadah puasa semua ya. Kalau rasa tak larat sangat, risau memudaratkan kesihatan diri sendiri dan bayi yang sedang dikandung silalah berbuka tau. Islam itu indah ada rukhsah (kelonggaran) untuk ibu hamil. Jika ada yang nak cuba suplemen untuk kehamilan boleh lah hubungi saya ya di 017-4997159 (Umie).

Sekian, Assalamualaikum


Sumber rujukan : Majalah Mingguan Wanita edisi ke 1690 

Thursday, June 02, 2016

SELERA MAKAN ANAK MAKIN MENINGKAT SELEPAS KUNYAH VITAMIN INI SETIAP HARI

by , in
Assalamualaikum semua....

Sapa kenal hensem boy dalam gambar ni? Ni la hero kecik pujaan hati saya. Ashraf Aqil namanya. Baru berumur 2 tahun 6 bulan. Ashraf ni cukup pantang kalau nampak botol vitamin mama dia. Mula lah cari beg merah dia capai Chewable vitamin C. Kadang-kadang tu sekali ngap 2 biji hahaha... Walaupun rasanya macam masam manis sket dia suka. Mungkin citarasa ashraf gitu kot hihihi...





Ni botol pertama vitamin c Ashraf. Actually anak saya ni dia tak terlalu memilih sangat makanan cuma kalau kat rumah memang liat sket la nak makan makanan berat macam nasi.  Tapi ajaibnya sejak dia mula makan chewable vitamin c ni memang asyik mintak makanan ja hihihi....  Mak mana tak suka kan?  Alhamdulillah syukur sangat. Lagi satu minggu lepas suami tak berapa sihat sbb batuk,selsema dan demam. Syukur sangat tak berjangkit pun kat dia. Mungkin jugak antibodi badan dia dah makin bertambah baik kot.


Saya memang suka bila Ashraf nak makan vitamin c ni. Sebabnya bila Ashraf makan secara konsisten ia membantu menyokong sistem pertahanan semulajadi tubuh ashraf. Lagi satu vitamin c ni jugak menggalakkan kesihatan mata,gigi,tulang-tulang gusi, otot-otot dan salur darah. Tahap umur-umur camni tumbesaran mereka sangat pesat. Rugi kalau tak mulakan pengambilan makanan berzat dan suplemen mulai daripada sekarang. Lagi satu setiap kali kita mengunyah Shaklee Chewable Vita C Plus ni air liur akan memudahkan pemecahan vitamin C dan membantu untuk serapan sebaik saja sampai ke usus kecil. Makanya penyerapan sangat optimum gitu.


Ada sesapa nak bagi anak2 vitamin jenis kunyah roger la saya. Harga pun murah ja tau. Hanya RM37.50 (tak termasuk pos) untuk 120 biji. Murah kan? Vitamin berasaskan bahan semulajadi, tanpa bahan pengawet dan dijamin selamat. Saya yakin dan dah cuba. Anda bila lagi?

Ok la lain kali saya sambung bebel lagi ya. Selamat berpuasa semua.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat

Wednesday, June 01, 2016

PROMOSI SHAKLEE JUNE 2016

by , in
Assalamualaikum semua. Dah makan ke?  Mesti dah kenyang belaka kan.... Yang kat rumah pun mungkin tengah basuh pinggan mengemas meja makan dah kot hihihi.....

Hari ni saya sebenarnya taknak bebel panjang pun. Cuma nak umumkan ja Promosi Shaklee June 2016 yang Shaklee dah war2 kan hari ni.  Nak tau tak produk  apa?  Jeng3x.......


1) LECITHIN SHAKLEE




Antara fungsinya ialah :


  • Mengemulsi lemak di dalam badan
  • Membantu mengawal dan menurunkan berat badan
  • Membantu mengawal tekanan darah normal
  • Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati
  • Menajamkan minda
  • Membantu mengurangkan masalah insomnia
  • Mencantikkan kulit,rambut dan cegah ezcema

NIKMATI PENJIMATAN SEHINGGA RM52.50


2) MEAL SHAKE




Antara fungsinya ialah :


  •  Elak sembelit kanak-kanak
  •  Penambah selera makan
  • Melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak
  • Baik untuk tumbesaran anak-anak dan juga untuk ibu-ibu yang sedang hamil

NIKMATI PENJIMATAN SEHINGGA RM113.75



Jadi apa tunggu lagi cepat-cepat hubungi kami seperti di bawah untuk mendapatkan Promosi Shaklee June 2016 ini. Saya akan pastikan anda mendapatkan servis terbaik bermula dari anda membelinya dari saya , produk sampai ke tangan anda dan saya bersedia melayani setiap maklumbalas selepas pembelian dibuat.


Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat

Friday, May 06, 2016

7 TIPS LEMBAPKAN KULIT DENGAN CARA YANG SELAMAT DAN BERKESAN

by , in
Cuaca sekarang ni makin tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan sekejap teduh sekejap guruh berdentum. Bila panas tu lip lap lip lap bak kata orang utara. Nak buka mata  pun tak sanggup. Cuaca macam ni boleh menyebabkan kulit menjadi kering, bersisik dan menggelupas. 

Kalau semua perasan la panas sekarang ni lain macam. Teriknya sampai terasa panas kat tangan. Lapisan ozon dah makin menipis. Kulit kita mudah menjadi kering, bersisik,kusam dan terbakar (sunburn). So apa yang boleh kita buat untuk lindungi kulit kita supaya tak rosak? Teruskan membaca untuk tahu 7 tips melembapkan kulit dengan cara yang selamat dan berkesan.


7 Tips Lembapkan Kulit


1. Elakkan Mandi Air Panas.


Walaupun pada awal pagi, elakkan mandi dengan air panas kerana ia menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Badan kita juga akan mudah jadi lemau dan mata cepat mengantuk. Mandi je dengan air sejuk. Bukan saja menyegarkan badan malah buatkan mata kita lebih bertenaga xde kuyu2 lagi.

.

2. Minum Air Putih Secukupnya


Tahu tak bagi badan kita memerlukan air sebanyak 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan kita. Jadi berat badan kita 50 kg bermakna kita perlukan 2 liter air sehari. Bagi ibu hamil, ibu menyusu, atlet atau pekerja yang menggunakan tenaga fizikal lagi lah perlukan air yang lebih lagi. Minum air yang cukup dapat bantu meningkatkan kesihatan dan mengelakkan tubuh kekeringan atau terhidrasi. Bila air cukup kulit akan jadi lembap secara semulajadi.


3. Makan Buah & Sayur


Kalau nak kulit yang cantik dan sentiasa lembap kenalah banyakkan makan buah buahan dan sayur-sayuran setiap hari,  Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran sentiasa ada dalam menu makanan seharian. Dua jenis kumpulan makanan ni kaya dengan pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan.

.

4. Pelembap Untuk Kulit Wajah


Amalkan tiga langkah iaitu mencuci, menyegar dan melembapkan. Pilih lah pelembap yang sesuai dengan jenis kulit kita. Sebaiknya pilih lah pelembap yang bebas bahan kimia dan berasaskan semulajadi. Biarlah mahal sedikit tetapi tidak membahayakan wajah anda. Sebelum kelaur dari rumah sapu kulit wajah dengan krim pelindung uv.

.

5. Kerap Gunakan Losyen


Mengoles losyen adalah satu kemestian jika anda mahu kulit kekal lembap. Pilih la losyen yang bebas pewangi, berasaskan semulajadi dan bebas bahan kimia. Oles sekerap yang mungkin supaya kulit tak jadi kering terutamanya di bahagian siku, lutut dan tumit kaki.

Anda mungkin berminat untuk membaca :  Krim Semulajadi Tanpa Bahan Kimia

.

6. Petua Tradisi


Bagi anda yang mempunyai tubuh yang kering, amalkan petua ini. Gosok tubuh dengan kelapa parut sebelum mandi, jadikan ramuan ini sebagai lulur. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit halus serta cerah. Untuk wajah pula, boleh cuba untuk lekapkan kubis yang ditumbuk halus. Jadikan kubis ini sebagai masker. Ia akan buatkan kulit wajah lebih segar dan lembap.

.

7. Pengambilan Suplemen


Selain itu, kita juga disarankan amalkan pengambilan suplemen yang boleh membantu menjadikan kulit kita lebih cantik serta sihat dari dalam dan terselah seri pada wajah. Dapatkan suplemen yang semulajadi, selamat dan berkesan. Pastikan rujuk terlebih dahulu samada produk berkenaan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak. Pengambilan protin, vitamin c, multi vitamin dan sumber nutrien yang mencukupi setiap hari sangat penting bagi menjadikan kulti kita sentiasa bersedia menentang sebarang cubaan anasir-anasir luar yang nak menganggu gugat sistem pertahanan tubuh badan kita.


Jika kita amalkan kesemua tips-tip ini In Sha Allah kulit dan tubuh badan kita akan sentiasa terjaga, sihat, berseri-seri dan tidak kusam. Macam saya sendiri sentiasa mengamalkan pengambilan set asas untuk kesihatan badan daripada Shaklee setiap hari. Alhamdulillah masalah kulit kusam, tidak bermaya dan tidak sihat dah takde lagi :)

Sekiranya berminat untuk mencuba sebarang produk suplemen Shaklee boleh lah hubungi saya di 017-499 7159.

Sekian Wassalam.