Showing posts with label set kulit cantik. Show all posts
Showing posts with label set kulit cantik. Show all posts
Friday, May 06, 2016

7 TIPS LEMBAPKAN KULIT DENGAN CARA YANG SELAMAT DAN BERKESAN

by , in
Cuaca sekarang ni makin tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan sekejap teduh sekejap guruh berdentum. Bila panas tu lip lap lip lap bak kata orang utara. Nak buka mata  pun tak sanggup. Cuaca macam ni boleh menyebabkan kulit menjadi kering, bersisik dan menggelupas. 

Kalau semua perasan la panas sekarang ni lain macam. Teriknya sampai terasa panas kat tangan. Lapisan ozon dah makin menipis. Kulit kita mudah menjadi kering, bersisik,kusam dan terbakar (sunburn). So apa yang boleh kita buat untuk lindungi kulit kita supaya tak rosak? Teruskan membaca untuk tahu 7 tips melembapkan kulit dengan cara yang selamat dan berkesan.


7 Tips Lembapkan Kulit


1. Elakkan Mandi Air Panas.


Walaupun pada awal pagi, elakkan mandi dengan air panas kerana ia menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Badan kita juga akan mudah jadi lemau dan mata cepat mengantuk. Mandi je dengan air sejuk. Bukan saja menyegarkan badan malah buatkan mata kita lebih bertenaga xde kuyu2 lagi.

.

2. Minum Air Putih Secukupnya


Tahu tak bagi badan kita memerlukan air sebanyak 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan kita. Jadi berat badan kita 50 kg bermakna kita perlukan 2 liter air sehari. Bagi ibu hamil, ibu menyusu, atlet atau pekerja yang menggunakan tenaga fizikal lagi lah perlukan air yang lebih lagi. Minum air yang cukup dapat bantu meningkatkan kesihatan dan mengelakkan tubuh kekeringan atau terhidrasi. Bila air cukup kulit akan jadi lembap secara semulajadi.


3. Makan Buah & Sayur


Kalau nak kulit yang cantik dan sentiasa lembap kenalah banyakkan makan buah buahan dan sayur-sayuran setiap hari,  Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran sentiasa ada dalam menu makanan seharian. Dua jenis kumpulan makanan ni kaya dengan pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan.

.

4. Pelembap Untuk Kulit Wajah


Amalkan tiga langkah iaitu mencuci, menyegar dan melembapkan. Pilih lah pelembap yang sesuai dengan jenis kulit kita. Sebaiknya pilih lah pelembap yang bebas bahan kimia dan berasaskan semulajadi. Biarlah mahal sedikit tetapi tidak membahayakan wajah anda. Sebelum kelaur dari rumah sapu kulit wajah dengan krim pelindung uv.

.

5. Kerap Gunakan Losyen


Mengoles losyen adalah satu kemestian jika anda mahu kulit kekal lembap. Pilih la losyen yang bebas pewangi, berasaskan semulajadi dan bebas bahan kimia. Oles sekerap yang mungkin supaya kulit tak jadi kering terutamanya di bahagian siku, lutut dan tumit kaki.

Anda mungkin berminat untuk membaca :  Krim Semulajadi Tanpa Bahan Kimia

.

6. Petua Tradisi


Bagi anda yang mempunyai tubuh yang kering, amalkan petua ini. Gosok tubuh dengan kelapa parut sebelum mandi, jadikan ramuan ini sebagai lulur. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit halus serta cerah. Untuk wajah pula, boleh cuba untuk lekapkan kubis yang ditumbuk halus. Jadikan kubis ini sebagai masker. Ia akan buatkan kulit wajah lebih segar dan lembap.

.

7. Pengambilan Suplemen


Selain itu, kita juga disarankan amalkan pengambilan suplemen yang boleh membantu menjadikan kulit kita lebih cantik serta sihat dari dalam dan terselah seri pada wajah. Dapatkan suplemen yang semulajadi, selamat dan berkesan. Pastikan rujuk terlebih dahulu samada produk berkenaan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak. Pengambilan protin, vitamin c, multi vitamin dan sumber nutrien yang mencukupi setiap hari sangat penting bagi menjadikan kulti kita sentiasa bersedia menentang sebarang cubaan anasir-anasir luar yang nak menganggu gugat sistem pertahanan tubuh badan kita.


Jika kita amalkan kesemua tips-tip ini In Sha Allah kulit dan tubuh badan kita akan sentiasa terjaga, sihat, berseri-seri dan tidak kusam. Macam saya sendiri sentiasa mengamalkan pengambilan set asas untuk kesihatan badan daripada Shaklee setiap hari. Alhamdulillah masalah kulit kusam, tidak bermaya dan tidak sihat dah takde lagi :)

Sekiranya berminat untuk mencuba sebarang produk suplemen Shaklee boleh lah hubungi saya di 017-499 7159.

Sekian Wassalam.
Monday, November 09, 2015

VITAMIN C SHAKLEE BANTU BUAT KULIT LEBIH CANTIK DAN BERSERI-SERI

by , in
Assalamualaikum semua. Dah makan tengahri ke? Saya baru ja lepas menjamah nasi Beriyani. Alhamdulillah kenyang. Beli dekat Restoran Baseer kat Bandar Puteri. Bos belanja sebab ada safety audit tadi hihihi... Alhamdulillah rezeki jangan ditolak kan? (smiley emoticon).

So disebabkan masa rehat ada lagi saya nak cerita sikit lah pasal Vitamin C yang tengah promosi kaw-kaw skang ni. Betul ke Vitamin C Shaklee bantu buat kulit lebih cantik dan berseri-seri?
Sebenarnya dah ramai yang cuba vitamin C Shaklee dan berpuas hati dengan hasilnya. Tapi diingatkan di sini ya nak dapatkan kesan yang optimum kenalah amik masa sekurang-kurangnya 6 bulan.

Kelebihan Vitamin C Shaklee


Vitamin  C atau lebih dikenali sebagai Shaklee Sustained Release Vita-C Plus menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh. Vitamin C merupakan vitamin larut air. Jadi dalam satu-satu masa badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi dengan formulasi "sustained release" kandungan vitamin c dalam badan dapt dikekalkan secara berterusan dalam badan. Ini lah antara kelebihan vitamin c shaklee berbanding jenama lain.

Selain itu, satu biji Vitamin C ni mampu membekalkan khasiat yang sama seperti makan 7 biji buah oren sekali dengan kulitnya. Mampukah kita makan 7 biji oren sekali dengan kulit setiap hari? tepuk dada tanya selera (smiley emoticon).  Dalam setiap tablet Vitamin C juga mengandungi 120g bioflavonoids yang diekstrak dari kulit buah untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita,melegakan inflamasi,menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Sebab-sebab Kenapa Kita Perlu Jadikan Vitamin C Sebagai Rutin Harian

  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri
  2. Tubuh kita kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan stress
  4. Bagi perokok pulak, kandungan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan

Bagaimana Vitamin C Shaklee Bantu Buat Kulit Lebih Cantik dan Berseri-seri?

  1. Vitamin C membantu membentuk kolagen secara semulajadi. Kolagen ni adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Sebab itulah ia mampu menghalang otot menjadi lembik dan sentiasa tegang.
  2. Vitamin C jugak memperbaiki simptom pendarahan. Jadinya bila vitamin cukup di dalam badan kita kulit akan jadi lebih segar,bermaya, tidak kering, tiada ruam dan kulit menjadi lebih lembut.
  3. Jangan tak tahu pengambilan vitamin C setiap hari jugak boleh menyekat pembentukan pigmen, buat kulit lebih cerah dan melambatkan penuaan. Kalau korang nak tahu pigmen ni antara penyebab muka kita nampak lebih tua, kusam dan tak berseri-seri.

Anda mungkin berminat untuk baca info ini:


Testimoni Mereka yang Berpuas Hati Setelah Mencuba Vitamin C







Untuk kesan yang lebih optimum sangat-sangat disarankan ambil bersama dengan Vitamin E, Vitamin B dan juga ESP.


Sekiranya ingin mencuba sebarang produk atau vitamin Shaklee bolehlah hubungi saya untuk order ya. Konsultasi adalah percuma dan perkhidmatan saya dijamin terbaik, sebelum, semasa dan selepas pembelian.

 Umi Kalsom Awang Hat (Umie)
Whatsapp >>>> 017 499 7159
COD – Puchong, Saujana Puchong, Saujana Putra
Pos Laju – Seluruh Malaysia